Tuesday, January 31, 2012
Merapu
Penghunjung januari..
Hari yang amat memenatkan.
Nasib baik esok cuti..fuhhh lega sangat-sangat.
Lega sebab tak perlu berhadapan dengan kerja yang tak pernah habis dan juga mereka yang hanya pandai bercakap pung pang pung pang. Kononnya semua tahu tapi bila suruh buat hasilnya habuk pun tak de!
Penat jugak bila kita yang muda, yang masih mentah terpaksa memberi arahan kepada mereka yang konon-kononnya tahu serba serbi walaupu hakikatnya adalah sebaliknya. Kompem mereka tak nak dengar. Stressssss!!!!!
Hello...be profesional ok! Personal is personal jangan nak campur adukkan dengan keje..jadi rojak nanti. Nak buat apa-apa ukur dulu baju kat badan sendiri.
Monday, January 30, 2012
Thursday, January 26, 2012
Homemade Cheezy Wedges
Semalam terbaca kat blog Fatin Liyana.
Dia buat cheezy wedges yang macam kepsi tu.
Terus terletan air liur..glup!!!! glup!!!. terus rasa nak jugakkkk.
So pagi tadi ..eceehh macam la pagi sangat. around 10 ish la jugak
dan dan supermarket bukak terus serbu cari bahan nak buat.
Ini lah hasilnya.Sebenarnya sukatan yang aku gunakan separuh je dari yang Fatin Liyana tu buat.
Separuh pun dapaat banyak gile...boleh buat stok.
Dah siap minum petang untuk hari ni..menu mat saleh petang ni.Rasa dia memang 95% la sama dengan cheezy wedges kat kepsi tu.
Wednesday, January 25, 2012
The Making Of Kuih Ayu
Bila time balik kampung ni kejanya tak lain tak bukan makan dengan sepenuh perasaan sampai penuh tangki yang tak berapa nak besar. Baru je lepas makan terus tanya mak lepas ni nak makan apa ek..tak pun belum makan malam lagi dah tanya siap-siap sarapan esok nak makan apa??? keji betul selera ni bila time balik kampung. Semua nak melantak mentang-mentang kat rumah mak ni makan tak perlu bayar pastu siap boleh demand lagi dengan tuan rumah nak makan apa....
Dua hari lepas untuk menu petang kami tiga beradik bertungkus lumus membuat juadah minum petang...tekak ni nak makan kuih tradisional. So petang tu buat la KUIH AYU walaupun orang yang membuat kuih ni tak berapa nak ayu.
Layan la pic kat bawah ni..lepas ni korang pulak cuba ye!
Pukul bahan ni sampai kembang...
senang cite sampai telur tu jadi warna putih
Lebih mudah & tak membuang tenaga korang kalau guna mixer.Tapi disebabkan mixer kat rumah aku dah rosak terpaksa la buat kerahan tenaga sikit
Pukul telur tadi guna tangan uolsss..lenguh jugak la nak suh jadi kembang semangkuk macam ni
Monday, January 23, 2012
Candle Light Dinner
Semasa entri ni ditulis aku dah selamat sampai kat kampung. Cuti seminggu sempena Chainese New Year. Pagi sabtu bertolak dari Kl naik bas kat hentian putra pukul 9.30 pagi tapi kul 11 masih lagi kat tol gombak. Hazab giler nak menghadap jem. keta banyak gile memang tak bergerak. Tension la dengan aircond dalam bas pun tak rasa pastu ada pulak suara budak kecik memekik bila time aku nak tertelap..hadoiii nasib la anak orang kalo tak memang dah kena jerkah...(garang gila!).
Sampai kat Merapoh dalam pukul 5. Biasa pukul 5 dah sampai Kota Bharu ni baru kat Merapoh tak masuk Gua Musang lagi...Makkkkkkk bontot chek dah kerang....tulang belikat pun dah kejung...
Kali ni aku tak turun kt KB sebab terbeli tiket turun kat Tanah Merah....Yess ada orang ambik...My Other Half jemput kt TM n terus anta balik KB. Sampai TM kul 8. Pastu terus complain sebab lapar gila....Okay tak makan kt area TM takut terkantoi...Makna kat area Pasir Pekan. Kedai Nasi Kerabu Azma. Baru je nasi nak cecah ke mulut tetiba black out... homagaddd. Kecoh satu kedai dah la time tu ramai orang. Pekerja kat kedai tu dah kalut cari lilin..hhaha candle light diner la nampaknya.
Candle light dinner la sangat..siap kena usik dengan pekerja kat situ ..hampeh..sampai kitorang habis makan pun letrik tak de lagi...

Hebatkan..boleh jadi Mamarazi

tapi lepas masuk keta dia siap cakap yang dia dah belanja candle light dinner. Hampehhh..kebetulan je kot pastu x proper langsung..
Sunday, January 22, 2012
Tudung Aidijuma
Hari jumaat lepas sempat pegi Ikea pastu masuk melencong pulak ke The Curve.. kan depan tu je.. Kawan aku cakap booth tudung Aidijuma ada kt sini. baru dua hari dibuka. Ada can ni nak kopakkan lagi purse aku. Lagi pun aku memang nak sangat tudung ni sebab dia ada 2 tone pastu murah gile kot.
Masa kitaorang pegi pekerja dia tengah dok menyusun lagi. Maklum la baru hari kedua. Tak sempat nak set tempat dengan lebih proper lagi customer dah serbu. Even hari ekdua tu pun dah banyak stok colour tertentu yang dah habis. Okay layan jelah pic kat bawah ni ek..

Kejam kan sesuka hati je sepahkan tudung kat situ.
Hasil rembatan aku petang tu...3 Helai tudung baru RM 22 ringgit. memang murah!Daim Cake dah takde kat IKEA???
Hari jumaat hari tu pegi la ikea. Saja menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit disana sambil-sambil cuci mata. Sampai kat sana kompem la pegi food court dulukan supaya ada tenaga sebelum meneroka setiap inci ruang dalam ikea tu.
Dalam keta lagi dah terbayang keenakan daim cake..emmm yummy! Sekali bila melangkah masuk hancur harapan mana taknya daim cake dah tak de! bencik tau! Sejak bila ikea dah tak jual cake tu? Ada sesiapa tahu??
Wednesday, January 18, 2012
Chocolate addicted
Sekarang ni kalau sehari tak pekena coklat memang tak sah....memang tak leh duduk diam..even pekena sikit pun jadi lah buat lepas gian. kalo tak de sangat-sangat gula-gula pun jadilah. Kritikal jugak la. Pegi supermaket memang tak sah kalo tak beli coklat. Stok coklat tak boleh terputus. Nanti kang ada la macam ayam nak bertelur sebab tak de bekalan! Even dalam drawer kat staff room aku pun mesti ada bekalan. Tak pecaya pegi selongkar!

p/s : Dalam tak suka kit kat pun sambil-sambil taip entri ni dua bar jugak aku habiskan...dah terbeli nak buat macam mana kan?????
Sunday, January 15, 2012
Kupinang Kau dengan Bismillah
Skali bila tekan info, baru aku perasan yang cite ni bukan dari pakej Indo Pek tu tapi kat TV Al-Hijrah. Tajuk cite macam lagu duet Pasha Ungu dengan Rossa..aah memang pun..sengal la takkan tak perasan. Lepas tu kalut la search kat 'tiub awak' pasal cite ni. Lagi satu suke sangat sebab pakaian yang dipakai pelakon dalam sinetron ni memang menarik. Kisah Fashion designer katakan! Fesyen tudung pun menarik :p (sebab ada org suke)
Hokeyy ni sinopsis sinetron meletop ni
Sinopsis
Ku Pinang Kau Dengan Bismillah merupakan sebuah sinetron Indonesia yang sedang ditayangkan di TV Al-Hijrah pada pukul 6-7. Lakonan mantap Natasha Rizki, Dimas Anggara, Ramzi, Richard Kevin, Poppy Bunga, Alisia Rininta, Oline Mendeng dan ramai lagi. Sinetron ini mengambil latar pemandangan di Indonesia
Amar adalah santri yang sangat alim dan berasal dari Situbondo. Dia mendapat biasiswa untuk mendalami ilmu agama di kota Istanbul. Manakala Nirvana seorang fashion designer glamor yang sedang bercuti di Turki.Sikap dan nilai hidup yang berlawanan ini kerap mendatangkan konflik di antara mereka berdua. Masalah makin keruh dengan munculnya Nordin (Ramzi) teman sebilik Amar yang menafsirkan Islam secara sempit, agama disikapinya dengan cara yang sangat fundamental.Namun perlahan-lahan, Nirvana mulai simpati melihat kerendahan hati dan ketaatan Amar beragama. Keyakinan Amar bahwa Nirvana merupakan jodohnya semakin menguat dan memberikan dirinya keberanian untuk segera meminang Nirvana.
Sementara itu, dibelahan dunia lain. Di Kota Santri, Situbondo, Jawa Timur. Gus Mujo, penjamin dan pemberi biasiswa kepada Amir tertimpa musibah. Anak perempuannya, Fitria (Poppy Bunga) diperkosa secara bergilir-gilir.Tanpa pengetahuan Amar, Gus Mujo memutuskan akan menikahkan Fitria dengan Amar untuk menutupi aib,. Gus Mujo yakin Amar tak mungkin menolak, kerana dia berhutang budi.
Amar menyarakan hasratnya untuk meminang Nirvana. Kedua orangtua Nirvana menentang rencana pernikahan itu. Ayah Nirvana, Chandra Basuki, berharap Nirvana menikah dengan Carlo (Richard Kevin) iaitu anak kepada ahli perniagaan ternama Eddy Saputra bagi mengembangkan lagi perniagan mereka.
Nak Lagi feeling layan pulak lagu tema dia:
KU PINANG KAU DENGAN BISMILLAH
Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Warna Kehidupan
Bukan namanya KEHIDUPAN sekiranya tidak diduga
Bukan namanya KEHIDUPAN sekiranya tidak pernah dilanda masalah
Bukan namanya KEHIDUPAN seandainya hari-hari yang dilalui tanpa cabaran.
Kehidupan juga tidak akan ceria seceria kanak-kanak ribena seandainya kehidupan kita hanya ada satu warna sahaja. Kita yang menentukan warna kehidupan kita. Kita yang mencorakkannya. Pilih sendiri warna-warna yang kita suka agar kehidupan kita lebih bermakna.
Hidup kita hanya sekali justeru pilih warna yang mampu memberikan seribu pengertian dan menjadi kenangan sepanjang hayat asalkan tidak lari dari garisan yang sepatutnya!
Saturday, January 14, 2012
Parut..
Selepas tiga bulan dari terkena serangan chicken pox parut yang ditinggalkan masih tak mahu hilangjugak...tension betul la. Nak kata tak de ikhtiar dah bermacam-macam petua aku cuba. Bio Oil pun dah berbotol aku guna tapi tak de kesan sangat. Pastu ada la kawan kakak aku sarankan suruh guna Mederma. Benda alah apa tu? Tak lama selepas tu terbaca la kat paper pasal gel Mederma ni. Macam ok je...tapi buat-buat tak endah jugak. Sampai lah semalam tergerak nak cari benda alah tu..tension weh tengok parut kat muka...tu belum kira dengan parut acne lagi...
Semalam pegi temankan Siti pegi bank..kebetulan sebelah bank tu ada guardian so masuk la Guardian sementara tunggu kawan aku setelkan urusan dia kat bank tu. Dan dan tu jugak baru terfikir dan mencuba mederma ni. Hanya ada yang 20g & 60g. Secoet yang 20g tu pun dah 39.90 hengget. Tapi cashier tu cakap skrang ada promotion pack..31.90 hengget je untuk 20g siap ada free pouch lagi...mak suka noks!
Wednesday, January 4, 2012
Back to Bawal
Sepanjang 2011 boleh dikatakan bermacam-macam jenis fesyen tudung yang timbul shawl, pashmina, turban dan macam-macam lagi sedara mara beliau sehinggakan timbul isu sekadar untuk berfesyen ataupun ikhlas menutup aurat.. tapi harapnya semuanya ikhlas dalam menjaga aurat.
Berbalik kepada fesyen tudung tadi..hari tu ada terbaca kat satu blog tentang pengayaan tudung..macam..macam la ada..gaya ikan bilis la..roti bun la...haiii tak tahu la...tapi lebih kepada menyindir la.
Jenis tudung yang timbul ni memang skali fikir tak sempat nak kejar..kang terlampau kejar kan jadi mangsa fesyen pulak. Tapi dalam bab ni aku ni boleh dikategorikan sebagai 'leggard'. Istilah masa aku belajar bisnes dlu..kra macam orang yang ketinggalan la...fesyen tu dah nak habis baru aku nak ikut..macam tu la lebih kurang. Bukan apa kadang-kadang kurang konfiden nak pakai ala-ala hana tajima...
Aku ingat lagi aku mula pakai tudung secara serius waktu umur aku 10 tahun...masa darjah 3 masih lagi pakai..n bukak lagi tapi masuk darjah 4 memang tak bukak lagi..tu pun sebab kena sindir dengan ustazah..biasa la ustazah kat klantan kan strict skit bab-bab pakai tudung ni. Dan alhamdulillah berkat sindiran tu aku masih kekal memakainya sehingga sekarang.
Tudung pertama aku adalah tudung pemberian sedara aku yang balik dari Mekah..dulu-dulu kan feymes tudung dari sana..pastu lama jugak la baru muncul tudung bawal.. Di awal kemunculan dulu malaah jugak la..bawal yang no 3 pun dekat 40 hengget..yang no 1 toksah dok cite la...aku main rembat je yang mak aku punya waktu tu...nasib baik mak bukan jenis yang kesah sangat. Sejak hari tu memang tudung bawal la yang jadi pilihan utama.
Last year aku kat universiti muncul lah tudung indon tu...yang ready made tu. Bgai aku waktu tu..itu hanya tudug untuk mak cik..mak cik..memang aku tak beli & tak pakai langsung tudung tu. Sapai la awal tahun lepas aku dah start keje, tergerak pulak nak mencuba. Beli tak banyak pun 2 helai je kot..still setia dengan bawal.
Ini adalah tudung ready made ertama yang aku ada...tu pun lepas kena paksa dengan kawan aku si Lisa sebabnya dia nak dapat harga murah kena beli dua..so aku lah yang jadi mangsanya. Kadang-kadang rasa selesa jugak dengan tudung ni sebab senang & cepat untuk dipakai.
Pastu pertengahan tahun lepas baru lah tergerak hati nak pakai shaws..tu pun lepas kna brainwash dengan dua murai kat umah aku.. sapa lagi kalo bukan adik aku.. katanya aku tak up to date...bukan apa aku ni jenis yang tak suka dengan sesuatau yang tak kekal. Aku dapat jangkakan yang tudung-tudung macam ni muncul kejap je.
So penghujung bulan 12 lalu aku dah nekad nak kemabli kepada bawal semula. Selongkar balik tudung bawal yang lama..pastu hari tu sempat lagi beli beberapa helai tudung bawal kosong kat kelantan..memang tak de manis atau batu permata langsug...pastu balik KL singgah pulak kat Bawal Exclusive..tersangkut la jugak sehelai dua yang ni pun sebab dah laam berkenan tengok si Fathia pakai dalam Stanza Cinta dulu. Tak boleh rembat banyak-banyak kat Bawal Exclusi ni nanti tak pasal-pasal tengah bulan aku pulak yang puasa.
Okey tahun ni dah set nak kekal dengan bawal...tapi aku tabik spring la kat Datin Norjuma tu..walau bermacam jenis tudung yang muncul dia tetap setia denagn bawal..sampaikan dia sanggup keluarkan tudung jenamanya sendiri..harga memang murah giler..RM 25 and below...kualiti kain pun memang terbaik...So kalo korang nak tengok tudung Datin Juma ni boleh klik kat AidijumaMonday, January 2, 2012
Sayonara 2011..Welcome 2012
Macam mana azam tahun lepas korang? Dah tertunai belum? kalo belum boleh sambung tahun ni pulak. Azam tahun lepas aku boleh dikatakan tercapai. Azam tahun baru pulak lebih kurang sama dengan yang tahun lepas cuma nakkan yang lebih baik. Improve prestasi kerja, be a better persson dan yang paling penting harapnya tahun ni impian untuk menukarkan 'gelaran' di pangkal nama aku akan tercapai..Doa-doakan. Ameennn.
Tahun 2011 memang tahun yang paling banyak meninggalkan suka & duka. Kalau nak dihitung suka & duka kira balance la. Kalau nak ingat pun tak guna dah the past is past. Let's bygones be by gone. Anggap sahaja ianya sebagai kenangan & memori yang akan menjadi pengajaran dan menjadikan kita lebih kuat untuk menghadapi hari yang akan datang.
Hari kedua di tahun baru...permulaan hari ni dengan perasaan sayu. My other half have go back to Kemaman & then go to Kelantan. So sedeyyy....Okay tak nak sedih-sedih...by the way hepy new yer & hopefully this new year brings happiness & successful for us!
Dove..Dove..Dove
Last 2 days kat stesen lrt Hang Tuah ada la promotion chocolate dove..tapi aku buta tak layan lagi sebab sebelum tu dah pekena chocolate Patchi..eksyen kan. Esoknya pegi sogo & ada lagi promotion so kali ni memang tak leh lepaskan peluang sebab bekalan coklat dalam simpanan dah habis. Murah gila kot 5 bar untuk RM 10. Biasa 1 bar pun RM 2.90. Balik tu terus makan..wah feeling habis macam si Hanis Zalikha tu bila coklat tu masuk dalam mulut..melting in mouth gitu...no wonder la Hamis Jalika tu sibuk dok promote. Memang terbaik ditambah pulak dengan hezelnuts, almond & raisin yang segedabak dalam coklat tu..
Korang apa lagi cepat dapatkan ..eceeeehhhh aku pulak sibuk dok promote..















