Tuesday, April 30, 2013

Perginya Seorang Srikandi

Salam..

Terkejut dan terkaku seketika
di saat membuka FB sebentar tadi
seorang guru yang tidak pernah jemu
dalam mendidik dan mencurahkan ilmu
telah kembali ke rahmatullah semalam

baru seminggu yang lalu membaca postnya di FB
tetapi sekelip mata sahaja beliau kembali menemui pencipta
janji Allah benar yang hidup pasti akan mati.
kanser telah menjadi puncanya.

serasa baru semalam masih berada didalam kelas
mendengar celotehnya yang sarat dengan nasihat
walaupun 8 tahun telah berlalu

allahyarhamah yang juga isteri kepada Exco Kerajaan Negeri Kelantan

“Jika saya yang mati, hanya satu jiwa yang terkorban. Namun jika Abang yang menarik diri, lebih banyak jiwa yang terkorban”. ~ ALLAHYARHAMAH DATIN FAHIMAH.

- Antara pesanan kata2 semangat TERAKHIR dr Datin Fahimah ( Isteri Dato Fattah ) tatkala Dato Fattah memasang niat untuk berundur sementara dr politik (menarik diri dari dicalonkan pd PRU ini) demi menjaga isteri tercinta yg makin tenat. 





Allahyarhamah Datin Fahimah Mahmood &  suami Datuk Fattah Mahmood

Sumber : Di ambil daru FB allayhayarham.



Walaupun hanya dua tahun menerima ilmu darinya
namun cukup terkesan dihati kerana
beliau mengajar dengan penuh kasih sayang
segala yang disampaikan penuh bermakna.
kerana beliau jugalah aku membuat keputusan
mengambil course Pengurusan Perniagaan
ketika di universiti kerana begitu tertarik
dengan cara pengajarannya ketika
aku mengambil subjek tersebut ketika STPM.
Allahuakhbar... sungguh besar pengaruhnya terhadapku.

Sememangnya beliau menjadi idolaku
menjadi warga pendidik yang mendidik seikhlas hati.
bukannya sekadar menyampaikan ilmu malah lebih
kepada membentuk pelajar yang bergelar insan.

Al-Fatihah buat cikgu.....

Thursday, April 4, 2013

"Amana"

Salam peeps...
1st entry untuk bulan april
pejam celik dah april
whoaaaa cepatnya
cuti sekolah aritu balik kg kejap je
MIL pegi umrah 28/3 so 27 dah balik KL

SIL dengan anak dia tumpang datang KL
woahhh dah besar budak kecik ni
macam semalam je baru lawat dia kat 

Iman Aisyah
anak buah my hubs
dah 1 tahun 8 bulan
she called my hubs "Ayah Yen'
n her mum asked her nak panggil i apa
tetiba mulut si kecik ni sebut
AMANA..

Amana????
yeahh stand for MAMA NA
disebabkan dia pelat sikit so jadilah Amana
hahaha whatever la Iman


Pic ni masa kt KLIA
My SIL tengah ambik video dia sedang berjalan
tetiba dia berenti dan buat pose macam kat atas..
eiii geram



Imangggg... sebutan dia mesti ada huruf 'g' kt belakang
macam orang terengganu lah pulak


Iman & Ayah Yen





Pose gedik








geram + teringat sangat-sangat kat dia
semalam my SIL mesej cakap Iman tanya mana Amana
yeahhh dia dah ingat nama i even 2 hari je sempat main dengan dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...