Terkejut dan terkaku seketika
di saat membuka FB sebentar tadi
seorang guru yang tidak pernah jemu
dalam mendidik dan mencurahkan ilmu
telah kembali ke rahmatullah semalam
baru seminggu yang lalu membaca postnya di FB
tetapi sekelip mata sahaja beliau kembali menemui pencipta
janji Allah benar yang hidup pasti akan mati.
kanser telah menjadi puncanya.
serasa baru semalam masih berada didalam kelas
mendengar celotehnya yang sarat dengan nasihat
walaupun 8 tahun telah berlalu
allahyarhamah yang juga isteri kepada Exco Kerajaan Negeri Kelantan
“Jika saya yang mati, hanya satu jiwa yang terkorban. Namun jika Abang yang menarik diri, lebih banyak jiwa yang terkorban”. ~ ALLAHYARHAMAH DATIN FAHIMAH.
- Antara pesanan kata2 semangat TERAKHIR dr Datin Fahimah ( Isteri Dato Fattah ) tatkala Dato Fattah memasang niat untuk berundur sementara dr politik (menarik diri dari dicalonkan pd PRU ini) demi menjaga isteri tercinta yg makin tenat.
Allahyarhamah Datin Fahimah Mahmood & suami Datuk Fattah Mahmood
Sumber : Di ambil daru FB allayhayarham.
namun cukup terkesan dihati kerana
beliau mengajar dengan penuh kasih sayang
segala yang disampaikan penuh bermakna.
kerana beliau jugalah aku membuat keputusan
mengambil course Pengurusan Perniagaan
ketika di universiti kerana begitu tertarik
dengan cara pengajarannya ketika
aku mengambil subjek tersebut ketika STPM.
Allahuakhbar... sungguh besar pengaruhnya terhadapku.
Sememangnya beliau menjadi idolaku
menjadi warga pendidik yang mendidik seikhlas hati.
bukannya sekadar menyampaikan ilmu malah lebih
kepada membentuk pelajar yang bergelar insan.
Al-Fatihah buat cikgu.....

Al fatihah....
ReplyDelete