Wednesday, December 21, 2011

Stori Dari Bakery

Hi peeps!

Ape punya tajuk pun tak tau..ingat senang ke nak pikir tajuk..last-last taip je apa yang terlintas. Senangkan. Bukan dapat markah pun. X kena cubit dengan cikgu pun alo tajuk merapu.

Hari ni cuaca memang tak menentu kejap mendung kejap hujan. Matahari memang la time tengkujuh ni dah jadi macam anak dara yang baru dipinang..tersipu-sipu nak tunjukkan muka. Cuaca tak menentu belakang cite yang penting hari ni dah plan dengan kuchah nak pegi bandar...bak kata adik aku yang bongsu aku ni kalo balik kampung tak cukup 20kali pegi bandar memang tak sah! Hurmm kalo dihitung sepanjang cuti ni memang dah lebih dari 20 kali aku pegi bandar..apa yang dicari aku pun tak tau..walhal balik-balik pusing tempat yang sama je..

Pagi tadi keluar pegi cari telekung dan barang-barang yang kawan aku kirim..sabtu ni dah nak balik kl..owhh sungguh tak seronok!..

Otw nak balik ternampak kedai kek yang memang feymes amous kat hai aku sejak zaman sekolah lagi. MUHIBAH CAKE HOUSE!..Masuk kat kedai tu macam taknak keluar. Suka sangat enviroment kat dalam kedai tu tambah-tambah dia buat mini cafe. Tapi tadi tak sempat nak lepak kat dalam tu. Rushing sebab mak tengah menunggu.

Masuk tadi customer tak ramai n terus capai plastik..isikan segala yang mengecurkan air liur..masuk kat dalam kedai ni perkara yang pertama aku cari Portugese Egg Tart..memang best tapi still tak boleh lawan yang dekat Bee's Bakery, Tanjong Malim. Tart dia memang superb!



Agak-agak tak cukup satu plastik suh adik aku ambik lagi satu plastik..gila tamak!


Pastu terpandang kat fridge kek..owhh sungguh awesome. ANGRY BIRD

Align Center

Kek-kek lain jugak yang cukup colourful!


Memang tak tertahan lagi dah...telan air liur pulak tengok benda alah ni..

Thursday, December 15, 2011

The Making Of Akok

Hi peeps!

Blog ni dah berhabuk....sebab otak tuan punya pun sedikit berdebu. Bulan ni baru tiga entri termasuk yang ni baru empat. Apa punya pemalas la. Okay lah nak kongsi satu resipi kuih tradisional kelantan. AKOK. Tak tahu la kenapa nama dia akok. Nama-nama kuih kat kelantan ni memang pelik sikit macam Tahi itik , ulat bulu, jala mas, buah tanjung. Tapi rasa dia memang terbaik walapun nama dia menggelikan anak tekak.

Semalam mak aku buat kuih akok ni sebab ada orang tempah. Kalau dulu memang buat untuk dijual tapi memandangkan masa yang terhad kuih ni dibuat hanya untuk tempahan je. Ingat lagi masa sekolah menengah dulu lengan aku ni dah boleh dikatakan masak sebab selalu bakar kiuh ni, pastu rambut pulak kejung sebab kena asap. My mum dulu bakar kuih di guna cara tradisional. Pakai sabut dengan arang je.


Ini antara bahan-bahan utama dia. Cuma yang takde kat sini tepung beras je.
Semua bahan-bahan ni di adun sekali


Align CenterHasil setelah diadun bahan-bahan tadi.


Proses membakar bermula. Sebelum dituang ke acuan pastikan acuan dia betul-betul panas. Tak tahu panas ke x bila kita tuang tu ada bunyi la macam kita nak goreng telur


Lepas tu tutup. Mak aku tak guna penutup dia tapi guna frying pan je.
Katanya lagi cepat masak.

Tak sampai lima minit dah boleh bukak penutup dia. See dah masak pun

Align Center

Banyak la jugak dapat dalam tiga ratus biji. ni baru satu talam. Hari tu dapat dalam tiga talam. Kuih ni memang boleh buat duit sekarang. Mahu taknya. Tiga biji RM 2.

Tadaa..very yummylicious!

Saturday, December 3, 2011

The Making Of kerepek Pisang

Hi Peeps!

Petang semalam tak de buat ape. Sooooo boring tapi otak cakap yang mulut ni nak mengunyah sumtin. Bukak segala bekas kat dapur tapi tak de satu pun yang menarik untuk dinikmati. Nasib baik mata ni pandai dan telah memandang ke arah pisang yang masing menghijau. Jadi tangan pun menjalankan tugasnya setelah otak beri arahan. Maka akan terhasillah kerepek pisang dalam beberapa jam lagi. Inilah kisahnya bila cuti tertalu panjang maka kerjanya makan..tido je memanjang. Tapi part yang paling best at the end of month gaji still masuk..muahaahhaha


Langkah pertama kupas segala kulit yang menhijau tu. Tapi sebelum kupas kulit pisang ni my mum dan siap pesan supaya sapu minyak masak dulu kat piasu tu supaya getah pisang tak melekat.

Lepas siap tu rendam dulu dalam air.
My mum suh rendam dalam air kunyit sebab katanya nak suh kerepek tu nanti warna kuning. Aku argue jugak cakap bukan ke pisang tu memang dah warna kuning.

Selepas beberpa jam direndam dalam air kunyit tadi pisang tadi ditoskan dan sedia untuk disagat dan di goreng


Gambar semasa kerja-kerja menyagat pisang tak dapat snap sebab tangan tu jugak yang ambik pic :P


Last part adalah mengaulkan pisang yang telah digoreng tadi dengan sedik garam dan gula.


Tadaaaaaa...siap sudah...
Nak membuatnya agak mengambil masa tapi bila time menghabiskan satu balang ni kejap je, Nape ek??????



Align Center.

Friday, December 2, 2011

Salam Takziah Buat Keluarga Rara Zikry

Hi peeps!

Tengahari tadi my sis cakap tentang si cantik manis Rara Zikry yang telah kembali ke rahmatullah. Eh bia betul... and yeap memang betul sebabnya bila bukak FB ramai yang post tentang kematian arwah. Akhirnya arwah dijemput ilahi setelah sekian lama bertarung dengan kesakitan. Al-Fatihah. Semoga Arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Baru beberapa bulan lepas terbaca tentang arwah yang menanggung kesakitan dan kisah penderitaan gadis ini pernah disiarkan di TV3 dan NTV7. Dan pernah jugak terlihat tentang Contribution For Rara Zikry's Medical Expenses di FB. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi insan ini.

Arwah Rara Zikry
Credit pic from Google

Siapa Rara Zikry?

  • Nama sebenarnya Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri
  • Dilahirkan pada 4 Oktober 1988
  • Student Lim Kok Wing dalam jurusan Interior Designer
  • Beliau menghidap penyakit Hypoxic Ischaemic Encephalopath iaitu kecederaan otak yang disebabkan oleh kekurangan oksigen kesan dari sesak nafas.

Thursday, December 1, 2011

Ana's E-Day

Hi peeps!

Musim cuti sekolah ni memang la ramai yang berumahtangga. Yang bar nak buat tangga pun ramai. Macam kawan aku sorang ni. Last week dia buat tangga (bertunang). Tapi nak cerita dia punya majlis dah macam orang kawin meriah uollss. Maklumlah anak pemilik butik pengantin. Korang kalo berminat nak tempah pelamin ke..ape-apa jelah yang berkaitan dengan urusan perkahwinan ni boleh klik kat sini Andam Sri Kota. Butik ni ayah ana yang punya. Tolong promote pulak.

Okay dah tengok betul tak kalo aku cakap majis tunang dia ni macam majlis kawin...

Pelamin yang meletopp.
Yang paling tak boleh blah cuba korang tengok kat pulut sebelah kanan tu.
Warna purple jugak...Ngeri ulak tengok. Tak sanggup nak makan.


Ini dia yang diraikan. Posing maut. kau mampu jah????


Ana & her fiancee dan kami-kami yang masih bujang trang tang tang.
Eiba je yang jadi kumbang hari tu. Yang lain-lain tak dapat join.


Tak suka pic ni..gemokkk la pulak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...