Monday, October 31, 2011

Hadiah Birthday Terakhir...

Hari ni dah 31 Oktober. Hari terakhir la kan untuk bulan 10 ni. So sebelum terlambat petang tadi pegi SOGO untuk redeem hadiah sempena birthday treats aku. Nasib baik deepavali aritu balik kampung so dapat la redeem hadiah tu sebabnya semua pamplet @ flyers untuk promotion dari SOGO aku guna alamat kat kampung. Maklumlah masa mula-mula buat membership dulu masa belajar kat u. 4 taun lepas so takde maknanya aku nak bubuh alamat kolej dulu.

Berbalik tentang hadiah yang nak di redeem tu, aku punya la beria. Manalah tahu nak bagi beg Coach ke , Kasut Jimmy Choo ke tak pun paling koman Mini Cooper S ke. Tapi skali ni yang dapat


-


-


-


-

Shopping bag untuk terus perabiskan duit lagi di SOGO..muahahaha. Takpe...takpe syukur ada jugak orang nak bagi hadiah. Korang ingat senang ke nak dapat beg ni. Ada syarat la..kena kopakkan lagi purse aku ni sekurang-kurangnya 50 hengget....


So bagi memenuhi syarat-syarat untuk nak dapatkan hadiah birthday yang super duper dari sogo tu maka rembat la kasut ni....



Comelkan..(cakap ya kalo tak sekeh kepala sendiri)

Friday, October 28, 2011

Second Trip to Langkawi

Hi peeps!

Lama dah tak hapdet blog... kursus punya pasal la ni. (tengok intro pun dah menujukkan ketidakpuasan hati tentang kurus tu :P). Kursus tu sebenarnya sebahagian dari Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). Kan pegawai-pegawai kerajaan kena kursus sekurang-kurangnya 7 hari setahun. So nak mencukupkan jumlah 7 hari tu kena lah join kursus ni. Kat Pulau Langkawi..Langkawi lagi..baru bulan Mei hari tu pegi sana...kopak den!

Kitorang yang stok singel mingel ni pegi dengan bas jek so malam 22 hb dah bertolak kat sana sebab kursus stat 23-25 Okt. Pagi 23 dah sampai kat pulau lagenda tu. Disebabkan kena check in kul 6 petang so kitorang sewa van pegi round satu pulau. Syokkkkkk!!!

First destination kat cabel car.

Pintu masuk nak ke cabel car. Dari pintu ni kena jalan
jugak la dalam 5 minit baru sampai kat kaunter tiket.



Bergambar itu wajib!!!



Masa mula-mula agak tercengang jugak la tengok harga. RM 30 per person.
Tapi bila terpandang papan ni terus tersenyum.
Untuk Malaysian RM 15 je dengan syarat tunjukkan IC masa nak beli tiket.


Muka cuak + gayat...senyum dalam terpaksa..hahahaha


Akhirnya sampai jugak kat atas sana....



Pix ni masa second day. Sebelum aktiviti riadah bermula. Riadah la sangat..berjalan lawat ladang Mardi je. Okey ni tempat penginapan kami sepanjang kursus tu


Stok dari VI


Okey ni masa kat MARDI. Kata pegawai BTN kami perlu bayar untuk makan buah-buahan kat situ. Okey bayaran dia RM 5 je. Kami tak kisah tapi yang paling menyampah bila kami ditipu. Bayaran RM 5 hanya untuk beberapa potong buah-buahan seperti diatas sahaja. Sumpah tak puas hati.


Tapi nasib baik ada 'sesuatu' yang dapat menyejukkan hati kami... belimbing gergasi!


Bergambar dengan penuh eksyen! Poyo kau Jah!



Okey ni dah maalm penutup..muka hepi semacam sebab esok dah boleh balik.
Tak sanggup lagi nak pakai name tag sebesar alam tu!



Okbai...

Friday, October 21, 2011

Freaky Friday


Hari ni memang freaky sangat-sangat. Pagi-pagi lagi jiwa dah tersentap. Mana taknya hati ni baru nak hepi sebab cuti dah nak dekat so planning nak buat lesen kete ( sedih kan dah suku abad lesn kete tak de lagi) tetiba pulak terpaksa ganti orang jaga exam SPM..huwaaaaaaa. Tak daya mak nak menolak nak! Alasan nak buat lesen tak cukup kukuh sebabnya kawan aku alasan dia lagi kukuh sebab dia nak kawin! Urggghhhh....

Pastu balik singgah JJ Maluri jap cari track suit untuk kursus nanti. Terasa macam budak sekolah balik bila kena pakai track suit kat tempat kursus. Ok ni kursus under BTN so jangan banyak songeh. Sampai rumah dalam kul 2 lebih bukak beg nak ambik kunci tapi cari punya cari kunci takde. Gile! kunci dah tertinggal dalam bilik dah la barang belum packing malam ni dah nak bertolak gi langkawi. Rumate aku pulak pegi merayap.

At the end terpaksa jugak kol dia. Dia kat SOGO. baru sampai katanya. Masalah problem sungguh la. Dia cakap kejap-lagi nak balik. tapi aku dah cukup faham sangat. Rumate aku slow motion skit. Aku tunggu lagi sampai kul 3. Eh tak leh jadi ni. So aku decide pegi la merayap mana-mana dulu. Tunggu tren, tren pulak bengong buat hal. 3 buah yang lalu semua 'NOT IN SERVICE' . So dalam kul 3.30 jugak baru la ada tren yang tak berapa nak bengong. Tak tahu mana hala tuju pegi la Masjid Jamek. Cuci mata sambil tersangkut jugak sehelai shawl. Dekat kul 5 aku balik. Tapi rumate aku tak sampai lagi.(kan dah cakap slow motion) nasib baik tak tunggu depan pintu tu kalo tak boleh pengsan . Dekat 2 jam tuh . Dalam 15 minit lepas tu baru dia sampai.

Mood nak pegi langkawi pun turut hilang. Rasa macam nak terus balik kampung malam ni. Doraemon cepat tolong ..... Mood nak berblogging pun turut tersentap sama.

Okbai...malam ni tido dalam hotel bergerak.. Langkawi here i come.....

p/s : Harapnya malam ni tren tak buat gila lagi..nak pegi pudu sentral nanti tak de orang nak hantar so terpaksa naik tren jugak.

Wednesday, October 19, 2011

Tuesday, October 18, 2011

Budak Itu.....

Tengah godek-godek FB td terjumpa la FB my ex-SIL. Actually she divorced last year. But she n my brother was separate about 2 years. Since they in the process to divorce i never met her and my nephew. A that moment i really miss my nephew. mau tak rindu..sejak dalam perut mak dia lagi kita dok cakap-cakap dengan dia. Even masa dia baby kita yang jaga dia. SIL aku berpantang dulu pun aku yang jaga sebab kebetulan waktu dia bersalin aku cuti baru start cuti semester. Memang terasa sangat-sangat bila dia dah takde. Tapi walaupun diorang dah divorce tapi still contact lagi. Setiap kali hari raya dia akan kol. Even kalo diorang balik kampung pun akan pegi jugak rumah aku bawak my nephew jumpa my mum. So tadi terjumpa la gambar time raya kot budak itu yang amat aku rindu...TOYANG


Pic raya last yer.. muka bajet comel..


Pic raya tahun ni..dah tak brape nak comel tapi agak hensem..hihihi

Asyik ambik pic kat kerusi je ni kenape?


Monday, October 17, 2011

Preview What's Your Number

Semalam semasa aktiviti berjimba sempat la tengok movie What's Your Number? walaupun tak dirancang. Overall boleh la bagi 3bintang setengah..korang takkan mengantuk la tengok cite ni. Filem ni dilakonkan oleh Anna Faris & Chris Evans.

Ni sinopsis dia. Korang baca la ye. Malas nak translet...



Inspired by author Karyn Bosnak's novel 20 Times a Lady, director Mark Mylod's freewheeling comedy tells the tale of one hopelessly single women who's convinced she's passed up the man of her dreams. Upon reading a magazine article that leaves her dejected about her future marriage prospects, Ally Darling (Anna Faris) begins to fear that one of her many ex-boyfriends may have been "the one that got away." Now, with a little help from her mischievous neighbor (Chris Evans), Ally is paying a visit to each of her exes in order to reel in the perfect catch.


Lepas tengok cite ni baru terfikir...

  • Benarlah seperti yang dijanjikan oleh Allah wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik. (Macam Ally ( Anna Faris) dengan husband to be dia Colin ( Chris Even)..perangai diorang lebih kurang sama~ tabiat yang tak elok ( tak nak cite tengok sendiri)..

  • Kadang-kadang kita tak sedar pun orang yang selalu kita bergelak ketawa dengan kita, selalu kita gaduh, selalu kita minta tolong, selalu kita buli tu sebenarnya jodoh kita.

  • Kita cuba mencari seseorang lelaki yang sempurna untuk dijadikan pasangan hidup kita yang kacak, yang kaya, yang berpelajaran, yang keje bagus-bagus tapi kita kena sedar. Adakah diri kita juga sempurna untuk berdampingan dengan dia kelak?

Sunday, October 16, 2011

Berjimba @ Mid Valley

Hyeeeeeeeeeee..... buang tebiat apa ber'hai' 'hai' ni biasa main redah je..hehehe..ada peningkatan. Bertambah sopan la gamaknya. Aminnnn

Disebabkan semalam aku bertungkus lumus me'marking' kertas-kertas exam dengan jayanya dan telah berjaya menanda lebih krang 60 skrip jawapan dalam satu hari ( esei ek bukan objektif) maka hari ni aku telah isytiharkan untuk me'reward'kan diri aku untuk berjimba sehari suntuk!.
Bangun pagi-pagi terus text Syam ajak dia kua. Di on je dan dia ajak pegi Mid Valley. Lebih kurang pukul 11 kitorang bertolak. Naik tren pastu naik komuter yang lembab siput tu.

Samppai je terus cari food court. Isi perut dulu. Lagipun Syam tak sempat sarapan tadi. Lepas makan bermula la aktiviti cuci mata. Dari jauh tengok orang ramai tengah berkerumun kat tengah-tengah ground floor tu. Apa lagi tumpang sekaki menyelit nak tengok jugak. Skali tengok memang tertawan. Nak tahu pe dia

-


-


-


-


Tadaaaaa..


Kolam la...deepavali kan minggu depan dah

Cantikk sangat...

Jalan lagi ke depan jumpa lagi.....

Rasa macam nak balik buat kat rumah je..hahahaha. Buang tebiat!

Dah puas jalan-jalan Syam ajak tengok wayang tapi tak tau nak tengok cite ape...x pe syam cakap pikir sambil lines sebab orang ramai sangat. tengok preview kat situ antara The Three Musketers dengan What's Your Number? Last-last decide tengok What's Your Numbers. Sampai kat kaunter diorang cakap tinggal seat yang depan je.. ala x syok pastu tanya next show diorang cakap pukul 4.15..okey ambik yang tu. Alamak lama lagi so kena merewang dulu la.


Jalan punya jalan ternampak kedai cikedis yang menarik so apa lagi....laju je kaki ni masuk. Bila masuk kat dalam tu rasa sungguh heaven..macam-macam jenis jeruk, asam, kekacang, gula-gula ada. memang rambang mata nak pilih . Yang paling best, anda boleh cuba @ rasa segala benda yang dijual semahu-mahunya.

Owh lupa nak bagi tahu nama kedai dia Country's Tid-Bits & Candies Cottage.


Syam yang tak sabar-sabar menceduk asam kulit limau. Katanya nak bawak bekal masa nak g Langkawi nanti.. entah sempat atau tidak. takutnya habis sebelum ke sana lagi..hahahah..


Aku pun tak melepaskan peluang.
Kuantiti yang dimasukkan dalam plastik sama banyak dengan yang masuk ke dalam mulut..hahaha..Bankrap tokey kedai tu kalo sume customer dia macam aku..


Okey ini lah hasil yang dapat diraih setelah penat mencuba segala jenis benda alah yang dijual.



Okey time's out dah kena mauk panggung dah. Tapi sebelum tu pic time dulu!



Syam yang setia menapak dengan aku sepanjang hari ni!


Lepas habis cite terus pegi surau sebab asar dah nak abis. Pastu perut pulak menangis minta diisi. Dari jauh dah terbau keharuman asam laksa di dalam JJ. First impression memang tertarik sangat-sangat denagn dekorasi kedai ni. betul-betul dalam JJ sebelah department untuk curtain, bedsheet sume. Nama kedai dia Deli Tera Garden kot.

So masuk dan order la Asam Laksa Penang sebab tergoda dengan baunya yang mencucuk lubang hidung ni. Skali rasa macam nak anta balik je kat kaunter tu & nak tanya kenapa tak sedap sangat macam bau dia. tipah tertipu! dah la dia punya asam laksa memang cikai giler hanya ada bawang dengan timun je. telur pun x de!kedekut taik idung masin betul. Tak berbaloi bayar RM 5.90 untuk semangkuk asam laksa yang hampeh. Itu ok lagi yang tak tahannya si syam ni order teh tarik skali dia bagi dalam cawan polisterin je harga caj mahal RM 2.70!



Memang tak habis. Aku & Syam memang pangkah terus kedai ni!




Ni lah dia teh tarik yang berharga RM 2.70. Giler! serve dalam cawan polisterin je.

P/S: kalo korang tak caya pegi la kat kedai yang hampeh tu dalam JJ Mid Valley tingkat 2.

Saturday, October 15, 2011

Happy Marking

Wikend yang sungguh tak enjoy sebab banyak keje yang perlu disiapkan sebelum cuti Deepavali mingu depan.. Cuti yang sungguh heaven. Seminggu dowh.. Disebabkan nak cuti dengan aman tanpa perlu membawa apa-apa kerja kat Langkawi nanti maka minggu ni terpaksalah berhempas-pulas menanda kertas-kertas exam. Owhhh ini tiadak seronok :( tapi demi cuti mak rela nyah!

Lepas subuh terus start marking tapi dalam lima nam skrip je pastu ngantuk sambung tido balik. Bangun, mandi n sarapan sambung balik...berenti hanya untuk solat je. Makan pun sambil-sambil marking. Ohh sungguh hebat motivasi untuk bercuti dengan aman ni!

Semasa entri ni ditulis masih ada 5 lagi skrip jawapan yang masih belum disemak. Tak tahan dah mata ni nak mengadap skrip jawapan yang panjang berjela. Lagi pun godaan untuk berblogging sangat hebakkkkkk..


Marking sambil dengar lagu untuk hilangkan bosan .
Kadang-kadang terbabas jugak pi jugak bukak FB n blog mereka-mereka...


Okey sepanjang minggu lepas memang kena jaga exam.. maklumla skolah pun dah nak cuti. Exam aku suka la sebab tak perlu buat lesson plan tapi nak jaga exam punya la hazab... mengantuk yang amat! So satu cara nak hilangkan mengantuk ambik la pic mereka-mereka yang sedang memerah otak menjawab soklan yang super power tu.



Hahah kantoi gak..tengok ada yang perasan gambar mereka sedang diambil.



Macam-macam gaya ada.

Okey itu jew..HAPPY MARKING DAY!

Friday, October 14, 2011

Sulking


Just ignore me

I’m not in a good mood

Lock myself and crying

I try to make a sound

But no one hears me

I’m sick of this life!!!

Thursday, October 13, 2011

Tuesday, October 11, 2011

Bila nak kawen?


Bila umur dah makin meningkat ni makin banyak la mulut-mulut yang menegur. Bila nak kawin? Dah ada calon ke? .... Memang tak salah mereka, mereka dan mereka yang bertanya. Ya dan terima kasih atas keprihatinan anda semua!

Dulu kalo orang tanya aku bila nak kawin senang je aku jawab TAHUN DEPAN !(mak aku ajar sebab mak aku cakap tahun kan sentiasa dihadapan. Betul jugak.) Tapi sekarang bila orang tanya aku cuma cakap "doa-doakan lah supaya cepat jodoh..Ameeenn".

Macam semalam aku masuk ofis dalam kul 7.30 pg nak ambik register tetiba kerani kat ofis ni tanya (berpangkat adik dalam 23 kot umur dia tapi dah kawin)

"Akak bila nak kawin?
"Kenapa ?-soal aku balik
"kan gaji dah naik..so boleh la kawin nanti.
"Ala gaji yati pun naik jugak kan"

Pastu terus aku ubah topik lain...tak sanggup berdepan dengan soklan-soklan yang bakal keluar dari mulut dia lagi.

Tak habis kat situ tentang persoalan bila nak kawin ni. Waktu aku tengah makan ada la dua orang akak ni. Yang sorang ni memang suka mengusik skit. Pn Magdalene. dan sorang lagi Kak Moon.

"Afnie, bila u mau kawin?"
"Kenapa Mag?"
"Kawin la cepat-cepat i suka tengok orang muda-muda kawin"

Blur aku sekejap tak tahu nak cakap apa....ada jugak macam tu..tapi tak pe think positive. Everybody around you really cares of you!

Monday, October 10, 2011

25th @ Flaming Steamboat Setapak

Macam tak percaya je hari ni dah genap hari tua aku. So alang-alang dia dah ada kat KL apa lagi ajak dia berjimba malam tadi sementara nak menunggu detik 12 malam. Konon nak countdown la untuk dia jadi orang pertama wish birthday..tak boleh blah!. So petang semalam request dengan my other half cakap nak makan steamboat. Dia pun on je. So aku pilih FLAMING STEAMBOAT @ SETAPAK. Sebenarnya terliur sebab petang tu terjah blog Kak Liza pastu tengok entri pasal steamboat nih.

Okey sebenarnya sebelum pegi aku banyak ceduk maklumat dari blok k.liza ni.. Kat sini ada tiga sesi

  • Sesi 1 : 6 ptg - 8 mlm
  • Sesi 2 : 8 mlm -10 mlm
  • Sesi 3 : 10 mlm - 12 mlm

Disebabkan dia bertolak dari Bangi pun dalam kul 8 pastu nak ambik aku lagi kitorang decide pegi sesi yang ketiga tu. Gamble je pegi tak booked dulu. Sampai kat kedai tu pun dah pukul 10.20. Nasib baik parking tak susah sangat. Sekali pusing jelah. Sampai-sampai je terus cari tempat duduk dan ambik makanan.



First round



Second round



Dessert: Banyak tu aku punya sikit tu dia punya



Soup n tomyam



Tukang makan: tapi malam tu tak makan sangat sebab dah makan. Dah siap pesan suh kosongkan perut tapi degil.



Sesudah mencekik




Mood dia sangat baik malam ni..kalo tak memang payah nak bergambar tapi malam ni siap suh pekerja kat situ snapkan gambar utk kitorang. Tapi pic ni memang tak memuaskan bergegar!


Kitorang merupakan customer yang paling last blah dari resturant ni. Lagi 15 minit nak tutup kot baru lah angkat kaki. Tu pun sebab pekerja-pekerja dia dah kalut dok kemas sana-sini. Last-last countdown my birthday dalam kete je sebab stuck jammed area ampang coz ada accident. Dekat pukul 1 baru sampai rumah.


APA YANG MENARIK DI FLAMING STEAMBOAT?
  • Harga yang berpatutan RM 26.90(per person) ~ harga lebih murah berbanding Seoul Gardensebab di seoul garden harga untuk lunch & dinner beza sangat-sangat.
  • Pilihan makanan yang sangat banyak. Lebih kurang 150 jenis & paling penting adalah semuanya fresh. Terbaik dari ladang!
  • Air, dessert dan buah-buahan termasuk dalam pakej. Ambik la semahunya. Buat la ABC sendiri sampai lenguh bahu korang dok pusing mesin ais tu.
  • Ruang yang luas dan selesa terutama bila pergi sesi ke 3. Memang banyak meja kosong. 3 lot kedai tu...
  • Parking murah je. Disebabkan restoren di kawasan Platinum Walk so start dari pukul 6 ptg sampai 8 pagi hanya RM 1 untuk per entry.
  • Kalo ambik makanan banyak-banyak pastu tak habis, korang takkan kena caj ! tapi agak-agak lah kan takkan nak jadi sedara setan kot!

Okey untuk sesiapa yang berminat untuk mencuba steamboat yang agak heaven ni boleh terus pergi ke :

No. 66-0 & 68-0,
Platinum Walk,
No2, Jalan Langkawi,
Danau Kota,
53300 Setapak,
Kuala Lumpur


atau klik je kat sini http://www.flamingsteamboat.com/

P/S : Credit to Kak Liza for the info about this restaurant...len kali nak datang lagi..x puas lagi. :)


9/10/2011 & 10/10/2011

Semalam semua dok kalut tentang kombinasi tarikh yang agak santekk 9/10/11..kalo tahun lepas 10/10/10. Huh jenuh pakat dok kenduri kawin tarikh tu tak terkecuali bekas laki tak jadi aku, Angkasawan Negara, Datuk Sheikh Muszaphar Shukor..Uwekkk(sila muntah sekarang).

Tapi semalam tarikh yang memang sangat istimewa bagi aku. Tarikh kelahiran orang yang paling aku sayang.. my late father..(tocink sekejap)....tapi aku memang benar-benar lupa sampailah malam tadi menjelang detik kelahiran aku 10/10/2011. Yup tarikh lahir arwah ayah hanya beza sehari je dengan tarikh lahir aku. (miss HIM so much)..hanya doa mampu dipanjatkan untuknya semoga tenang di alam sana.

Dan hari ini genaplah secara rasminya umur aku suku abad. Terasa tua pulak bila disebut dalam abad. Okey tukar 25 tahun..Sepanjang 25 tahun kat muka bumi dah bermacam-macam yang dihadapi. Dan diharapkan tempoh 25 tahun yang lalu cukup untuk mematangkan diri aku. Belajar dari pengalaman!

Sunday, October 9, 2011

Teruja!

Bajet 2012 dah dibentangkan . Bajet untuk rakyat kata PM. Tak kisah lah orang nak cakap apa pun yang penting gaji aku naik..muahahah..

Teruja sangat-sangat kalo bab gaji ni. Dollar sign dah ada kat biji mata :). Hokey bagi pekerja gomen peratikan tangga gaji anda dimana...(aku punya warna biru tu..hehehe)

Kenaikan gaji tahunan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA)
  • Gred 1-16 : RM80
  • Gred 17-26 : RM120
  • Gred 27-40 : RM160
  • Gred 41-48 : RM220
  • Gred 52-54 :RM 260
  • JUSA A,B,C : RM320

Rezeki sama sama kita syukuri..alhamdulillah...

Saturday, October 8, 2011

Kipas Oh Kipas

Semalam kipas dalam bilik rosak. Ouch aisey mann panas gile macam dalam oven pulak even masuk kejap je nak ambik barang. So malam tadi tido kat ruang tamu. Pagi tadi my other half sampai kat KL sebab isnin ni ada interview so ajak dia ajak keluar samabil mencari kipas. Nasib baik dia datang kalo tak macam mana la gamaknya aku nak mengangkut kipas naik tren. Pheww mesti macam minah kemboja mengangkut hasil barang jualan dorang!

Okey lepas cari kipas perut berkeroncong pastu makan dulu. Makan pun macam masuk pertandingan makan paling cepat je sebab dia rushing nak pegi Bangi pulak. Agak bengang sebab dia ajak keluar pastu nak cepat-cepat balik. Nak tebus rasa bersalah, dia ofer nak tolong angkut kipas tu sampai atas. Dalam ati rasa nasib baik jugak. Kalo tak semput la aku nak mengangkutnya!

Lepas dia balik terus bukak kotak kipas kononnya excited ada kipas baru tapi sekali kipas tu kena pasang sendiri! Hamagadddddd. Dah la dia dah balik kalo tahu macam tu paksa dia pasang dulu baru kasi balik! Okey Inzell ko boleh...

Mati kutu aku masa mula-mula bukak kotak. Patut la kecik semacam je kotak tu.Nasib baik dia bagi manual book.


Setelah berhempas pulas akhirnya hampir berjaya. Pheww penat seh!


Inilah hasilnya. Tak sampai setengah jam pasang dah siap. Tengok kaki la kan...

Friday, October 7, 2011

Ada Apa Dengan Nama - Part 2

Korang pun mesti tertanyakan betul ke nama asal aku Inzell? Yang dah tahu tu ok la tapi dok tanya pulak apa maksud Inzell? Nape guna nickname Inzell? Hadooo malahnya nak bagi menjawab. Okey tanak cite nape Inzell tapi ada stori menarik jugak tentang nama adik-beradik aku. Tapi aku cite nama yang pompuan jelah ek. Peratikan nama kat bawah:
  • NURAZREEN (My elder sister -28 yrs old)
  • NURAFNIE FARISHA (Me - 25 yrs old)
  • MARIAM (My younger sister - 22 yrs old)
  • SITI AISHAH (My youngest sister - 19 yrs old)

Menarikkan nama kitorang. Zaman skolah dulu cekgu slalu tanya nape nama kitorang berbeza sangat sedangkan muka masing-masing macam fotostet. Adik aku yang no. 4 tu lah selalu je bengang. Mana taknya nama kakak dia sikit punya moden tapi nama dia skit punya klasik ( Kira nama aku da melapaui zaman la..hahaha). Tapi aku slalu cakap ngan dia “nama ko ada makna tapi nama aku ko ingat ada makna”?

Pastu satu lagi kat rumah, family aku tak panggil aku ni Afnie ke, Farisha ke sebabnya mak aku cakap nama aku x 'sekun' dengan aku. Tak sesuai la. Ala macam ahmad albab. Masa kecik-kecik mak aku panggil aku Nosya tapi asyik dok melalak je so tukar la jadi LINA. Jauh bapak beza dari nama asal. Sebab tu bila kat FB aku letak nama sebenar aku kezen-kazen pakat tanya tu ke nama aku yang sebenar? Sebabnya mereka dari kecik lagi kenal aku sebagai 'lina'. Ingatkan Azlina ke hape ke. Sekali nama chek NURAFNIE FARISHA hokeyyy.

Aku ingat lagi masa aku tadika. Aku selalu kena cubit dengan cekgu sampai lebam sebab salah eja nama sendiri kat kertas latihan ( kertas lukisan je kot ). Aku tak bagi tahu mak aku sampailah bila aku dah besar baru aku bagi tahu. Memang la skali tengok macam menarik (puji nama sendiri tu) tapi ada jugak keburukan dia. Cuba korang bayangkan aku nak letak nama anak aku ape nanti? ( giler kawin pun belom dah berangan nama anak).

Name tag yang sepatutnya aku pakai masa keje tapi seingat aku masa mula-mula keje dulu je aku pakai pastu simpan dalam beg. Kenal lambang kat name tag tu???


Tengok la sedey gila. Nama aku memang takde makna :(


Takpe nak menyedapkan hati tengok yang kat bawah ni.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...