Tuesday, July 31, 2012

Puding caramel

Salam peeps!

semalam teringin nak makan sumtin yang manis
kemaruk orang baru kebah demam
tapi malas nak gi bazar
so buat la puding paling simple

Puding gula hangus nama dia yang tak feymes
nama feymes dia pudding caramel

nak makan tak lah beria sangat
sambil-sambil nak balas bekas k.yati
hari tu dia ada bagi dadih waktu aku ABC :-D

Bahan-bahan

16 biji telur
1/2 tin susu pekat manis
3 sudu gula
esen vanilla


Panaskan gula pastu sejukkan


Pukul telur, susu & esen vanilla hingga kembang
lenguh kot pukul guna whisk tu

last skali kukus..
sebenarnya nak rasmikan pengukus baru yang dah lama beli..hahaha
kecik n comel paling penting murah 15 hengget je

Siappppp!!!!


Telan air liur la plak..
walau rupa buruk tapi rasa ummppphhhh

Wednesday, July 25, 2012

Alhamdulillah... rezeki ramadhan.

Salam peeps!

Alhamdulillah..
petang tadi kerajaan dah umumkan bonus untuk kakitangan awam
setengah bulan bonus pun dah ok la kan dari tak dapat langsung
boleh la belanja untuk raya :-)
tido malam ni senyum meleret la yer

klik kat sini untuk info lebih lanjut : BONUS RAYA 2012








Monday, July 23, 2012

Kadar Zakat Fitrah 2012

Salam peeps!

Macam mana puasa?
Tarawikh dah tinggal ker?

Aku ler tu yang dah ter 'miss' tarawikh
berpuasa di hari bekerja memang mencabar
nak-nak terpaksa melaungkan suara untuk 6 periode
fuhhh pancit bila kelas terakhir.

Okay nak cite pasal zakat fitrah ni
cita-cita tahun ni nak bayar sendiri
tahun lepas pun mak aku tolong bayar

tahun lepas asyik tanguh nak bayar last-last
ak cakap dia dah bayar
tapi harapnya tahun ni tercapai la yer

bukan jauh pu tempat nak bayar
otw balik keje je
Masjid Al-Bukhary, Jalan hang Tuah tu je

Minggu depan aku target
harap-harap terlaksana



Okey ini jadual kadar pembayaran zakat bagi seluruh Malaysia

Sunday, July 22, 2012

Mana suara?

Salam peeps!

Dugaan sungguh ramadhan kali ni
beberapa hari sebelum tiba ramadhan aku dah kehilangan suara
mula-mula suara jadi garau tapi esoknya terus takde
mengajar pun guna bahasa isyarat jer
nasib baik student memahami situasi aku

Paling terharu ada yang sanggup bagi petua
supaya cikgunya kembali bersuara
rindu nak dengar aku membebel la tu :D

hari ni pun suara masih serak lagi
alhamdulillah bertambah baik dari semalam
tapi batuk la pulak menjelma

berbuka dengan air asam jawa
bersahur dengan ubat batuk
harapnya esok suara kembali semula
amin ya rabbalalaminnn...

Friday, July 20, 2012

Salam Ramdhan 1433H

Salam peeps!

Sempena esok 1 Ramadhan 1433H
selamat menyambut ramadhan
semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya
semoga ramadhan kali ini membawa keberkatan untuk kita semua

Ihya' Ya Ramadhan..



Sebelum tido malam ni jangan lupa niat puasa
teringat kenangan bersama arwah ayah
hari pertama bersahur kami adik beradik
akan mengikut arwah membaca niat puasa.
terlalu manis moment itu jika di imbau kembali


lepas tu bermula esok sehinggalah 30 ramadhan ingatlah signal kat bawah yer!


Selamat berpuasa :-)

Thursday, July 19, 2012

Sabtu puasa!

Salam peeps!

Sah!
Sabtu ni puasa...
punya la pulun dok depan tv
nak dengar pengumuman pengisytiharan puasa
Kul 8 lagi dah terpacak depan tv tapi x de.
alih-alih dalam kul 9 lebih baru ada ditayangkan kat 8TV
(mungkin aku yang terlepas)

Penyimpan mohor besar raja-raja dah bertukar la
bukan lagi pak cik yang tahun-tahun sudah.
banyak la ko Pak Cik.. Tan Sri la!
Rupa-rupanya beliau dah bersara
tahun lepas lagi
eh..macamna boleh tak perasan



YM Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Bin Engku Ngah

Okey ini Penyimpan Mohor besar Raja-Raja yang dulu.
dia la paling feymes time nak puasa & nak raya.
Time nak raya la orang pakat dok tunggu depan tv
nak tengok dia sbb nak tahu bila raya.
Memegang jawatan sebagai Penyimpan ni selama 22 tahun
bermula januari 1989-januari 2011
lama kot!

Dan sekarang ini penggantinya

-

-

-

-

-

-


Datuk Syed Danial Bin Syed Ahmad

Monday, July 16, 2012

Ice Age 4 : Continental Drift

Hi peeps!

Hari isnin tanpa 'monday blues'
boleh berjimba-jimba dengan aman
tengok wayang tanpa perlu beratur sampai
krem kaki untuk dapatkan tiket wayang.

Layan Ice Age 4 di Mid Valley
mengalihkan perasaan yang kian kusut
memang enjoy 4/5 star !

Geng Manny VS Geng Kapten Gutt


Si Tupai Scrat yang tidak habis-habis dengan kacangnya
Disebabkan si Scrat ni lah bumi terbelah menjadi dua.
Leher zirafah menjadi panjang

Shira (Jenifer Lopez)
Berjaya menggoda Diego.


Paling tak boleh blah bila tetiba je anak buah Captain Gutt bertuka menjadi bendera
Lawak giler
Align Center

Wekkk nak tahu lebih lanjut tengok sendiri tak panggung !

Sunday, July 15, 2012

Permainan Zaman Kanak-Kanak

Hi peeps!

Masih ingat lagi permainan zaman budak-budak?
sugguh indah zaman tu
hidup tanpa masalah
tanpa perlu berfikir apa-apa
yang ada difikiran hanyalah keseronokan

zaman kanak-kanak di kampung adalah yang paling indah
pelbagai jenis permainan termasuk di sekolah
masa kecik aku ni agak tomboy sket
pakaian macam lelaki t-shirt dengan seluar je sepanjang hari
baju kurung dan gaun jauh sekali nak pakai
kawan pun lebih ramai lelaki
maka permainan pun ala-ala lelaki gak
permainan budak pompuan memang tak main
takde maknanya nak main anak patung, masak-masak tu semua

Ini antara permainan yang aku main

Pertama:

CHOP TIANG / REBUT TIANG

Pic Mr. Google

Bukan tarian tiang ok!
Chop tiang
permainan ni biasa main kat sekolah
terutama waktu rehat dan sebelum masuk
ke kelas agama atau kat kelantan lebih dikenali dengan kelas fardhu ain
permainan ni biasa merlukan 5 orang seorang akan jadi magsa la
akan berada kat tengah-tengah
selalu jugak kena marah dengan cikgu sebab bila masuk kelas badan dah berpeluh-peluh


Kedua:
BALING SELIPAR

Baling selipar dah biasa main
biasa main kat area rumah aku
lepas balik kelas agama terus berkumpul ramai-ramai
kalau geng tak cukup siap pegi cari n tunggu kat rumah diorang
main sampai dah dekat nak maghrib
balik rumah mak dah siap tunggu dengan rotan
tapi tak pernah serik


Ketiga :

SUSUN & BALING TIN


Permainan ni pulak kitorang main bila dah bosan main baling selipar
tin yang digunakan biasa tin susu pekat manis
alat untuk membaling biasa bola
semua akan pakat cari tin.
siap pegi tanya kat kedai kopi lagi kot-kot ada tin
lagi banyak tin lagi gempak sebab akan ambik masa nak susun
permainan ni memang akan menguji kepantasan menyusun dan berlari
untuk mengelak dari dibaling oleh pihak lawan


Keempat:

GULI


Antara banyak-banyak permainan,
ini yang paling meninggalkan kesan kat hati aku
aku antara champion dalam main guli ni
jarang sekali kalah bila main
arwah ayah paling pantang aku mian benda ni
katanya macam berjudi
sebab kita pertaruhkan guli yang kita ada
tapi aku buat tak endah je
sampai satu hari
ayah aku jumpa guli aku yang ada dekat 200 biji
lepas tu dia campak dalam perigi
tanpa pengetahuan aku
lepas aku dapat tahu punyalah aku mengamuk.
Arwah ayah selamba je cakap"padan muka"



Sebenarnya banyak lagi permainan lelaki yang aku main.
Cari anak ikan dalam lumpur, main senapang yang menggunakan
peluru terung pipit, kriket kampung, galah panjang atau kat kelantan
lebih dikenali dengan nama Choh, main layang-layang.
Lastik burung pun penah.
bila ingat balik aku tersenyum sendiri
kena balun dengan mak pun memang tak penah serik
esoknya pergi main macam biasa balik :)

Anak-anak hari ini sudah tak merasa permainan tu semua.
Semuanya anak-anak IT yang mereka kenal hanyalah
Angry Birds, Zuma, Sims dan yang sama waktu dengannya.
Kalau tahu pun mungkin melalui cerita Upin Ipin sahaja.
Kelak mungkin tiada lagi kegembiraan zaman kanak-kanak yang boleh mereka kenang!

Thursday, July 12, 2012

Thirsty Thursday

Hi peeps!

Celik-celik mata pagi tadi
wahhhhh khamis sudah
esok jumaat ~ sogo sale... shopping aje.. :D
walaupun sabtu keje tapi tetap happy
lagi pun isnin cuti..
tak tahu la semenjak sebulan ni
memang dah kena virus morning blues
malas sangat nak bangun pagi
kalau boleh nak hari rabu terus

normal la kan. korang pun mesti penah rasa macam aku gak kan
kalau tak penah tu macam tipu je kan..hehehe
(sesuka je fitnah orang)

Semalam bengang sebabnya barang yang aku kirim
dari bandung tak sampai-sampai lagi
hari tu berjanji bukan main.
konfem minggu ni sampai katanya
bila samapi masanya tak sampai-sampai jugak
panas la jugak dah dekat sebulan lebih
kalau tu barang aku nak pakai sendiri tak pe gak
masalahnya tu barang orang lain
duit dah bayar tapi barang tak sampai-sampai

dah segan gila aku ngan orang tu
x tahu nak cakap apa dah
hurmm tengok lah katanya minggu depan pulak akan sampai
kalo tak sampai jugak memang terbakar la aku.



tengok pic ni tetiba rasa lapar..
Puasa la!

Tuesday, July 10, 2012

Serentak Seluruh Negara

Hi peeps!

Pagi tadi 10 July 2012
merupakan satu lagi acara baru yang tercatat
dalam kalendar KPM iaitu
senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

maka dengan itu hari ini pegi sekolah dengan berpakaian sukan
tapi bila sampai di sekolah nampaknya guru yang lebih ramai memakai pakaian sukan
manakala pelajar still dengan uniform biasa
Haiiihhh kena tukar la nama acara ni
1 Guru 1 Sukan 1 Malaysia

hampir setengah jam jugak
bergalok & bergelumang atas padang
hasilnya sekarang aku telah sengal-sengal bahu
konfem silap step masa senaman tadi






eii... pix gedix


Muka semua berkerut menahan kepanasan


Pic time sebelum turun ke padang.

Sunday, July 8, 2012

Demam Ani Sup Utara

Hi peeps!

Sekarang ni bila siti tanya nak makan apa
cepat je aku jawab " ani sup utara'
memang parah rasanya dalam dua minggu ni dah 5 kali aku pegi
dah kira kerap la tu
sebabnya hari kerja pun pegi gak.

Kami rela menapak agak jauh menuju ke medan MARA semata-mata
untuk menikmati supnya yang meletup itu.
lagipun suasana kat situ sungguh selesa
sebelah sate haji samuri
tempat makan yang luas
perghhh memang terangkat!




Pemandangan menarik ketika menikmati sup yang power


Ct tengah order


Sup perut sentiasa sold out
time aku sampai je pasti dah habis
seingat aku 2 kali je kot baru sempat merasa sup perut dia

Bihun yang berwarna kuning.
Memang bihun orang utara diwarnakan ke?

Perghhh kecur air liur pulak tengok pic ni

Lemon hilangkan jerawat

Hi peeps!

Minggu lepas dekat staff room
ada orang jual pencuci
multi purpose cleaner
semua pakat beli
tetiba akak sebelah meja aku tanya
"afnie x beli ke?
"kalau pencuci tu boleh hilangkan segala parut dan jerat komfem saya beli kak"

tak lama lepas tu dia datang kat tempat aku
dia cadangkan aku menggunakan jus lemon untuk hilangkan jerawat
anak dia pun alami masalah yang sama
alhamdulillah sekarang dah hilang jerawat dia

so semalam aku pun cuba la
mula-mula memang pedih
maklumlah lemon tu kan jenis berasid
selepas beberapa ketika ok lah
malam tadi tak pakai pun krim anti jerawat

bangun pagi tadi alhamdulilah tak de apa-apa
so sape-sape nak mencuba boleh la
lepas ni kita sama-sama tengok hasilnya
InsyaAllah berhasillah harapnya.


Campfire

Hi peeps!

Malam semalam ada campfire ke-103
sebagai guru penasihat maka
aku merajinkan diri tengok aktiviti budak-budak
tahun ni tahun kedua aku menyertai campfire ni
just datang bagi support kat aktiviti diorang

Banyak aktiviti walaupun sambutan
kurang menggalakkan berbanding
tahun sebelummnya
but i know all of you work hard
Good job guys!




Simbolik upacara


Aktiviti yang mendebarkan bila
senior scout minum gasolin



SHALL NEVER FLEE BUT FIGHT !

The Oranje!

Hi peeps~

Sebenarnya dah lama pic ni tersimpan dalam draft
gambar ni pun dh lama bulan mei hari tu lagi
Teacher's day celebration

Theme : Orange
Location: VI, Flamingo Hotel



Terasa muda... macam baya-baya diorang pulak :D


I'm not the lucky person :(





Bila ramai-ramai baru nampak cantik sebab semuanya oyeeeennnnnn

Saturday, July 7, 2012

Jiran Saya

Hi peeps!



hari sabtu yang cukup indah
tido dengan sepenuh hati :-))))
petangnya keluar pergi ke Jalan Tuanku abdul Rahman
destinasi wajib setiap minggu
tapau nasi kerabu makan kat food court sogo

Selepas tu gerak ke sekolah
ada camp fire
around 9 lebih baru balik rumah.
duduk tak sampai setengah jam tetiba bunyi bising kat luar
bunyi orang marah-marah
automatik perlahankan tv
rupa-rupanya jiran sebelah kena serang
tetiba berdebar tak tentu pasal.
pasang telinga jap
rupanya tunang dia serang
kecut perut aku ngan siti
lam kecut-kecut perut pun sempat lagi selak langsir
hehehe kosser kan

tengok pak cik kat tingkat bawah pun dah buka pintu
jenguk-jenguk. Ok gak bimbang apa-apa berlaku
setahu aku jiran sebelah kanan
budak-budak bujang gak macam ktorang
tapi tak pernah bertegur sapa pun
jiran sebelah kiri dah ber'family.
ni pun kitorang tak pernah berkenalan
maklumlah keluar pagi balik petang
kadang-kadang senja baru sampai rumah

aku ni tinggal kat flat
tingkat paling atas
jiran-jiran memang tak kenal pun
kl katakan
so bila jadi kes-kes macam ni
kira kecut perut jugak la
mahu tak takut nak dibuat laki tu pukul
tak ke haru
haishh baru jadi tunang dah tinggikan suara
siap angkat tangan nak tampar
kalau kawin tak tahu lah
nauzubillah
simpang malaikat 44

Thursday, July 5, 2012

TRUE LOVE ( A Doctor's Note)

It was approximately 8.30 a.m. on a busy morning when an elderly gentleman in his eighties arrived to have stitches removed from his thumb. He stated that he was in a hurry as he had an appointment at 9.00 a.m.

I took his vital signs and had him take a seat. I knew it would take more than an hour before someone would to able to attend to him. I saw him check his watch anxi...ously for the time and decided to evaluate his wound since I was not busy with another patient.

On examination, the wound was well healed. Hence, I talked to one of the doctors to get the supplies to remove his sutures and redress his wound.

We began to engage in a conversation while I was taking care of his wound. I asked him if he had another doctor's appointment later as he was in such a hurry. The gentleman told me no and said that he needed to go to the nursing home to have breakfast with his wife.

I inquired about her health. He told me that she had been in the nursing home for a while as she was a victim of Alzheimer's disease. I probed further and asked if she would be upset if he was slightly late. He replied that she no longer knew who he was and she had not been able to recognize him since five years ago.
I asked him in surprise, "And you still go every morning, even though she doesn't know who you are?"
He smiled as he patted my hand and said, "She doesn't know me, but I still know who she is."

I had to hold back my tears as he left.
I had goose bumps on my arm, and I thought, "That is the kind of love I want in my life."

True love is neither physical nor romantic. True love is an acceptance of all that is, has been, will be, and will not be...

Wednesday, July 4, 2012

Talk to my heart

Someone
Someone who is nice
Someone to care
Someone who sees you for who you really are
Someone to be there
Someone you can depend on to love you no matter what
Someone you have your eye on
Someone to heal your every cut
Someone to wipe away your tears
Someone you can trust
Someone is there waiting for you
To get to them do what you must

Tuesday, July 3, 2012

03.07.2012

Hi peeps!

3 July..
opsss his birthday
lum beli lagi hadiah
beli skarang pun bukan boleh bagi trus
dia jauh nun di sana

he request jersey Spain
masih dalam pertimbangan
kalau jersey Germany tu memang x perlu di pertimbangkan
hurmmmm
sabar ek..hahaha


Jersi idaman 'dia'.
tak dapat yang real tengok pic cukup la kan..hihihi

Distance may keep us apart but you are carefully tucked in my heart.

We may be far apart but never far enough to forget the start,

of a bright new relationship that lived in our hearts.

Happy Birthday B!

Sunday, July 1, 2012

What U Give U Get Back !

Hi peeps!

Finally semuanya sudah selesai
lega yang teramat.
Bebanan tugas untuk sukan tahun ni sudah habis
tahun depan pula menanti.
Takpe yang tu tahun depan pula fikir
Segala usaha dan penat lelah kami telah berhasil
sungguh tidak disangka kami mendapat ganjaran
kami mengekalkan kejuaraan 6 tahun berturut-turut
untuk khemah & perbarisan.

Gadis padang


Muka dah burn selepas lebih seminggu berkampung di padang


Barisan juara..


Khemah Juara!
Mungkin disebabkan ada 'mesin kelapa' kat depan tu kot..hihihi
Kak Liza.. Diorang ingat tu mesin kelapa bukan time machine. jangan marah ok!
Go THAMBOO Go


Naib johan: Rodger


Nice decoration! : Sultan Abdul Samad


Transfomers : Bumblebee by Lee Kuan Yew


Robot : Yap Kwan Seng


Simple but I love red : Shaw


My neighbour for this year not for the next year: Treacher


The Champion : Loke Yew


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...