Minggu lepas dekat staff room
ada orang jual pencuci
multi purpose cleaner
semua pakat beli
tetiba akak sebelah meja aku tanya
"afnie x beli ke?
"kalau pencuci tu boleh hilangkan segala parut dan jerat komfem saya beli kak"
tak lama lepas tu dia datang kat tempat aku
dia cadangkan aku menggunakan jus lemon untuk hilangkan jerawat
anak dia pun alami masalah yang sama
alhamdulillah sekarang dah hilang jerawat dia
so semalam aku pun cuba la
mula-mula memang pedih
maklumlah lemon tu kan jenis berasid
selepas beberapa ketika ok lah
malam tadi tak pakai pun krim anti jerawat
bangun pagi tadi alhamdulilah tak de apa-apa
so sape-sape nak mencuba boleh la
lepas ni kita sama-sama tengok hasilnya
InsyaAllah berhasillah harapnya.
No comments:
Post a Comment