Wednesday, August 29, 2012

Cerita Basi

Salam peeps..

Masih dalam mood raya?
Kalau kat Kl yelah ..
tp klo belah pantai timur memang tak lah
da nak masuk seminggu kerja & mood kerja dah semakin baik :p

Btw x de nak update cite pasal raya tapi cite sebelum raya.
balik kampung hari tu sempat berbuka bersama :D
29 Ramadhan 1433H.
macam tahun lepas jugak
tapi kali ni lebih proper skit walaupun
tempat yang diidamkan tidak tercapai
x pe janji berbuka bersama
InsyaAllah tahun depan sebulan boleh berbuka bersama
tu pun kalau tak kena gi ofshore.


Haza Bistro.
Decoration sangat menarik
tapi servis sangat hampeh.
sebelum tu dah survey kat blog pasal restoren ni
memang bad feedback tapi pegi jugak sebab ingatkan dah ok
rupanya aku juga terkena seperti mereka-mereka di luar sana


Can you see the Dates?
seriously kurma dia memang besar

Time ni muka pak cik ni ok lagi


Tapi lepas 15 minit masuk waktu berbuka pak cik ni dah bengang
makanan tak sampai-sampai
memang fail la servis dia.
bukan meja aku je meja orang lain pun sama. Hampeh!

Bila order dah sampai tersalah pulak
minta kambing dapat ayam
bila bagitahu kat pekerja dia diorang cakap
kambing tak de untuk hari tu
bengong la
time minta order cakap ade pastu tetiba cakap takde


Muka kena bebel.

Seminggu sebelum tu dia dah suh aku tempah bufet kt Grand Riverview
tak pun Ridel tapi aku dengan konfidennya cakap
tak pe sehari sebelum tu pun boleh tempah.
Sekali bila call semua fully booked!
Hamek kau... Tahan telinga jelah

Takpe tahu depan sebulan sebelum tu i da booked okeh




Sebelum balik kampung hari tu sempat join my colleague berbuka bersama kt Nyonya Valley, Cyberjaya. Pegi pun sebab dapat banyak diskaun :D. Hanya RM 31.50 je per pax.




Main dishes : Nyonya style.. nama pun dah Nyonya Valley

Bukan makan banyak pun kalo dah memang tangki aku kecik



Geng Singel Mingle yang turut serta :Siti & Ain


Baby Kak edayu : Airis
Ada iras aku tak? hahaha


Geram sangat2 tengok pic ni
Senyum nampak gigi macam mummy dia :p

Sunday, August 26, 2012

Eid Mubarak 2012- Lima Syawal

Salam syawal..

Dua hari selepas majis aku
penat pun tak hilang lagi
skali lagi mak terpaksa berperang
dengan periuk belangan di dapur

kaki ni rombonan meminang angah pulak
memang kelam kabut
pihak lelaki bagitahu sehari sebelum datang
mula-mula ingat diorang datang merisik je
tapi sekali hamek kau 10 buah keta datang & bukan lagi merisik
sebaliknya bertunang terus
pheww memang penat

sedara mara pun terkejut
baru dua hari lepas majlis adik
sekarang majlis kakak pula
tapi diorang sporting
datang jugak waaupun terpaksa meredah
jem di sepanjang jalan

hantaran dari pihak lelaki
yang pompuan tak sempat snap


see baju angan pun tak meriah
recycle baju raya je
mana sempak oiii nak cari baju yang vouge!


Pic time after majlis


Raya tahun ni tak macam raya tapi lebih kepada kenduri :D

Thursday, August 23, 2012

Eid Mubarak 2012- Tiga Syawal


Salam peeps!

Raya ketiga yang meriah
hampir semua adik bradik mak berkumpul kat rumah
meriah dengan keriuhan suara sepupu sepapat

open house kah??




Baju raya untuk raya ketiga
ecehhhh ambik gambar baju ala-ala profesional photografer




Bila semua dah sampai
acara bermula
makan-makan dan
majlis bermula


Majlis?????

-

-

-

Tadaaaaaaaaa




Alhamdulillah .. alhamdulilllah
One steps closer to tie the knot
:P





p/s: present sempena anniversary


Wednesday, August 22, 2012

Eid Mubarak 2012

Salam peeps!

Tak terlambat lagi untuk aku ucapkan
Selamat Hari Raya maaf Zahir & Batin
raya tahun ni paling kacau bilau bagi aku
tapi paling bermakna jugak :D

Sambut raya tanpa mak apatah lagi ayah
mak terpaksa bermalam di hospital sebab mak tok
kena tahan... tak sukeeee
juadah hari raya kena siapkan sendiri.
tiada air tangan ibu di pagi syawal

rebus je ketupat segera nona
bakar sate yang terlebih rempah, nasi tomato mek ye yang tidak menjadi,
tiada bersalaman dan bermaafan di pagi raya
ohhhh sangat tidak ohsem pagi raya tahun ni.

Maka dengan itu tiadalah gambar gedik bermaafan di pagi raya
syahdu gile rasa nasib baik petang raya tu mak dah kat rumah



Raya tetap meriah walaupun hidangan pagi raya sangat hampeh
kanak-kanak dari ceruk mana pun tak tahu lah
datang kutip duit raya.. teringat zaman budak-budak.
Aku pun seperti mereka suatu ketika dahulu


Lebih ceria dengan kehadiran si montel Damia
walaupun empunya diri tidak mesra alam kali ini


Si muncung Didi
Lebih mesra alam sedikit berbanding si kakak



Okehh raya pertama memang terkung kat rumah jeraya kedua baru start jalan-jalan
beraya pun rumah jiran-jiran terdekat je.


Posing dengan muka berminyak yang boleh digunakan untuk goreng ikan :C




Gelak tak hingat dunia walaupun kt rumah orang


Raya pertama & raya kedua memang tidak gempak
raya ketiga memang gempak..
hihihi
tunggu next entri


By the way raya pertama 19/8/2012 adalah our anniversary as a couple
cer tengok tickers kt sebelah.

Happy 2nd Anniversary Dear...




Sunday, August 5, 2012

Jika Chong Wei Menang....

Salam peeps!

Kopipes dari Kelab Guru Malaysia

Tahukan Anda??

Sekiranya sebutir emas Olimpik berjaya diperolehi dari Dato' Lee Chong Wei.. beliau akan m'perolehi :

1. RM1 juta daripada Majlis Sukan Negara (MSN)..
2. RM 1juta daripada syarikat perabot tempatan iaitu 3V Holdings
Sdn. Bhd.
3. Jongkong emas seberat 12.5 kg bernilai lebih RM 2juta
ditawarkan Pengerusi Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC), Datuk
Seri Andrew Kam dan...
4. Elaun RM 5ribu setiap bulan sepanjang hayat untuk pemenang
emas olimpik.

* manakala rakyat Malaysia, akan mendapat ice cream percuma
yang ditawarkan oleh Baskin Robbins pada esok hari 8 Ogos 2012
di semua outlet dari pukul 8 malam hingga 10 malam dan...

* pemilik restoran Burhan Mohamed menawarkan hidangan
percuma kepada pelanggan iaitu Restoran Original Kayu Nasi
Kandar Sdn Bhd, Pulau Pinang

Thursday, August 2, 2012

Pilihan Sepanjang Ramadhan

Salam peeps!

Dekat-dekat nak berbuka ni meh kita cite sal makanan.
semalam kt fb nampak la ada orang tag nama-nama kuih
x senonoh.. buat telan air liur je


Hahaha x senonohkan nama-nama tu
nama je x senonoh tapi rasa kesemuanya memang power
nak-nak lompat tikam

okey skrang meh kita tengok apa yang feymes sepanjang ramadhan ni
ini berdasarkan carian kat Yahoo...



Tamar @ Kurma..
memang wajib ada, tak bermakna buka puasa tanpanya


Bubur Lambuk
Benda alah ni memang feymes kalo kat Kolumpo ni
belah pantai timur mana ada semua ni
mula-mula memang tekak aku tak leh terima benda alah ni
tapi 1st time cuba yang kat Masjid Bukhary
memang terangkat!


Tepung Pelita
yang ni memang fevret aku dulu kini dan selamanya
nak-nak yang bahagian santan atas tu lagi banyak
berbanding tepung yang kat bawah tu


Murtabak
yang ni pun sedap
cicah dengan sos cuka dia yang warna merah tu
emmm yummy!


Ayam Percik
fuh telan air liur tengok pic ni
sedapnya. Aku paling suka yang kah percik warna putih
kat kelantan ada dua version kuah dia
satu yang masukkan cili kering satu lagi tanpa cili kering


Popia Basah
yang ni pun aku suka gak
tapi aku lagi suka Popia Crispy yang kat SOGO
rangup & padat dengan isi


Ikan Bakar
fevret selamanya nak-nak ikan pari bakar + air asam


Roti John
Aku ni bukan penggemar roti so ini tak termasuk dalam senarai aku sepanjang ramadhan ni

k lah nak berbuka dah..
byeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...