Monday, July 29, 2013

Cookies

Salam..

Tahun ni terlebih rajin
rajin la sangat sebab budjet sebenarnya..kah..kah..kah
bukanlah kalau tak sebab nak jaga budjet pun
memang aku tiap kali raya mesti buat biskut sendiri
even sejenis pun MESTI kena buat
macam tak best pulak raya kalau tak buat biskut sendiri
so alang-alang dah ade oven hadiah kawin aritu
so kita buat lah sambil-sambil penuhkan masa terluang.


Okay resepi ahkaks kali ni Cream Cheese Cookies
nama omputih uollsss


Aci tak..x tunjuk pun bahan-bahan last last tunjuk yang dah siap tekap





Tabur chocolate rice

Siap dah..Cream Cheese Cookies (CCC)

   
Dapat 4 balang. 2 balang untuk my mom 2 balang untuk MIL






 okay ni resepi untuk Cream Cheese Cookies (CCC)

BAHAN-BAHAN
500gm butter
250gm cream cheese
200gm gula halus
350gm tepung gandum
500gm tepung jagung
50gm tepung susu
2 biji kuning telur
1 camca teh Vanilla Essence
Chocolate rice secukupnya untuk hiasan & di masukkan skali dlm adunan

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Pukul Butter dan gula, masukkan telur kuning & esen vanilla. Pukul Lagi
2.Masukkan Cream Cheese, tepung susu, dan kedua-dua jenis tepung(gunakan dulu tepung jagung sehingga habis baru dimasukkan tepung gandum)
3.Uli sampai sebati. Terap dengan acuan yang sesuai. Tabur keju yang telah diparut di atasnya
4.Bakar sampai masak.

Tiramisu

Salam..

Wikend haritu ada buat tiramisu dah lama sangat teringin nak makan
 nak gi secret recipe sorang2 malas
so kita buat sendiri bahan-bahan
 rasanya dah berkurun dalam peti tu cream cheese tu
 dah hampir tiga bulan kalo tak silap hehehe..bizi + masa tu tak teringin


 

Ok ni bahan-bahan yang diperlukan
 cream cheese,whipping cream, biskut/sponge cake, sebuk koko & nescafe 




 mula-mula susun kek tu utk base (aku gunakan mocha kek) 
memang mula-mula nak gunakan laadyfingers biscuit tapi tak jumpa. 
pastu kita basakan kek tu dengan bancuhan nescafe 



 

bahan-bahan yang lain tu kita pukul aku pukul sampai kembang.





dah siap pukul tu kita buat kerja 'melayerkan' bahan-bahan tadi bermula dengan base,
  pastu bahan-bahan yang dipukul dan last skali taburkan dengan serbuk koko 
buat lah berape layer pun sampailah habis..
Siap sudahhhhhhh




 Lagi sedap sejukkan dulu dalam peti 
eeemmmmm sedappnya

Tuesday, July 23, 2013

Jerebu datang lagi?

Salam.. balik sekolah lagi tengok cuaca semacam je pastu tenyeh mata kot-kot mata aku yang problem tak mungkin..sah mr.haze menyerang balik masa menapak kat tangga umah tadi dengar auntie jiran aku bersembang pasal mr.haze katanya kat Melaka lgi teruk berbanding kl iye ke??? harapnya tak berlanjutan macam hari tu try intai kat luar tingkap Alhamdulillah macam tak jerebu dah tapi kalo jerebu pun best jugak.. dapat cuti pastu tak yah ganti..kah..kah..kah apa punya pikiran la aku ni mood t5ak sabar nak cuti woiii masa jerebu hari tu kan aku tak update tapi pic aku snap jugak so layan je lah pic yang dah hampir sebulan lebih ni

Sunday, July 21, 2013

Jus Gulsan

Salam..
pernah dengar pasal pati gulsan?
aku pun baru tahu dalam 3 bulan lepas
selepas di perkenalkan oleh my SIL
pati gulsan ni adalah ekstrak buah delima
yang diimport dari Negara Turki
dia ala-ala madu la yang elok diambil setiap hari
aku pulak dah macam kewajipan untuk minum sesudu pagi dan sesudu malam.

Rasa dia sangat ohsem
sesudu macam tak cukup
semalam pegi Banting untuk servis keta
kat workshop my BIL sambil-sambil cari kerepek untuk raya
dan juga untuk kawan-kawan sekolah yang kirim
tetiba terpandang dalam peti ais kat kaunter tu ada
jus gulsan.. owhh mesti cuba...

 
 
Yang dalam botol tu untuk diminum 2  sudu sehari
nak buat ala-ala cordial pun boleh.
tapi lebih sedap minum macam tu je ala-ala madu
 
 
yang dalam kotak tu aku baru beli semalam
omg...rasa dia sedap yang teramat
tak jumpa lagi kt KL.
Harapnya lepas ni jumpa la kat mana-mana


 
Lebih sedap kalau disimpan dalam peti
diminum sejuk-sejuk
ahhhh heavennya nak-nak time berbuka
 
 
 

Ok ini rupenya jus delima yang sangat ohsem ni
RM 6 je sekotak untuk 1 liter
so sesape yang tahu kat mana jual jus ni
area KL tolong bagi tahu
pleaseeeeeeeeeeeeeeee


Ok ini antara khasiat pati delima gulsan
1. MENSTABILKAN PARAS KOLESTEROL
2. DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTI OKSIDAN YANG SANGAT TINGGI ( AWET MUDA)
3. MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
4. MERANGSANG TENAGA BATIN
5. MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
6. MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
7.MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV DAN MICROBICIDE
8. MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
9. DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
10. MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
11. MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
12. MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER
13. MENGURANGKAN BATUK DAN ASMA
14. MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN ( A, B1, B2, B3, dan C)
15. AMAT DISYORKAN UNTUK IBU-IBU MENGANDUNG
16. MELINDUNGI OTAK BAYI




Thursday, July 18, 2013

Lelaki

Salam..
Topik hot hari ini semestinya Ashraf Muslim
semua pihak menunding jari kepadanya

pada aku memang patut pun
dasar lelaki bak kata Yuna
"Lelaki guna"

Terfikir akan perasaan isteri pertama Ashraf
berat sungguh dugaan
rasa sebak ketika membaca luahan isi hatinya

"Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu

Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan..





Ya Allah memang tersentuh membaca luahan hatinya
apatah lagi melihat wajahnya yang begitu tenang
tak dapat aku bayangkan jika aku ditempatnya
Nauzubillah....

Friday, July 12, 2013

3rd Ramadhan 1434H ~ Shopping Baju Raya Iman

Salam..
Hari ni x de gambar makanan
buka tak puasa n bukan tak masak
tapi terlupa nak snap
sebab penat yang teramat so x leh
nak berfikir dengan stabil sangat tadi

My SIL yang kat kg kol semalam suh beli baju Iman
my hubs punya niece ( yang panggil I Amana)
owh kalau suh tolong shopink I ok jewww
hahaaha dasar kaki rewang

so balik skolah tadi
setelkan dulu urusan bank kt area rumah ni je
naik mandi, solat pastu boleh bersiap nak ke sogo
waktu tu baru pukul 2
tak pegi dengan keta pun sebab da tahu
jammed giler kan tak pasal2 berbuka dalam keta
so gi ngan tren otw dlm tren tu baru terasa penat.

Ok tiga empat kali jugak tawaf area baju budak
tapi tak jumpa yang berkenan
yang berkenan pun rasanya aku dah beli
ok ni bukan pertama kali aku tolong shopping
baju untuk iman. kali ketiga dah kalo tak silap
pastu skali shopping bukannya sepang 4@5 pasang jugak
so dah tahu.

dah agak penat baru jumpa
tapi masih tak cukup kita shopping hari lain lah pulak
budget lebih banyak lagi ni..hew..hew..hew

ok ni hasil tuaian aku tadi

 
Dress by World of Cartoon
 
 Beli yang ni sebab berkenankan warna dia..
merah menyala. sesuai la ngan Iman yang putih
kain pun best sejuk n berkualiti, harga pun ok RM 62 je.
 
 
 
 
Dress by  Trudy & Teddy
gila tak nak beli 50% discount
murah kot sbb Trudy & Teddy biasa less pun 10% je
dapat RM 69.90 je after less
 
x pe banyak masa lagi sebelum balik kampung
so sempat la misi meng'hunting baju raya Iman ni.
 
 
Aku pulak yang beria tu belum ada anak sendiri lagi
Tak pe sebabnya aku memang berkenan sangat bila tengok
dress & baju kanak-kanak yangberwarna warna-warni nak-nak untuk girls
so bila orang dah bagi peluang memilih baju ikut citarasa kita apalagi
lets shopingggg!!!!!!!!!!!!!!!

Rezeki Ramadhan

Salam..
memang benar bulan ramadhan bulan berkat
rezeki pun murah :D


semalam tetiba dapat ni

 
Pearl bracelet

Cantik sangat
 
 
One of my student baru balik bercuti kat Sabah
dia hadiakan katanya sourvenier dari sana
telek punya telek rupanya pearl yang asli rupanya
tu pun lepas kawan-kawan aku bagitahu
happy + terharu
aku kn cikgu yang garang masuk kelas muka serius je memanjang
pastu membebelje bila  budak tak siap keje
tapi tak sangka ada jugak student yang ingat
 
Kita pakai time raya nanti yek...
 


Thursday, July 11, 2013

2nd Day Ramadhan 1434H

Salam.
vitamin 'R' terlebih malam ni
maka ini adalah entri kedua

permualaan hari yang baik
4.27am dah sedar untuk sahur
mungkin sebab malam tadi tido awal
lepas makan ubat walapun sedar kejap
ada panggilan dari jauh

bangun awal rasa badan dah sejuk
ok kita tak payah makan ubat
kan tak pasal pasal emnagntuk
dah lah jadual hari ni full
habis je dua kelas
terus ke surau memang tak tahan badan seram sejuk
tak lama lepas tu terus panas semacam
aiiyaaaakkk sape suh tak makan ubat masa sahur tadi
kan dah demam balik

balik umah terus baring
penat yang teramat
bukan sebab puasa tapi sebab badan tak sihat
dugaan betul

7.15 baru masuk dapur
en husband takde so makan je yang simple
Char Kue Tiau
sos yang aku order dengan Kak Non dah sampai

Jom tengok Char Kue Tiau 2 minit

nape dua minit?
sebabnya instruction kat botol tu kata
masak tak boleh lebih dari 2 minit
ini dah cukup bagus

ok jom masak!!


 
bahan-bahan yang dan ready dalam peti ais
 

 
Sos magik!!!
mahu tak magik..
cuma tambah sos ni je lam kue tiau dah cukup rasa
masin, pedas emm yummy
 
 

 
Tadaa
dah siap char kue tiau i
orang azan dan boleh terus makan
lebih kurang 10 minit je bersilat di dapur dah siap hidangan berbuka yang lazat :)

Persiapan Ramadhan

Salam..

Mood nk update blog dah kembali
hari tu mood ke laut sebab lappy aku dah cannot go
jadi dah tersadai dalam stor
nanti lepas ni jangan muak denagn entri basi yang
dah berkurun lama kat draft je..hew..hew

hari ni dan 2nd day puasa
Alhamdulillah walaupun demam menyerang
secara tiba-tiba...tsk..tsk

okay mental dah sedia
fizikal baru nak sedia dah hancus jap
okay takpe ingat!!!sakit itu penghapus dosa
InsyaAllah

dua hari sebelum posa aritu aku dah sediakan
segala bagai keperluan nak nak encik husband
tiap kali kol tanya dah ada psiapan belum untuk puasa
walaupun dia x dapat bersama 1st day puasa
insyaallah minggu kedua puasa baru dapat puasa bersama-sama :)

okey check ape persiapan yang aku maksudkan

 
Hantu Tupperware..
kata je nak beli kurma
tapi sebenarnya nakkan Tupperware dia .

 
Kurma dari Tupperware...
tak mengancam lah rasa dia
lagi mengancam Yusoooffff Taiiiyoobbbb
nak buat macamna Tupperware punya pasal
 habiskan jek sepanjang ramadhan ni

 
Stok barang basah..
tengok kan dah penuh
husband tiap kali kol tanya cukup x brg basah..
I dok sorang ntah2 3 minggu pun belum tentu habis semua lauk-lauk ni
 

 
Stok fast food
kot2 nanti  tak de selera nak sahur I goreng je
 
 
Instant food
wajib ada..maggi tu yang penting
kena sorokkan dari husband hik.hik..hik
pantang betul kalo dia tahu aku makan maggi

 
 
Ikan terubuk masin
Last week ada kawan sekolah pegi Sarawak
so kirim kat dia ikan ni dengan kek lapis..
favourite kami...
 
 
 
haisshhh sume tentang makanan
janagn risau persiapan lain pun dah siap
telekung baru sempena ramadhan..
nak roh supaya lebih rajin beribadat
insyaAllah Ameenn...


Tuesday, July 9, 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Salam..
Syukur Alhamdulillah
inshaAllah esok bertemu lagi dengan ramadhan
harapnya ramadhan kali ini dapat hayati dengan sepenuhnya..

Sayu perasaan terutama lepas maghrib tadi
kehadiran ramadhan kali ini tidak seperti tahun-tahun sebelumnya
walaupun telah 'berdua' namun ramadhan kali ini keseorangan
tuntutan tugas memisahkan

harapnya ini kali terakhir ramadhan keseorangan
tiada persiapan yang meriah untuk sahur hari pertama esok
cukup sekadar kurma dan segelas susu :(


Ya Allah jadikanlah ramadhan kali ini adalah
ramadhan yang terbaik bagiku. Ameennn
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...