Wednesday, December 21, 2011

Stori Dari Bakery

Hi peeps!

Ape punya tajuk pun tak tau..ingat senang ke nak pikir tajuk..last-last taip je apa yang terlintas. Senangkan. Bukan dapat markah pun. X kena cubit dengan cikgu pun alo tajuk merapu.

Hari ni cuaca memang tak menentu kejap mendung kejap hujan. Matahari memang la time tengkujuh ni dah jadi macam anak dara yang baru dipinang..tersipu-sipu nak tunjukkan muka. Cuaca tak menentu belakang cite yang penting hari ni dah plan dengan kuchah nak pegi bandar...bak kata adik aku yang bongsu aku ni kalo balik kampung tak cukup 20kali pegi bandar memang tak sah! Hurmm kalo dihitung sepanjang cuti ni memang dah lebih dari 20 kali aku pegi bandar..apa yang dicari aku pun tak tau..walhal balik-balik pusing tempat yang sama je..

Pagi tadi keluar pegi cari telekung dan barang-barang yang kawan aku kirim..sabtu ni dah nak balik kl..owhh sungguh tak seronok!..

Otw nak balik ternampak kedai kek yang memang feymes amous kat hai aku sejak zaman sekolah lagi. MUHIBAH CAKE HOUSE!..Masuk kat kedai tu macam taknak keluar. Suka sangat enviroment kat dalam kedai tu tambah-tambah dia buat mini cafe. Tapi tadi tak sempat nak lepak kat dalam tu. Rushing sebab mak tengah menunggu.

Masuk tadi customer tak ramai n terus capai plastik..isikan segala yang mengecurkan air liur..masuk kat dalam kedai ni perkara yang pertama aku cari Portugese Egg Tart..memang best tapi still tak boleh lawan yang dekat Bee's Bakery, Tanjong Malim. Tart dia memang superb!



Agak-agak tak cukup satu plastik suh adik aku ambik lagi satu plastik..gila tamak!


Pastu terpandang kat fridge kek..owhh sungguh awesome. ANGRY BIRD

Align Center

Kek-kek lain jugak yang cukup colourful!


Memang tak tertahan lagi dah...telan air liur pulak tengok benda alah ni..

Thursday, December 15, 2011

The Making Of Akok

Hi peeps!

Blog ni dah berhabuk....sebab otak tuan punya pun sedikit berdebu. Bulan ni baru tiga entri termasuk yang ni baru empat. Apa punya pemalas la. Okay lah nak kongsi satu resipi kuih tradisional kelantan. AKOK. Tak tahu la kenapa nama dia akok. Nama-nama kuih kat kelantan ni memang pelik sikit macam Tahi itik , ulat bulu, jala mas, buah tanjung. Tapi rasa dia memang terbaik walapun nama dia menggelikan anak tekak.

Semalam mak aku buat kuih akok ni sebab ada orang tempah. Kalau dulu memang buat untuk dijual tapi memandangkan masa yang terhad kuih ni dibuat hanya untuk tempahan je. Ingat lagi masa sekolah menengah dulu lengan aku ni dah boleh dikatakan masak sebab selalu bakar kiuh ni, pastu rambut pulak kejung sebab kena asap. My mum dulu bakar kuih di guna cara tradisional. Pakai sabut dengan arang je.


Ini antara bahan-bahan utama dia. Cuma yang takde kat sini tepung beras je.
Semua bahan-bahan ni di adun sekali


Align CenterHasil setelah diadun bahan-bahan tadi.


Proses membakar bermula. Sebelum dituang ke acuan pastikan acuan dia betul-betul panas. Tak tahu panas ke x bila kita tuang tu ada bunyi la macam kita nak goreng telur


Lepas tu tutup. Mak aku tak guna penutup dia tapi guna frying pan je.
Katanya lagi cepat masak.

Tak sampai lima minit dah boleh bukak penutup dia. See dah masak pun

Align Center

Banyak la jugak dapat dalam tiga ratus biji. ni baru satu talam. Hari tu dapat dalam tiga talam. Kuih ni memang boleh buat duit sekarang. Mahu taknya. Tiga biji RM 2.

Tadaa..very yummylicious!

Saturday, December 3, 2011

The Making Of kerepek Pisang

Hi Peeps!

Petang semalam tak de buat ape. Sooooo boring tapi otak cakap yang mulut ni nak mengunyah sumtin. Bukak segala bekas kat dapur tapi tak de satu pun yang menarik untuk dinikmati. Nasib baik mata ni pandai dan telah memandang ke arah pisang yang masing menghijau. Jadi tangan pun menjalankan tugasnya setelah otak beri arahan. Maka akan terhasillah kerepek pisang dalam beberapa jam lagi. Inilah kisahnya bila cuti tertalu panjang maka kerjanya makan..tido je memanjang. Tapi part yang paling best at the end of month gaji still masuk..muahaahhaha


Langkah pertama kupas segala kulit yang menhijau tu. Tapi sebelum kupas kulit pisang ni my mum dan siap pesan supaya sapu minyak masak dulu kat piasu tu supaya getah pisang tak melekat.

Lepas siap tu rendam dulu dalam air.
My mum suh rendam dalam air kunyit sebab katanya nak suh kerepek tu nanti warna kuning. Aku argue jugak cakap bukan ke pisang tu memang dah warna kuning.

Selepas beberpa jam direndam dalam air kunyit tadi pisang tadi ditoskan dan sedia untuk disagat dan di goreng


Gambar semasa kerja-kerja menyagat pisang tak dapat snap sebab tangan tu jugak yang ambik pic :P


Last part adalah mengaulkan pisang yang telah digoreng tadi dengan sedik garam dan gula.


Tadaaaaaa...siap sudah...
Nak membuatnya agak mengambil masa tapi bila time menghabiskan satu balang ni kejap je, Nape ek??????



Align Center.

Friday, December 2, 2011

Salam Takziah Buat Keluarga Rara Zikry

Hi peeps!

Tengahari tadi my sis cakap tentang si cantik manis Rara Zikry yang telah kembali ke rahmatullah. Eh bia betul... and yeap memang betul sebabnya bila bukak FB ramai yang post tentang kematian arwah. Akhirnya arwah dijemput ilahi setelah sekian lama bertarung dengan kesakitan. Al-Fatihah. Semoga Arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Baru beberapa bulan lepas terbaca tentang arwah yang menanggung kesakitan dan kisah penderitaan gadis ini pernah disiarkan di TV3 dan NTV7. Dan pernah jugak terlihat tentang Contribution For Rara Zikry's Medical Expenses di FB. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi insan ini.

Arwah Rara Zikry
Credit pic from Google

Siapa Rara Zikry?

  • Nama sebenarnya Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri
  • Dilahirkan pada 4 Oktober 1988
  • Student Lim Kok Wing dalam jurusan Interior Designer
  • Beliau menghidap penyakit Hypoxic Ischaemic Encephalopath iaitu kecederaan otak yang disebabkan oleh kekurangan oksigen kesan dari sesak nafas.

Thursday, December 1, 2011

Ana's E-Day

Hi peeps!

Musim cuti sekolah ni memang la ramai yang berumahtangga. Yang bar nak buat tangga pun ramai. Macam kawan aku sorang ni. Last week dia buat tangga (bertunang). Tapi nak cerita dia punya majlis dah macam orang kawin meriah uollss. Maklumlah anak pemilik butik pengantin. Korang kalo berminat nak tempah pelamin ke..ape-apa jelah yang berkaitan dengan urusan perkahwinan ni boleh klik kat sini Andam Sri Kota. Butik ni ayah ana yang punya. Tolong promote pulak.

Okay dah tengok betul tak kalo aku cakap majis tunang dia ni macam majlis kawin...

Pelamin yang meletopp.
Yang paling tak boleh blah cuba korang tengok kat pulut sebelah kanan tu.
Warna purple jugak...Ngeri ulak tengok. Tak sanggup nak makan.


Ini dia yang diraikan. Posing maut. kau mampu jah????


Ana & her fiancee dan kami-kami yang masih bujang trang tang tang.
Eiba je yang jadi kumbang hari tu. Yang lain-lain tak dapat join.


Tak suka pic ni..gemokkk la pulak

Tuesday, November 29, 2011

Nasi Biru

Hi peeps!!!

Sejak balik kampung ni selera makan memang melampau... Lunch hari ni tak jamah pun lagi tapi dah plan esok nak makan apa. Hebatkan!!! Time cuti macam ni lah bleh demand nak makan apa. Semua akan dipenuhi....heaven sungguh. Dua har lepas ada tengok si Qi dalam Jalan-Jalan Cari Makan tu pegi kat restoren nasi kerabu. So dan dan tu jugak mintak mak buatkan nasi kerabu. Walaaaa memang senum sampai ke telinga la bila mak kata ok.

So semaalm bertungkus lumus la kat dapur. Permintaan nak makan dengan ayam bakar tak dilayan sebabnya hari hujan so tak boleh nak bakar. Sudahnya ayam tu digoreng je :(

Tapi bagi yang tak tahu mesti terpikirkan. Nasi kerabu kelantan yang warna biru tu guna pewarna ke??? masa zaman belajar kat u dulu pun kawan-kawan pun selalu tanya. Sampai ada yang takut nak makan. Pelik sangat. Nasi warna biru. Especially kawan-kawan yang Sabahan dan Sarawakian. Mula-mula je. Lepas tu diorang memang addict sebabnya nasi kerabu Abang Wan yang kat Tanjung Malim tu memang TERBAIK. Telan air liur bila teringat. Memang tak leh lawan. Kat kelantan sendiri pun aku tak jumpa lagi yang boleh challenge nasi kerabu dia. Sape yang kta UPSI dulu memamg akan sokong kan..kan?


Ini lah sebenarnya yang menjadikan nasi kerabu tu warna biru.
We called that 'Bunga Nasi Kerabu'.
Huh! tak komersial langsung nama.


Bunga tadi di 'blend' pastu air dia ditapi dan di masukkan bersama nasi.
Nak tambah lagi keharuman nasi ni masukkan sekali daun limau purut & daun pandan.
Memang terangkat wa cakap lu!


All the ulam's is needed.
Memang tak lengkap kalo tak de ulam ni.
Encik taugeh je tak ter'snap' sekali.


Tadaaaaa... memang terbaik. See the blue rice!

Okbai..tengah pikir esok nak mitak mak masak apa pulak..ngeh..ngeh..ngeh..

Preview Misteri Jalan Lama

Hi peeps!

Last week 24th Nov tak tau nak buat ape so pegi la merayap kat TS so kononnya nak tengok twilight tapi melepas lagi. So x de pilihan tengok je la Mistei Jalan Lama. Tak sangka pulak hari tu hari launching movie ni. Mula-mula ingatkan cite hantu. Tapi tak sapai pertengahan cite dah terhidu unsur-unsur mengarut. Bukan lagi takut tapi dah kira lawak la pulak dengan watak Que yang blur-blur je.. Adoii Aflin..Aflin cite yang dihasilkan memang la tak dapat dijangka. Tetiba je muncul kapal sebesar alam kat tengah-tengah hutan. Tipah tertipu...tp enjoy la jugak


Sinopsis:

Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada Ah long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.


Friday, November 25, 2011

Ronggeng Time !!!!!

Hi peeps!!!
Dua tiga hari ni agak busy. Bukan busy apa pun bizi jenjalan habiskan duit dan tenaga. Phewww. Disebabkan keje sume dah setel maka ni lah masanya 'mereleasekan' tension. Paling syok my BFF datang KL semata-mata nak meronggeng. Yess ada geng!

Actually mt BFF tengah tunggu posting so dia memang free sepenuh masa. So nak hilangkan boring datang la kl habiskan segala sen-sen yang ada tu.... lepas pick up my bff kt hentian putra terus je jalankan plan. Walhal kawan tu baru je sampai..penat dalam bas pun tak hilang lagi. Makan kat area chow kit coz nak kutip sorang lagi member pastu terus ke KLCC.

Around 9 ish terus ke kaunter tgv..wayang time... takde cite best. Nak tengok twilight tapi lambat sangat so tengok la Aku Bukan Tomboy. Dekat pukul 12 jugak baru sampai rumah.

My bff a.k.a Kak..why i called her kak klik sini


Our monitor....Abang bomba..kawan aku dari kecik lagi sebab sekampung.
Dia yang jadi driver kitorang malam tu..ngeh..ngeh.
Amacam secocok kan?????

Second day meronggeng bawa kak jalan-jalan area Jala TAR & Sogo. Destinasi wajib la bagi pompuan kalau ke KL ni. Berenti jap isi perut yang berkeroncong kat Nandos. Actually ni first time aku masuk nandos..Nasib baik tak jakun sangat.


Kak punya: Main dish sama cuma appetizer je lain. Saje je sebab nak rasa sume kalo boleh.


That's mine...best..tengok gambar ni rasa macam nak lagi... kena bodek my other half la nampaknya...hehehe


Muka hapy sebab dapar makan lepas seharian penat berjalan



Buruk giler muka sebab kesan chicken pox. Rasa kalo boleh takmo ambik gambar dekat bimbang nampak parut tu....

Okbai..pagi esok dah balik kampung. Balik main banjir. Miahaha

Wednesday, November 23, 2011

Ops Pemutihan Part 2

Hari ni pegi lagi skolah. Ops pemutihan akan diteruskan lagi. Alhamdulillah hari ni ramai yang menghulurkan bantuan. Student form 4 'meringankan' tulang mereka membantu apa yang patut. Yelah form 5 tengah exam so diorang la yang datang secara sukarela. Especially student 4U, 4I & 4H. Thanks guys. You're truly VICTORIAN!!!!! Actually barang-barang aku 90% dah siap kemas semalam so hari ni datang membantu apa yang patut.

Hari ni cuma bagi arahan je sebab ada tenaga kerja yang akan buat semua kerja-kerja tu..hehehe. Just tolong pantau budak-budak tu angkat barang-barang my friends yang kena jaga SPM dan juga yang 'maternity leave'. Dah diorang angkat semua barang tu aku cuma tag kan meja diorang supaya senang nak cari dan tak tertukar nanti. Semua meja dan barang-barang terpaksa diletakkan dikoridor dulu buat sementara waktu. Harapnya dapat la meja baru..hua..hua..hua


Terasa kecik pulak diri ni bila dok sebelah my student yang macam dah bapak orang ni.


Tepi tandas pun jadi la. Yang penting muka masuk kamera.


Sebahagian daripada 'tenaga kerja' yang baik hati datang membantu.


Bahagian depan dah clear. Sebelum balik tadi sempat lagi my students main bola dalam staff room. Maklum la dah lengang.


Special 4 Mama Liza....Meja akak afnie dah suh budak-budak tolong kemaskan.
Don't worry Insyaallah semua barang-barang tu selamat.
p/s: Pic akak yang penting..hihihi


4U's student : Dev, Fadhil & Ashman yang banyak bantu kemaskan meja Kak Liza. Hitam legam semuanya.

Tuesday, November 22, 2011

Ops Pemutihan Part 1

Bangun pagi tadi macam blur-blur je tak tahu nak buat apa. Last skali buat keputusan pegi jenguk staff room yang rentung semalam. Walaupun ramai kata esok gotong-royong besar-besaran tapi ada jugak yang pegi hari ni. Dari dok melangut je kat rumah tak tahu nak buat apa jadi baik pegi sana kemas apa yang patut. Ops pemutihan staff room yang dah macam rumah hantu tu akan bermula..oyeaahhhh..

Sampai je kat sana nampak la beberapa buah van yang macam kat bawah ni. Waktu tu dalam kul 11 lebih.

Encik-encik bomba bahagian forensik masih lagi melakukan penyiasatan...


Sebahagian meja yang dah dibawa keluar utuk dibersihkan



My colleague. Kak Niza yang sempat mengutip sisa-sisa kebakaran yang masih boleh digunakan.


Semuanya dah kena buang. memang SISIH terus tak perlu lagi 4 step yang pertama tu..


My table dah bersih tapi tengoklah dah roboh la drawer je yang ok..I need a new table..

Okay esok sambung lagi ops pemutihan ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...