Wednesday, August 31, 2011

Entri sebelum raya.....

Sebenarnya entri ni mengstorikan cerita sebelum raya. Citer pasal raya betul next entri.... Last day sebelum cuti raya hari tu mood nak keje memang dah tak de..Mood aku dh lari balik kampung.. Sedih dowh..Jasad je kat kl tapi roh aku dh kat kampung? Ade ker? Pagi-pagi lagi kawan aku cari cakap parents nak jumpa...dalam hati aku kata : alahai apalah pulak...orang nak cuti dh ni takkan nak ngadu pasal anak dia pulak.. tetiba bla jumpa je parents ni (Pn Aslinda : Lecturer bahasa perancis di Kolej Poly-Tech MARA KL) dari jauh dah tersenyum...Senyuman dia memberikan kelegaan kat aku..bla dah sampai dekat dia hulurkan aku sedikit cenderahati..terharunya..(cenderahati raya)..Tulah cepat sangat buruk sangka...pape pun tq so much...

Ini dia hamper/bakul ( hamper ker..ntah) raya aku dapat. Siap ada kad raya atas tu.


Okeh ni pulak isi kandungan yang ada dalam bakul tadi..Santek sangat bakul dia. Masa nak bawa balik kawan-kawan aku ingatkan hantaran kawin...



Dalam pukul 12 tu aku lepak kat pantri (bukan g makan ek. saja lepak sana) so masa aku nak kua pegi kemas-kemas barang dan tunggu masa je nak log out aku tengo macam pesta pulak. Pesta ape? Pesta bersalaman dan bermaafan. So aku tak melepaskan pelung jugak la berbuat benda yang sama tapi sebelum tu sempat lagi aku snap gambar diorang. Candid!!


Peluk cium sume ada...harapnya ikhlas la ye...



Cukup la dulu..citer raya lepas ni pulak..


Wednesday, August 24, 2011

Yeay dapat MC !!!!!!

Malam tadi aku memang tak leh tido... tak selesa weh gusi aku masih bengkak lagi. Giler macam orang ade anak kecik pulak bangun malam berjaga. Pukul 2.30 pagi aku terjaga sampai la pukul 4.30 baru boleh tido balik. Gusi aku tak sakit cuma aku rasa tak selesa dengan pipi kembung macam ada buah tomato kat dalam tu. So lepas tu aku ambik keputusan nak MC hari ni..Buat pertama kalinya selepas 10 bulan aku keje ni baru ambik MC. Sopan sungguh pekerja ni. So masa aku tak leh tido malam tadi bukak la laptop search la kat google maps cari mana klinik pergigian kerajaan yang paling dekat dan senang aku nak pegi.

Pagi-pagi lagi aku dah keluar bersesak dalam tren dengan orang nak pegi keje. Aku ambik keputusan Klinik Pergigian Cahaya Suria. Sebelah Mydin kat area pudu je. Ok x susah pun nak cari cuma kena rajin tanya. Aku sampai ada 2 orang je patient.. owhhh sungguh bahagia sebab tak perlu menunggu lama. Bila Dr check cakap gigi aku kena cabut..ohhhh no !!!!. Nak tak nak terpaksa cabut jugak kalo tak bengkak tu tak hilang. Sayang dowh..sebabnya gigi kekal lepas ni dah tak de gigi dah kat situ...dah la geraham pulak tu. Paling tak boleh blah boleh tanya doktor..sakit ke tak kalo cabut..Macam budak ( tapi memang aku penakut pun bab2 jumpa dentist ni ). Bila doktor cakap dia bius dlu aku terus angguk macam budak kecik yang dijanjikan dapat makan eskrem lepas tu..Tapi bila doktor nak bius sebenarnya sakit. Menjerit la jugak..jerit sopan jew !!!

Tak sampai 40 minit sume dah setel so lepas tu aku pun apa lagi merewang la kat Jalan TAR. Dengan mulut yang makin besar sebab doktor masukkan kapas lepas cabut gigi aku buat muka ikan buntal je jalan sensorang window shoping. Bertambah syok bila hari ni gaji masyukkk. So tadi sempat la tukar duit raya.. Lepas tu sampai depan SOGO tengok tak buka lagi..tapi manusia dah ramai bertenggek kat tangga tu. Aku pun join sama sebab excited nak beli kasut raya ..hak.hak.hak. Gile macam budak kecik je sume nak beli baru time raya. Owhhhh sungguh heaven bila dapat shoping time orang lain sibuk bekerja. Boleh memilih dengan aman dan sentosa. So lama jugak la cuci mata dalam SOGO dapat la kasut yang memenuhi jiwa raga aku. Juga dapat cari "sesuatu " untuk Encik Masa Depan. Save bajet . 3 in 1 ( Hadiah besday dia + hadiah anniversary + Hadiah Raya).

So masa entri ni ditulis pipi aku yang kembung tu mula beransur-ansur kepis. Sukewww

Dengan bangganya akhirnya aku dapat jugak MC..




Tuesday, August 23, 2011

Hepy Birthday Angah

Actually hari ni birthday akak aku. Kakak sulung aku tap walaupun dia anak sulung kitaorang panggil dia k. ngah..entah la aku pun susah nak explain...Lahir je aku kat dunia ni dah kena panggil dia k.ngah walaupun dia bukan anak yang kedua. Kalo orang tanya aku cakap la saje je mak aku panggil dia angah supaya dia tak rasa diri dia tua..muahahahaa...kwanghajo punya adik. Saje je aku tak wish kat dia walaupun aku sebenarnya tak ingat hari ni sebenarnya hari lahir dia. bukak FB tadi baru perasaan. Patut la hari ni dua tiga kali mesej aku tanya dah tukar belum duit raya tapi aku buat lembu kenyang je ( paham kan macam mana keadaan lembu bila kenyang..dia buat derk je walaupun tuan dia tarik tali kat hidung dia..macam tu la aku buat tadi bila akak aku anta mesej tadi) mungkin sebenarnya ada niat lain..nak suh aku wish besday kat dia la tu..hahaha..apa punya adik la aku ni.

By the way walaupun aku tak wish directly kat dia tapi aku buat entri khas untuk dia:

ANGAH :~

  • HAPPY BIRTHDAY TO U...(hope u was not born in the zoo) like birthday song...hahaha
  • Semoga dimurahkan rezeki ( boleh blanja kami lagi) dan dipanjangkan umur
  • Dipercepatkan jodoh (Sebab kalo tak aku tak leh kawin nanti langkah bendul)
  • Dipertemukan dengan seseorang yang baik (Best la nti boleh 'pow' abang ipar)
  • Diberikan kesihatan yang baik. (Supaya tak membazir duit kat klinik)
  • Menjadi anak yang solehah dan kakak yang baik (Teruskan bagi nasihat kat adik mu yang degil n keras kepala ni)

Tiket Oh Tiket !

Sebenarnya sejak mula-mula puasa lagi hati aku dah risau sebabnya mula-mula planning nak balik tumpang kawan aku. So pasal tiket nak balik kira setel la x payah baik naik bas. Tiba-tiba dalam minggu pertama puasa kawan aku bagitahu balik kampung ok la ngan dia tapi nak datang kl balik ada problem sebab kete dah penuh. Abang-abang dia balik kl dengan dia. Adoiyaaa macam mana ni. Tel mak aku kat kampung suh dia pegi skodeng tiket kat kaunter kat sana kot-kot ada sebabnya kat sini grenti dah habis. then mak aku bagitahu kat sana pun dah sold out. own semangat nak balik kampung. Ok tap pe rilek-rilek dulu. Konon nak ngadu ngan Encik Masa Depan tapi tak pasal-pasal aku kena sound balik. "Kan hari tu dah pesan...beli tiket awal..beli tiket awal..tak nak dengar" ni antara ceramah yang dia bagi kat aku. Ok fine stop!.

So tadi aku dengan berat tapi tapi penuh mengharapan pegi la menapak ke Hentian Putra kot-kot rezeki menyebelahi aku (Sebenarnya sebelum ambik kepuusan nak pei beli tiket ni aku dah tengok tiket online untuk bas Sani Ekspress dah habis..Transnasional pun dah habis tapi aku nak pegi jugak kot-kot ada rezeki aku. So dua kaunter tiekt ni aku takkan singgah nanti) . Lalu depan PWTC perghhhh best giler terhidu aroma masakan kat situ. bila la dapat makan kat dalam tu~ (Phewww bagi signal sebenarnya nak suh orang belanja). Ok berbalik semula pasal nak gi cari tiket tadi. Sampai la aku kat sana.

Mula-mula kat

KAUNTER BAS MAHLIGAI.

Me : Akak..tket ke dr kb ke kl 2hb ada lagi tak...

Akak kaunter : Sori dik semua dah habis tinggal yang 6 hb je


Ok fine pegi lagi kat sebelah-

KAUNTER BAS E-BUDAYA

Me : Akak... tket ke dr kb ke kl 2hb ada lagi tak...(dialog sama je)

Akak kaunter : Kejap ye dik ( bukan nak chek tiket ade ke tak tapi sambung bergayut kat telefon panas jer rasa).

Dalam sepuluh minit lepas tu baru dia bagi tahu tak de tiket..hangin je aku berdiri kat situ


KAUNTER BAS DARUL NAIM

Belum sempat aku pegi tanya dah terpampang kat situ tiket SOLD OUT....Keciwa sungguh


KAUNTER TIKET BAS CEPAT EKSPRES

ulang balik dialog tadi tapi jawapannya pun sama juga.



Aku duduk kejap dan sebab dah segan orang dok tengok aku menjelajah dari satu kaunter ke satu kaunter dah la pakai baju kurung..pakai backpack. Sopan kan! hahaha. Ok aku terpadangkan satu lagi kaunter tiket yang aku belum pegi. Tapi seganla sebab yang jaga kaunter tu lelaki dah la 2 orang (aku ni segan sikit kalo lelaki..Seryes memang segan.) So nak tak nak pegi la jugak.

KAUNTER TIKET BAS MUTIARA

Me : Bang...(abg tu segang aku..* blushing * ) tiket dr kb ke kl 2 hb ada lagi tak

Abg kaunter : Ada....

Me : (Alhamdulillah....dalam hati jek) 3 hb?

Abg Kaunter : tak de la dah habis tapi 4 hb ada.

Me : Jap ye ( Ambik masa nak pikir)

Pikir punya aku pun ambik la 2hb. Kalo ambik 4 kompek jalam jem giler dah la esoknya keje. Tu la citenya.


Nampak gayanya taun depan dah kena ade kete sendiri..susah woo asyik nak bergantung kat pengangkutan awam jer.

Moral of the stori : Pegi lah beli tiket kat abg hensem...hahaha




Ni la tiket yang aku beli dari mamat kat kaunter Mutiara tadi..yahooooooo boleh balik kampung dengan tenang.

Bubur Lambuk Oh Bubur Lambuk

Sepatutnya entri ni aku post semalam tapi x sempat..dok melayan pipi aku yang bulat macam buah tomato. Semalam masa tengah membelek katalog IKEA terbaru tetiba akak the vouge ni datang tempat aku ajak teman dia. Tanya nak pegi mana..dia suh aku diam je...Mentang-mentang je aku ni pangkat anak dia dia suh aku dia je..kecik anak mata aku. Macam budak baru lepas kena marah mak dia... aku pun ikut la bontot dia. Sambil jalan tu mulut ni gatal lagi tanya. " Akak tak pe ke kita keluar ni? Bos tak marah ker? " ... akak the vouge tu jawab la" Akak dah check line bos tak de" dah cepat masuk dalam kete nanti orang nampak"..( Dalam ati aku cakap la..ingatkan berani tapi suh pulak aku masuk cepat-cepat dalam kete")


Tak sampai 5 minit pun dah sampai tempat nya ni la dia

Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah KL


Okeh..ini sebenarnya yang akak the vouge tu nak ...BUBUR LAMBUK..bukan Joget Lambuk ye

Ini yang telah siap di bungkus untuk diagihkan. Kitaorang antara yang terawal sampai ambik bubur tu. Mana taknya lepas zuhur terus datang ambik.

Deretan periuk yang digunakan untuk memasak. Masa aku sampai tu dalam 4 buah periuk besar digubakan untuk memasak bubur ni. Aku agak periuk ni aku pun boleh muat. Buat sup tulang je lah kalo aku jadi bahan utamanya. Badan cikeding.

Memperkenalkan akak the Vouge yang beria ajak aku datang ambik bubur tu. Puas ati dia dapat tiga bungkus. Sory muka terpaksa diblurkan. See vouge kan dia. Kasut dia memang power dudu kalo nak baling anjing.


Ni sorang lagi hantu bubur jugak. Woiiiii fokuskan kat tangan dia apa dia tengah bawak tu..Bukan kat bontot dia ekkkkk..Bulan puasa ni x baik..kurang pahala korang.

Gusi Bengkak

Takde mood aku nak berblogging akhir2 ni..Blik keje dh lewat( lewat sebab merewang) tambahan pulak 2 hari lepas sakit gigi...sakit ok lagi tapi yang tak tahannya bangun tido esoknya pipi aku dh memboyot sebelah. Malu weh nak gi keje. Tapi aku buat muka cekodok masam je. Pegi keje jugak walaupun ppi aku macam ada kuih bom kat pipi sebelah kanan. Student aku mulut memang tak de insurans.." Nape cikgu cucuk botox sebelah je? " Kwanghajo punya budak...Nak je aku jawab "x kat dalam pp saya ni ada bekalan makanan". Kawan-kawan aku pun asyik gelakkan aku..Comel katanya bila pipi aku chubby. X de maknaya kalo chubby sebelah je. Pelik ok! Cukup tak lawak!!! Benci la sampai hari ni x surut2 lagi bengkak tu. Macam-macam cara dah aku buat...kumur dengan air garam la..letak ubat gigi la..sume tak menampakkan hasil lagi... Ni sume salah doktor gigi tu lah buat keje cincai je.. ade ke tampal gigi pun x siap. Ade lubang sikit lagi..tu lah punca gusi aku bengkak. Buat keje macam berak tak basuh tak pasal-pasal aku jadi mangsa. Search kat internet semalam gusi bengkak ni boleh menyebabkan kanser mulut jugak...takutnya....Ya Allah jauhkanlah dari benda-benda tu semua. Minta-minta la esok muka aku kembali normal. Ade sesiapa boleh bagi petua tak nak hilangkan bengkak gusi ni??? Plssss helppppp meeeee

Tengoklah pipi aku dah jadi macam cik mbong ( Seryes x suka)

Tuesday, August 16, 2011

Aku keciwa.....

Sesungguhnya hari ni sepatutnya jadi hari yang paling special utk aku tapi sumenya jadi hampeh macam hampas kelapa.... Entah dia ingat ke tidak..Ingat @ tidak.. ingat @ tidak..arghh tak nak pikir lagi..tink positif..okey... Okey Inzell ko pikir hari ni dia tak dapat giliran nak kol...huk..huk. Dia nun jauh di sana. Nak kol dia tak dapat aku saban hari hanya tunggu dia kol jer..Haissshhhh susah bercinta jarak jauh ni. Ape pun wish la kat diri sendiri HAPPY ANNIVERSARY..sob..sob..sob..





Sunday, August 14, 2011

Renungan


Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Ia mendapat pahal kebaikan yang diusahakannya dan
ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya

~ Surah Al- Baqarah ayat 286 ~


KEPADA YANG BERSALAH

Tidak perlu menunding jari menyalahkan sesiapa sekiranya diri sendiri memilih jalan bengkok.
Tidak perlu mengaitkan orang-orang yang tidak berdosa dengan perbuatan keji yang dilakukan.
Tidak perlu menagih simpati sekiranya apa yang dilakukan adalah disengajakan
Tidak perlu untuk membenarkan apa yang sememangnya salah.
APA YANG PERLU adalah kembali ke jalanNya kerana dia lebih mengetahui dan Maha Pengampun.


KEPADA YANG DIPERSALAHKAN

Usah menyalahkan diri sendiri ke atas apa yang berlaku kerana ini ujian dari-Nya
Usah terus memikirkan tentang apa yang dilemparkan kepadamu kerana mungkin ada hikmahnya.
Usah biarkan hidup diselubungi sesalan dengan apa yang tidak pernah dilakukan.
Usah terus menangisi tohmahan yang campakkan oleh mereka yang bebal hatinya
APA YANG PERLU tegakkan kebenaran sekiranya ada peluang dan sekiranya tiada ingatlah kebenaran itu akan datang dengan sendirinya


Thursday, August 11, 2011

Kad Raya Pertama...

Minggu kedua puasa tetiba ada orang letak goody bag. Orang silap letak ke ape....cuba-cuba la intai jugak rupa-rupanya memang untuk aku. Ade sepeket kurma dan sekeping kad. Owh student bagi....dan bukak-bukak tengok kad raya..walaaahhhh. Paling terharu yang bagi ni budak chainese lagi pun zaman skrang mana la orang bagi kad lagi sumenya wish guna sms je tak pun mms. Tocey...tocey..




Tuesday, August 9, 2011

Bonus Raya

Topik hangat hari ni kat mana-mana jabatan kerajaan tak lain tak bukan BONUS SETENGAH BULAN. Macam- macam komen mungkin diterima daripada penjawat-penjawat awam ni. Antaranya :

  • · ½ bulan je dapat?
  • · Aminnn...syukur la dari tak dapat langsung.
  • · CEUPACS punya la bersungguh minta dua bulan tapi ni je yang dapat?
  • · La ingatkan dapat la sebulan. Dah la 3 tahun tak dapat bonus. Kedekut betol.

Bermacam-macam lagi pandangan dan komentar yang diberikan. Tapi pape pun aku yang salah seorang penjawat awam tetap berterima kasih dengan apa yang diberikan. Dapat la jugak duit raya. 1 k ok la tu..sape nak bagi senang2 kat korang macam tu je dan yang paling penting akan dibayar pada pertengahan bulan. Maknanya minggu depan la tu..Alhamdulillah kebetulan aku pun tengah sengkek dh ni.


PETIKAN DARI BHARIAN ONLINE

Kakitangan awam dapat bonus raya
Oleh Johari Ibrahim dan Magendran Rajagopal

2011/08/09

NAJIB berbual bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis berbuka puasa anjuran Perdana Menteri dan isteri serta majlis penyampaian zakat Kumpulan FELDA di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi.
NAJIB berbual bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis berbuka puasa anjuran Perdana Menteri dan isteri serta majlis penyampaian zakat Kumpulan FELDA di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi.
PUTRAJAYA: Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini.

Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.
Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pembayaran bonus dan Bayaran Khas Kewangan itu membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
“Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” katanya.

Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada 30 Ogos ini. Ini adalah kali ketiga berturut-turut penjawat awam dan pesara mendapat duit raya. Pada tahun lalu dan 2009, kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada kedua-dua kumpulan itu sebelum 1 Syawal.

Kali terakhir kerajaan membayar bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam adalah pada September dan Disember 2008.
Sementara itu, Najib yang bercuti sejak 1 Ogos lalu selepas menjalani pembedahan ‘Arthoscopic’ di lutut kiri memulakan tugasnya pagi semalam.

Beliau yang tiba di pejabatnya di bangunan Perdana Putra kira-kira jam 9.40 pagi kelihatan ceria dan sihat sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri berkata, Najib dibenarkan bertugas selepas doktor berpuas hati dengan proses penyembuhannya.

Kecederaan lama Perdana Menteri berulang selepas menendang bola ketika merasmikan pertandingan futsal di Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya pada Mei lalu. Bagaimanapun, doktor menasihatkan beliau mengehadkan aktiviti harian pada waktu ini sehingga pulih sepenuhnya.

Selain melaksanakan tugas pejabatnya, Perdana Menteri hadir pada majlis berbuka puasa bersama anggota Kabinet di kediaman rasminya di Seri Perdana petang semalam.


Saturday, August 6, 2011

Lambat bangun...

Walaaaahhhhh syok tahap gaban sebab esok hari sabtu (aku cakap dengan dinding rumah aku sebelum aku tido).

Sebabnya:

  • Boleh sambung tido lepas sahur n semayang subuh.....
  • Tak payah keringkan tekak aku dengan melalak kat budak-budak
  • Boleh baring-baring atas katil seharian
  • Boleh layan cite korean sehari suntuk
  • Siapkan SAPS tanpa gangguan
  • Boleh kosongkan bakul baju kotor aku yang dah membukit tu
  • Paling PENTING boleh bangun awal untuk sahur dan ingat nak goreng mee basah sebagai pembuka selera aku untuk bersahur.
Tapi harapan aku hancur lebur jadi debu dah sebab aku tak tersedar. Tengok-tengok jam pukul 5.30 dah. Terus bangun, cuci muka dan sempat masak air je.

Ini lah hasilnya........... Mee goreng basah konon...susu anlene dengan biskut kering je. Ambik ko.






Friday, August 5, 2011

Sadis...

Hari kelima puasa. Semangat puasa masih ditahap maksimun. entah semangat chef mana yang masuk dalam roh aku tetiba je hari ni rasa macam nak masak walaupun dalam entri semalam dah cakap tak nak buat lagi stori pasal makanan. Balik keje semalam pegi la beli barang basah kononnya nak masak masakan yang superb heaven la konon. Banyak ko nyah punya heaven. Adik laki aku yang bongsu umur 14 tahun pun boleh masak lebih baik dari ni.

Ni yang aku planning sebelum masak,
  • Memula nak masak ayam masak kurma. Ayoi beruk pak mail tu tak sihat la pulak nak panjat pokok kelapa. So x jadi sebab tak de santan.
  • Tukar plan B. Nak masak ayam masak tempoyak. Fevret aku nih. Tapi bila nak stat masak buka je peti ais rasa nak boxing je peti gedabak tu. Mak!!!! tempoyak cheq dah kena makan ngan peti ais ni. ( Bukan kena makan pun mana la peti tu boleh mencekik. Sebenarnya tempoyak tu memang tak penah wujud dalam peti ais tu. Adoiya macamana la boleh lupa aku tak de stock tempoyak), So cancel lagi.
  • Tengok je jarum jam tu dah pkul 6.30. Last-last terpaksa la masak makanan orang singel mingel nih.
Ini lah hasilnya...


Cittt poorah ayam goreng bodoh je.

Sayur wajib ade. Kacang buncis goreng. ( Agak masin... x habis aku makan)


Seryes sadis.. bertambah sadis bila aku kol mak kat kg. Tapi mak tak de pun pegi umah nenek aku. adik aku angkat.

Inzell : Weh mak masak ape hari ni ( soklan wajib setiap kali kol walaupun bukan bulan puasa)

Kuchah : Tadi sebelum mak pegi dia dah masak sup. ( Telan air liur aku waktu tu)


Lepas bebuka pulak Encik Masa Depan pulak mesej......

Dia : U bebuka dengan ape tadi..
Aku : Korek hidung je
Dia : Hahaha. Mesti sedapkan rasa masin-masin je
Aku: Sedap sangat . U nak makan desert x? Ade i simpan untuk u
Dia : Nak. best x? ape dia ?
Aku: Penampar jepun bersalut taik hidung..
Dia : U!!!!!!!
Aku : Hahaha padan muka.



Thursday, August 4, 2011

Ramadhan Terakhir

Hari ni tanak cite dah pasal makanan. Sebab aku tak masak!! So nak cite pasal benda laen. Sejak bulan puasa ni banyak betul drama-drama yang ditayangkan yang boleh membuatkan aku terus melekat depan tv bila balik keje. Tapi yang paling aku tak bleh mis adalah bila tibanya slot samarinda kat tv3. Jika dulu Annisa..aku memang tunggu every week tapi skrang Ramadhan Terakhir pulak. Memang best dan kalo boleh memang tanak mis. So sape-sape yang tak peah tengok lagi cepat2 search kat youtube tak pun tengok je kat tonton.com.my. Masih tak terlewat lagi baru minggu first.


Wednesday, August 3, 2011

Wordless...

Dah masuk hari ketiga umat Islam berpuasa... Alhamdulillah aku masih diberikan peluang untuk berpuasa untuk kesekian kalinya. Tapi mood untuk berblogging sejak akhir-akhir ni memang takde. Online memang aku online tetiap malam tapi teramatlah malah jari jemari ni nak mengetuk papan kekunci. Aku online sekadar membaca apa yang orang lain post sebab aku sendiri malas tahap gaban nak menaip. Lagi satu suke je tengok mereka-mereka yang post tentang juadah berbuka. Aku nak post ape tentang makanan sebabnya aku sendiri jarang masak. hari 1st puasa je pastu dalam pukul 5 @6 mula la muka ni menjengah ke bazar ramadan yang depan balai bomba Pandan Indah tu. paling tak tahan dah dua hari berbuka dengan nasi kerabu...weeehoooo. Hopefully esok aku rajin la nak asapkan dapur aku. Doakan aku berjaya dalam misi memanaskan periuk kuali esok.



Credit : Pic from google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...