Wednesday, August 24, 2011

Yeay dapat MC !!!!!!

Malam tadi aku memang tak leh tido... tak selesa weh gusi aku masih bengkak lagi. Giler macam orang ade anak kecik pulak bangun malam berjaga. Pukul 2.30 pagi aku terjaga sampai la pukul 4.30 baru boleh tido balik. Gusi aku tak sakit cuma aku rasa tak selesa dengan pipi kembung macam ada buah tomato kat dalam tu. So lepas tu aku ambik keputusan nak MC hari ni..Buat pertama kalinya selepas 10 bulan aku keje ni baru ambik MC. Sopan sungguh pekerja ni. So masa aku tak leh tido malam tadi bukak la laptop search la kat google maps cari mana klinik pergigian kerajaan yang paling dekat dan senang aku nak pegi.

Pagi-pagi lagi aku dah keluar bersesak dalam tren dengan orang nak pegi keje. Aku ambik keputusan Klinik Pergigian Cahaya Suria. Sebelah Mydin kat area pudu je. Ok x susah pun nak cari cuma kena rajin tanya. Aku sampai ada 2 orang je patient.. owhhh sungguh bahagia sebab tak perlu menunggu lama. Bila Dr check cakap gigi aku kena cabut..ohhhh no !!!!. Nak tak nak terpaksa cabut jugak kalo tak bengkak tu tak hilang. Sayang dowh..sebabnya gigi kekal lepas ni dah tak de gigi dah kat situ...dah la geraham pulak tu. Paling tak boleh blah boleh tanya doktor..sakit ke tak kalo cabut..Macam budak ( tapi memang aku penakut pun bab2 jumpa dentist ni ). Bila doktor cakap dia bius dlu aku terus angguk macam budak kecik yang dijanjikan dapat makan eskrem lepas tu..Tapi bila doktor nak bius sebenarnya sakit. Menjerit la jugak..jerit sopan jew !!!

Tak sampai 40 minit sume dah setel so lepas tu aku pun apa lagi merewang la kat Jalan TAR. Dengan mulut yang makin besar sebab doktor masukkan kapas lepas cabut gigi aku buat muka ikan buntal je jalan sensorang window shoping. Bertambah syok bila hari ni gaji masyukkk. So tadi sempat la tukar duit raya.. Lepas tu sampai depan SOGO tengok tak buka lagi..tapi manusia dah ramai bertenggek kat tangga tu. Aku pun join sama sebab excited nak beli kasut raya ..hak.hak.hak. Gile macam budak kecik je sume nak beli baru time raya. Owhhhh sungguh heaven bila dapat shoping time orang lain sibuk bekerja. Boleh memilih dengan aman dan sentosa. So lama jugak la cuci mata dalam SOGO dapat la kasut yang memenuhi jiwa raga aku. Juga dapat cari "sesuatu " untuk Encik Masa Depan. Save bajet . 3 in 1 ( Hadiah besday dia + hadiah anniversary + Hadiah Raya).

So masa entri ni ditulis pipi aku yang kembung tu mula beransur-ansur kepis. Sukewww

Dengan bangganya akhirnya aku dapat jugak MC..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...