Friday, September 30, 2011

Keistimewaan Perempuan



Disebalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU & Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN...

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN...



p/s: Berbanggalah menjadi perempuan & hargai insan bergelar perempuan...


If I........

If i have a power to bend a time i wish to be a children forever. No need to think the problem around me, no need to worry about the money, works and ect. Everybody around me will love and cares about me coz i am children!

Impian yang takkan dapat selama-lamanya. Berangan yang bukan-bukan je. Tapi bestkan kalo dapat. Kena minta pertolongan daro Hiro Nakamura yang dalam cite Heroes tu bend balik masa so dapat la jadi kanak-kanak riang balik.
  • Bila sakit ada orang jaga
  • Bila nangis ada orang pujuk
  • Bila lapar ada orang sediakan makanan
  • Bila nak sesuatu pasti akan ada orang tunaikan
  • Bila tak larat nak berjalan ada orang tolong dukung
  • Bila malas bangun pagi nak pegi skolah ada orang kejutkan
Pendek kata ( panjang tak dapat kata apa-apa) semuanya diuruskan oleh orang lain tanpa perlu fikir apa apa. Bahagianya jadi kanak-kanak seperti mereka:



My nephew : IKRAM (now 4 years old)
Miss him a lot. A few years i didn't met him.
Didn't know whether he still recognize me or not.
Cik Na miss u so much..



AISHAH AMANI ( 4 years old)
Budak cute ni aku jumpa masa majlis solat hajat hari tu. Tengah rancak dok sembang tetiba budak kecik ni duduk kat sebelah aku. Parents dia pegi tempat lain pun dia tak kisah. Very cute, talkative, brave and smart. Mana tak smart nya belajar pun dekat Genius Aulad. Link



My Cousin : NURUL ALYA AMIRA ~ YAYA~ (4 Years Old)

Mulut dia macam bertih goreng...
dengan muka yang cute amat sape-sape tengok pun akan tertarik dengan dia.

p/s: ~Motif entri tak dapat dikesan~

Thursday, September 29, 2011

Fenomena Ramli



Seminggu dua ni kecoh pasal iklan TM tu...ala yang Ramli pemain MU tu. memang terkesan jugak la bila tengok iklan ni. Kalau lah ada pemian Malaysia yang betul-betul boleh main dengan MU tu macam Park Ji Sung ke memang respek habis...tabik spring 3 hari tiga malam.

Tapi itu bukan motip utama entri kali ni tentang budak Ramli ni tapi mesej yang ada kat iklan ni. Mesej paling penting :

  • Kebolehan setiap manusia adalah anugerah dari Allah. So jangan sesekali perlekehkan mereka-mereka yang kurang berjaya dalam bidang yang kita anggap remeh.
  • Tak berjaya dalam bidang akademik tak bermakna akan hidup susah. Tapi tak bermakna akademik tu tak penting. Itu memang harus didahulukan.
  • Minat dan kecenderungan setiap orang berbeza-beza so jangan sesekali halang minat mereka. Mana tahu suatu hari nanti mereka lebih berjaya dan lebih kaya raya dari kita!
  • Paling penting bagi, ibu bapa seharusnya bagi galakan kepada anak-anak supaya mereka lebih berjaya. Masa depa mereka kita tak boleh jangka!
  • Kalo lah ada rakyat Malaysia macam Ramli kan dah lama Malaysia pegang world cup tu..hahahaha

Old Town Kopitiam

Last week masa lepas bayar broadband perut mula buat irama keroncong minta di isi. Memang tak leh nak tangguh-tangguh dah. Tengok kiri kanan kat dalam lowyatt semua kedai penuh. Okay..last choice satu je kedai yang kosong. Old Town Kopitiam. So layan jelah lagi pun memang sebelum ni tak penah masuk pun. Tengok menu macam ok terus cari tempat duduk. Saja nak mencuba...


Sangat tertarik dengan benda alah ni..sungguh jakun!



~Nan Yang Coffee ~
Ingatkan Nanyang Siang Pau dah..hahaha
Pahit dowh. Memang pekat likat kopi dia sampai
sekarang bila tengok pic ni macam boleh ingat balik kopi dia.


~Bihun Tom Yam~
Siti yang order. Katanya nak makan yang masam-masam skit
tapiskali memang masam giler sampai tak boleh nak makan.


~ Jawanese Bandung Mee~
Syam yang order. Sedap. Thumbs up!


~ Supreme Udang Mee~
Okay yang ni aku order. Tak sangka pulak dia campur mi dan bihun.
Macam tak kena pulak. Time makan bihun ok la tapi bila masuk tang mi memang fail!


Mereka-mereka yang setia menemani~ Syam & Siti



Nak tempek jugak gamabr sendiri.

Tuesday, September 27, 2011

Meeting @ Party

Petang tadi aku ada miting. Owhhh dengar je perkataan miting tu memang akan mengeluh. Tapi kali ni berlainan skit sebab aku dah tukar department. ngeh..ngeh..ngeh..Macam mana la gamaknya miting dengan department baru, ketua baru. Sebelum miting tu k.fifi ajak keluar teman dia pegi beli 'sesuatu'. Ikut je lah. Rupanya nak suh pegi beli pisau potong kek, bunga-bunga nak letak kat kek. Kek??? Lain macam je bunyi..layan jelah...

Masuk bilik miting terbau sesuatu yang telah mengejutkan perut aku untuk kembali rasa lapar..aaahhh sungguh heaven bau ni...semangat nak miting kembali..hadooo. Layan je lh pic kat bawah..


A part of my new team member : Language department



Miting dalam sejam kitorang dah bising suh ketua cepat-cepat habiskan miting sebab dah tak tahan bau-bau yang menggoda usu perut supaya cepat diisi.


Okey ini antara makhluk-makhluk yang telah menggoda seluruh penghuni perut aku!

Carrot cake : homemade by Kak Ayus



Lasagna



Shepard Pie



Unnamed ~ Semua orang tak tahu ni kek ape.tapi rasa boleh tahan jugak.



Lines!!!! ingat budak-budak je ke kena lines oran tua pun kena line jugak supaya lebih sopan..muahahahah



My senior @ birthday girl on that day



Orang kuat department aku: BTW tomorrow K Dilla's birthday
~happy birthday~



Dan mereka-mereka yang keriangan setelah berjaya memenuhkan usus mereka dengan segala bagai yang dihidangkan >_<


Monday, September 26, 2011

TQ Maxis !!!

Balik keje hari ni terus peggi kat maxis center bayar bil brukand..eh..eh silap broadband. Bayar cepat-cepat sebelum kena terminate! Actually aku dah guna bb ni dekat setahun dah la..nasib baik tak de problem. nak kata aju sangat tak juga slow sangat pun tak la tapi ok la boleh dipertimbangkan. Aku punya plan untuk bb ni RM 68.00 sebulan bag penggunaan sebanyak 3 gig. Tapi kadang-kadang terbabas jugak. Melebihi had yang sepatutnya! Bayar sikit tapi guna banyak nasib baik tak kena caj! tq maxis lap u..muahahahaha




Okey ni penggunaan aku 3 bulan kebelakangan ni termasuk bulan ni. Bulan Julai hingga Ogos aku sangat sopan tak sampai 3 gig pun aku guna. Tapi bulan ogos hingga september agak melampau. Tengok siap kena warning! So bulan sept hingga ogos aku masih bersopan..baru 1.37 gig aku guna!

Berbalik pada TQ Maxis tu..masa aku nak bayar tadi aku cakap la nak bayar RM 70 terus so tak paayh bagi balance 2 hengget tu kira bulan depan terus tolak la. Tetiba amoi kat kaunter tu cakap maxis tengah buat promotion skarang. Bagi pengguna BB bagi plan 3 gig hanya perlu menambah RM 2 bag penggunaan 3.5 gig sebulan. Wow! Ini sudah bagus! So ape lagi aku terus isi form nak upgrade jadi 3.5 gig sebulan dengan bayaran hanya RM 70!




Ini plan laam bagi penggunaan BB maxis. So sape-sape nak dapatkan plan 3.5 gig dengan hanya RM 70 cepat-cepat mendaftar sekarang!



So selepas aku isi form amoi tu bagi sim card baru untuk BB aku tapi sim card ni hanya boleh digunakan selepas diorang comfim..Sim card yang atas tu yang aku tengah guna sekarang yang bawah tu kena tunggu e-mail @ panggilan telefon dari maxis center dulu! BTW tqvm Maxis sebab aku dapat penggunaan tambahan 0.5 gig denagn hanya bayaran tambahan sebanyak RM 2 sahaja it's really worth it ok!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...