Okeh..untuk raya kedua pun tak pegi mana-mana jugak. Duduk rumah je...tetamu masih lagi ramai berkunjung...Kebanyakan sepupu sepapat aku la yang berkunjung. Tambahan pulak mak aku dah stat masuk opis dia... buat karipap-karipap cinta dia. Katanya rugi tak buat time ni..orang ramai. Redha jelah. dengan pakai baju raya kami adik beradik kena kerahan tenaga buat karipap. Menu special Nasi dagang..tapi pic tak sempat nak snap sebab kejap je dh licin..memang la. Kalo bab metekedarah cepat je....
Raya ketiga barula bermula aktiviti ziarah-menziarah. Kawan-kawan aku dah pesan awal-awal raya ketiga adalah raya untuk kawan-kawan. Aku stat kua rumah pukul 10 pagi...pukul 5 petang baru balik. Kebetulan pulak ada kawan aku kawin hari tu terus je kitaorang pegi kenduri dia. Tapi cite pasal kawin kawan aku ni aku akan buat entri khas. Kali ni nak cite pasal konvoi raya kitaorang je.
Rumah pertama yang dikunjungi adalah rumah bff aku. Dzulfitriah @ KAK di Chabang Empat, Tumpat. Kami akan berjumpa kat sana nanti sebelum konvoi ke rumah yang lain-lain.
Papepun pic time dulu !
Haha..ni gambar kontoversi.. tak sampai 2 minit aku post kat FB dah berjela-jela orang komen....
Lepak kat depan rumah dulu sambil tunggu yang lain-lain sampai.. nampak tak budak kecik baju pink tu..tu anak suhaida yang teramat chomel tu... (anaknya yang comel ek..bukan maknya..hahahaha..ayat jeles giler)
Khusuk dowh....turun dari rumah awal sangat tak sempat nak makan. nasib baik Umi masak my fevret.. LAKSA !
Okeh setakat ni dulu..sebenarnya lepas rumah suhaida kitaorng pegi kenduri..Cite kenduri dalam entri akan datang. Sebenarnya lima buah rumah yang kitaorang pegi termasuk rumah aku tapi rumah keempat tak sempat nak ambik gambar..ruma aku lagi lah..dah jadi tuan rumah mana sempat nak snap gambar.







No comments:
Post a Comment