
Memang palat pun sebab kita sendiri yang 'memalatkan' kehidupan kita. Kita je yang tak sedar. Tak habis-habis nak menyalahkan keadaan. Macam situasi aku skrang. Entah macam mana boleh pulak pergi fikir kalau la esok aku bangun pagi pakai uniform skolah pegi skolah dan bukannya pakai baju cantik-cantik pergi skolah jugak tapi bukan sebagai pelajar tetapi orang yang mengajar mereka-mereka yang memakai uniform baju putih seluar hijau!
Sebab musabab aku nak kembali semula ke zaman kena pakai uniform baju putih kain biru :
p/s: tengok kan dah jadi satu entri yang panjang!
Sebab musabab aku nak kembali semula ke zaman kena pakai uniform baju putih kain biru :
- Betapa aku rindu zaman aku digelar pelajar. Pegi skolah memang aku suka sebab aku ada motivasi aku sendiri! Usha mamat gojes kelas sebelah..hahaha gile! bukan pegi skolah sebab nak jadi orang yang pandai.
- Rindu nak kayuh beskal pegi skolah. Aku dari standard 1 sampai upper six pegi skolah naik beskal! Sebab tu aku slim melim. (seingat aku aku sorang jelah masa form 6 tu kayuh beskal)
- Kalo boleh aku nak belajar rajin-rajin nak baiki balik result aku yang tak berape hensem tu!. menyesal la jgak sebab tak belajar rajin-rajin kalo tak aku mungkin dah jadi PM (gilos!). Sebab tu bila aku tengok student aku main-main nak je aku lempang sekor-sekor. Tahu la mak ayah banyak harta tapi itu hak mereka bukan hak korang even nanti korang jugak yang akan dapat. Tapi hasil usaha sendiri kan lebih berbaloi!
- Rindu nak makan makanan kat kantin sekolah. Memanglah skrang aku hari-har makan kat kantin tapi menunya berbeza. Menu utama kat kebanyakan skolah kat kelantan adalah keropok lekor! Owhhh lagi heaven kalo dapat makan yang panas-panas. Lagi best kalo dapat makan selepas berjaya berebut-rebut masa nak beli!
- Rindu nak kena marah dengan cikgu sebab tak buat homework. patut la skarang student aku ramai tak siap homework..what comes around goes around! KARMA
- Rindu nak tido kat katil asrama! Yup kebanyakan umur aku waktu belajar banyak dihabiskan kat asrama!
- Aku terlalu rindu untuk menghabiskan masa aku bersama-sama kawan-kawan persekolahan aku. Sebab tu aku memilih untuk belajar di form 6 supaya aku lebih banyak masa kat sekolah. Kenangan masa di form 6 amat berlainan sekali...ta sama macam form 5 sebab kami ada satu ikatan yang amat rapat antara satu sama lain..hurmm bak kata budak-budak aku UNITY!
- Rindu nak usha baju cikgu-cikgu yang cukup bergaya! (even aku tak bergaya pun!)Skarang aku pulak diperhatikan. Even semua student aku lelaki tapi mereka terlalu alert!. Dari hujung rambut sampai hujung kaki mereka perhatikan!
- Aku tak payah pening nak fikir esok nak pakai baju warna apa! Sebab dah ada uniform. Tak macam skarang..hari-hari pening nak pikir tentang baju nanti kalo terpakai yang minggu lepas tak pasal-pasal kena kutuk!
p/s: tengok kan dah jadi satu entri yang panjang!
No comments:
Post a Comment