Yeapp aku memang tak setuju 100% jika orang kata duduk kat rumah membosankan. Sepanjang tiga hari cuti ni kebanyakan masa aku habiskan kat rumah. Hanya semalam je keluar pegi kenduri. Mungkin dari kecik kot aku diasuh supaya x kerap sangat keluar rumah ( bukan tak boleh langsung).
Ayat yang selalu Mak guna bile nak pegi keluar tanpa sebarang tujuan adalah :
- Anak dara tak elok sangat keluar rumah .
- Ada ke kawan-kawan ko datang rumah kita ??
- Ada ko nampak mak pegi bertenggek kat rumah orang tak tentu pasal?
- Apa pekdahnya ko dapat pegi merayau kat rumah orang tak tentu pasal?
So dari situ kitorang adik -beradik (perepuan terutamanya) memang jarang keluar rumah. Bila dah terbiasa duduk kat rumah memang takde istilah boring bila memerap je kat rumah. tambah-tambah macam zaman sekarang dah moden..sume ada. Internet pun ada so x de alasan la untuk kata boring bila kat rumah.
Even kalo pegi shopping la aku ni jenis terikut perangai mak aku sikit pergi beli barang yang aku nak je. So awal-awal dah aim nak pegi kedai mana. Kadang-kadang dalam masa sejam je aku shopping. Mak aku sendiri cakap lebih senang kua shopping dengan aku berbanding tiga lagi daughter dia.
So bagi aku semua bergantung pada diri sendiri. Mungkin ada yang tidak terbiasa untuk memerap kat rumah. Ia sebenarnya bergantung bagaimana cara kita dibesarkan oleh ibu bapa kita dan juga cara pembawakan diri kita bila masing-masing sudah besar dan hidup berdikari terutama mereka-mereka yang berada di bandar-bandar.
Sepanjang aku kat rumah mengadap laptop la jawabnya sambil menternak lemak. Harapnya berhasil!!!

berada di rumah memberi ketenangan...
ReplyDeletejat pn suka lepak rumah je tau.
ReplyDelete