Penulis blog ini sebenarnya berada dalam situasi meruncing dan terlalu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Dugaan datang bertimpa-timpa dan sedikit sebanyak meleburkan semangat untuk menulis.
"Ya Allah berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi segala dugaan yang Engkau berikan ke atas hamba-Mu yang terpilih ini. "
Aku amanahkan kepada Danbo untuk meluahkan apa yang sedang aku alami.
Terlalu banyak ujian yang diberikan. Luaran mungkin aku ceria seperti kanak-kanak ribena tapi dalam hati hanya tuhan saja yang tahu.
Tidak termampu untuk aku meluahkan kepada mereka-mereka disekeliling seperti mana yang pernah aku lalukan sebelum ini kerana masalah ini terlalu berat untuk diceritakan kepada umum. Mulut manusia kita tak boleh jamin 860 % ketelusannya. Jadi hanya blog ini menjadi medan untuk aku luahkan apa yang terpendam.
Walaupun pelbagai cara yang telah aku lakukan untuk mengurangkan keresahan hati namun semuanya masih sia-sia.P/s : I need my other half right now!!!!!!


No comments:
Post a Comment