Saturday, September 10, 2011

Super B0ring!!

Owhhh memang aku boleh jadi gile kalo hari-hari aku macam ni. Wikend yang bosan amat. Malam tadi aku dah set alarm kul 6.20 am..bangun smayang subuh tapi aku extend tapi 10 minit...6.30 baru bangkit dari katil...Lepas solat sambung balik tido..golek-golek atas tilam yang tak berapa nak empuk tu. Kononnya nak tido-tido ayam sebab kawan aku kata pagi ni nak komfemkan jadi ke tak pegi open house. Skali tido mati daa..dia pun tak mesej-mesej aku..tak suke tau...Alang-alang tak de benda nak buat aku tido lagi..pukul 10 baru bangun. Bangun terus pegi dapur tengok rumate aku goreng mee dia pun dah ta de waktu aku bangun tadi..keluar ke mana ntah. X de selera so terus capai towel terus mandi. Lepas mandi kacau milo n kemas-kemas rumah..walaaa pagi ni ade semangat nak iron baju..8 pasang baju keje aku iron..amik ko...

Lepas siap sume masuk bilek hadap laptop sebab bukak tv astro pulak bengong buat hal so tak leh tengok tv. BukaK FB..Boring..benda sama je.. Bukak blog..Blogwalking..tetiba pulak rasa lapar. Masuk dapur tetiba lidah ni terasa maka gulai tempoyak..nasib baik sume bahan ade so terus masak lepas tu makan sorang-sorang ( sedih dowh hidup bujang ni). Masuk bilek hadap laptop lagi tak lama lepas tu azan zuhur pulak. smayang dulu takut nanti bila dah terlebih hadap laptop ni solat lambat pulak.. lepas solat sambung lagi online..sedar tak sedar aku dah terbongkang depan laptop...

Setengah jam macam tu rumate aku balik dan bukak pintu bilik aku tanya nak buat tomyam macam mana ( macam la dia tak tahu lagsung). Aku baru je nak lelap tiba-tiba dia masuk bilik aku kali kedua..pesan kat aku supaya makan nanti sebab dia masak lebih (arrgghhh nak membara dah aku ni). Dalam stengah jam lepas tu pulak dia bukak lagi pintu bilik aku nak pinjam brodband ( memang aku hangin..aku bagi dalam keadaan tak ikhlas sebab dah mengganggu tido aku). Lepas tu sebaik je dia keluar aku terus kunci pintu bilik aku memang jarang kunci pintu bilik sebab tombol pintu bilik aku pun bengong macam astro jugak . NO ENTRY..aku nak tido!. lepas tu baru boleh tido dengan aman..5.30 baru bangun..terkejar-kejar ke bilik air..asar dah lambat. lepas semayang makan lagi yang rumate aku masak tadi.lepas tu minta brodband dengan dia masuk bilik lagi online + blogwalking..Encik Masa Depan (EMD) kol(uissshhhh rindu tahap gaban dah kat dia....cepat la balik...). Pastu solat sambung balik online sampai sekarang...

P/s : Memang aku banyak habiskan masa dalam bilik sahaja sebab tv kat umah aku dah kena koker dengan rumate aku yang kejam...so kalo tanya aku ape cite best skarang kat tv memang aku tak leh jawab. Nasib baik ade brukband walaupun lambat siput.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...