Thursday, June 30, 2011

Sunday Morning

Mengong ke hape aku tak tahu lah hari kamis pun g tulis hari ahad... tapi itulah hakikatnya . Diri aku sendiri pn aku tak tahu...tapi dis week i'm feel very exhausted. I have a lot of things to do and also problem that created by myself. Tu lah sape suruh pandai-pandai pi cadi masalah nah skrang rasakan. Sengal. Dalam nak me'release'kan perasaan aku godek-godek la tepon cabuk aku dah tertengok la gambar hari ahad lepas. Tak de pe pon gambar masa p bli barang dapur je kat tesco. tapi pic ni aku ambik lepas bli barang so singgah la jap untuk melecunkan tekak aku ngan ABC. Bukan ABC yang alphabet atau Allah Bagi Cuti ke hapa yang ni Air Batu Campur. Mana batu pun aku tak penah jumpa pun sepanjang aku hidup kat dunia ni dalam ABC tu. Aku melecunkan tekak aku ni kat kedai yang betul2 depan secret recipe dalam tesco ampang tu.

Sementara tnggu order sampai psing dulu...tengoklah aku berjaya mengepam pipi aku dengan jayanya...Arghhhhh x suke.


Ni yang aku order. Ais Gula Melaka. Memang sedap tapi manis giler. Nama pun gula melaka. Harga dia sangat berpatutan RM 3.20 je. Tpi yang aku paling tertarik adalah bekas dia daripada besi dan jga sudu dia. Uiihh mcm makan abc kat kg.


Ni pulak yang member aku order ABC biasa. RM 3.90. Rasa dia boleh tahanlah napa pun ABC biasa. so memang biasa je lah. No comment!


Tadaa i lah tempatnya. 4 bintang untuk kebersihan dan environment dia. So apa lagi nak rasa abc pegilah cari kdai ni kat dalam tesco ampang.

Sunday, June 26, 2011

Bila stress

Stress......selalu je. boleh kata setiap hari. Hai cepat kerepot la jawabnya kalo macam ni. Ohh tidak katakan tidak kepada stress. So biasa bila aku dah terlalu stress aku akan ambik bantal dan buat peta dunia je. Tapi kalo bangun dan masih terpikir jugak benda yang buat aku stress aku ambik wuduk dan solat dan lepas tu aku ambik ubat stress aku. Ubat? ada ubat ker? Jawapan dia ada ni dia..



Yes... ni dia ubat stress aku benda alah ni memang jadi stok yang wajib ada. tak kira kat drawer kt tempat keje aku je, dalam handbang, kat rumah. Boleh kata ke mana-mana aku pergi aku wajib bawa benda ni. pergi toilet tak lah bawak. Memang mangkuk hayun la kalo bawa makanan dalam toilet. Benda ni betul boleh jadi ubat stress mat salih cakap dia dh buat kajian. so korang kalo tak nak kerepot makesure benda ni sentiasa dalam simpanan orang.

Wednesday, June 22, 2011

Jammed di station LRT

Waktu peak hour kt KL ni jalan mana mana tak penah jammed cercite..cerciter tapi hari ni lain pulak citer dia bukan stakat jaaln biasa tapi kt stesen lrt pun jammed jugak. Mak aih sejak bila pulak ni sampaikan sebesar-besar stesen LRT kt Hang Tuah tu boleh penuh dengan makhluk pelbagai kaum. Konfius jugak ni. X leh jadik ni so aku pun siasat la tapi tak sempat nak siasat pun tetiba je ada announcement lebih kurang begini bunyi dia "Harap maaf LRT ini mengalami gangguan teknikal diharap penumpang bersabar dan sila berdiri dibelakang garisan kuning". Laa patut la ingatkan ape tadi tapi makhluk kat muka bumi pada waktu tu memang ramai giler berebut nak naik tren tak penah lagi la ku lihat situasi macam ni kat station ni. Aku sebenarnya turut terkandas sebab aku terpaksa stay back kat tempat keje aku sampai pkul 6.30 ptg.. kalo tak kena stay back grenti bilangan mereka-mereka yang terkandas tu dah terkurang sorang.



Ni pemandangan yang aku lihat masa aku muala-mula sampai. Ingatkan ada rusuhan ke, reformasi ke apa sekali tren rosak lagi...siot. Perhatikan kat jam di screen board tu. 6.45 tapi aku sampai rumah pkul 7.25 sedangkan sebelum ni 10 minit je dah sampai rumah. Kes berebut dalam gerabak ikan sardin la ni.

Ni pulak pemandangan dari bawah setelah aku berjaya menyusup dalam kesesakan dengan harapan aku dapat balik dengan cepat.




Time ni dah kurang dah sikit makluk-makhluk kat platform tu so bagi la kat diorang yang dah rindu sangat nak blik jumpa kambing dan lembu diorang setelah seharian ditinggalkan. Aku??? rilek dlu..sebabnya aku x de kambing dan lembu kat rumah yang perlu dibimbangkan sekiranya hari hujan @ nak menghalau spesis tu masuk kandang.

Monday, June 20, 2011

~Sharing is caring~

Nape aku post pasal caring mering ni. Sebabnya semalam aku dapat kol dari kawan baik aku. Akhirnya selepas sekian lama menunggu dapat jugak dia posting aku pun tumpang gembira untuk dia. 27 hb ni dia kena lapordiri dekat Seksyen 9 Shah Alam. kalo dapat KL kn best ade member jugak nak lepak. Aku kenal kawan aku ni sejak form 1 lagi dan kitaorang berkawan sampailah skarang. Masuk unibersiti yang sama, sampaikan nak cari tempat praktikal pun nk jugak dekat-dekat. Siap sewa serumah tu even tempat praktikal dia jaraknya hampir 35km jugak la dari umah sewa ktorang. bukan aku je yang jadi member kamceng dengan dia malah akak dia pun sekelas dengan akak aku sekelas lagi tu, adik dia pernah sekelas dengana adik aku. mak dia pun se'bussiness' dengan mak aku. Kiranya satu family lah kenal. So apa-apa pun memang kitaorang selalu berkongsi bersama even aku ken buli ke, masa aku sakit ke, aku pokai ke, even time nak buat 'ketupat' ke, bila birthday aku pun dia lah yang 'celebrate' even ktorang sambut berdua je (bukan les ek...diingatkan sekali lagi BUKAN LESBIAN)... sume lah aku share dengan dia.

Ni dia member yang aku cakap tu NURUL FAZLIANNA a.k.a ANNA



Pic ni diambil tahun lepas nak g hang out kat pekan Sungai Siput. masa tu dah abes prakikal. Ade cerita disebalik pic ni. Anna tertingga phine dia dalam bas dan kitaorang kejar bas tu sampai ke Kuala Kangsar. Bukan kejar betul la kejar dengan teksi. Fuh kalau kejar dengan berlari Anna grenti dah kurus.... Muahahaahh sempat lagi mengata dia. jahat betul kawan dia nih ...sori anna.

Apa yang best tentang Juvana ?

Masa entri ni ditulis sebenarnya aku kat depan tv dok tengok drama yang gempak kat tv3 skarang ni juvana. Walaupun dah terlambat aku nak tulis pasal drama ni tapi bagi aku tu blakang citer sebab skarang ni masih lagi hot. Apa orang nak cakap pun ada aku kesah????? hah berbalik kepada citer juvana ni aku macam tak boleh mis tengok citer ni even kadang-kadang tu ter 'mis' jugak. Nape aku tak boleh mis?

1. Jalan citer dia sangat best
2. Pelakon-pelakon dia memang mantap even baru pertama kali berlakon terutamanya botak. Jugak pelakon-pelakon lain seperti Zahiril (daim), , Fimmie (budak kecik yang perasan berani)
3. Pengaruh student-student aku. ( waktu aku bincangkan soklan exam n bagi jawapan A, B, C, D. A, aku akan sebuat ayam, B bola, C cicak dan D daun sebabnya tak na bag konfius tentang sebutan kan B dengan D tu dekat-dekat je bunyi dia so malas nak ulang banyak kali aku sebut la dengan benda-benda macam tu. Memang berkesan aku tak payah ulang banyak kali tapi diorang marah aku. Cakap aku tak up to date. Bila aku tanya kenapa diorang cakap aku macam tu? diorang cakap B tu untuk Botak dan D tu untuk Daim. hampeh betul la budak-budak ni ingatkan apalah yang aku tak up to date.




Sunday, June 19, 2011

Happy Father's Day

Situ sana sini orang bercakap pasal hari bapa. Hurmmmm.. bila teringatkan hari bapa tiba-tiba aku akan terasa sayu. Teringat kat arwah ayah aku yang dah hampir 4 tahun kembali ke Rahmatullah. Waktu tu aku masih lagi berada kat alam kampus tahun ke 3. Sewaktu pemergian ayah tu memang aku rasa down sangat-sangat macam tak percaya ayah dah tinggalkan aku. Dah la waktu dah dekat nak final sampaikan aku kena panggil dengan lecturer paper Business Law aku Pn. Azita ( dah Dr kot sekarang). Dia perasan yang aku tak fokus masa dia lecture. Memang pun. Dia lah yang banyak bagi nasihat dan kembalikan semula semangat aku dan alhamdulillah result aku masih lagi maintain. Thank you so much puan.

Cerita pasal arwah aku ni dia seorang yang tegas tapi bukan garang so boleh lagi la bergurau dengan dia. Aku antara anak perempuan yang paling degil suka bangkang apa yang dia suruh ( masa tu budak-budak tak tahu menilai lagi), suka pulak tu main permainan lelaki (tomboy la jugak). Paling aku tak leh lupa ialah dia selalu panggil aku INTAN TERPILH sebab antara 4 adik-baradik perempuan aku aku yang paling gelap. Balik sekolah je dia akan cakap "intan terpilih ayah dah balik?" memang sekarang aku terasa sangat kehilangan dia. Teruatam bila birthday aku sebabnay birthday ayah aku selang sehari je. Ayah aku 9 hb 10. Aku pulak 10/10.

Dah tak nak citer lagi perasaan sedih dah menguasai diri aku. ni ada catatan yang aku buat seminggu selepas pemergian arwah. ..ni pun setelah aku godek-godek laptop last-last jumpa.

Ayah.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir seminggu ayah pergi,
Rasanya baru semalam kita kucup ayah sebelum bertolak kembali ke kampus

syahdu masih terasa lagi nih....

Ayah tau tak.....
itu lah pertama kali kita kucup ayah sejak kiter dewasa.....
Emmmm...rupanya kita tidak sedar bahawa ayah nak tinggalkan kite....
nak tinggal kan anak2 ayah..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

Ayah.....

Patutlah masa hari raya yang ketiga masa kita

suapkan makanan kat ayah guna sudu

ayah tak mahu buka mulut

tapi bila kita guna tangan ayah terus je bukak mulut....

rupanya ayah nak bermanja dengan kita buat kali terakhir..

langsung kita tak perasan.....

mak pun cakap benda yang sama

Mak cakap ayah makan banyak sangat nasi sehari

sebelum ayah kembali ke Rahmatullah.....

Rupa-rupanya ayah nak buat ‘bekal’ sebelum ke alam barzah.....

Ayah...

Hari tu hari isnin 13 Oktober 2008, tiga hari selepas hari lahir kita

dan empat hari selepas hari lahir ayah,

Siti telefon kita.....kita pun pelik kenapa dia call,

x pergi sekolah ke dia..

Selepas tu mak pulak cakap dengan kita,

mak bagi tahu ayah dah tenat.....

Kita terkejut...tambah hiba apabila mak bagi tahu ayah dah tiga hari x makan ...

Minum air pun tak....mak pangil doktor,

doktor cakap dah x boleh nak buat apa-apa..

X semena-mena air mata kita mengalir...

Kita bagi tahu mak kita nak balik malam tu jugak walaupun assigment byk lg..

Kita bagi tahu kawan serumah cakap nak balik tgk ayah sakit...

Kawan kita peluk kita, kita dah mula sebak...lepas tu kita nangis

...tak tahu kenapa..

Tak lama selepas mak call angah pulak call dia jugak nak balik malam tu...

Tanpa lengah masa kita terus ke pekan tg. Malim ambil tiket...

Ayah...

Tahu tak sepanjang perjalanan balik ke kg kita x sedap hati...

Bila telefon berbunyi je kita jadi berdebar...

Entah macam mana kita terlelap...

Lepas tu telefon bunyi lagi....

Kita angkat dengar suara Ain nangis....

dia cakap ayah dah kembali ke Rahmatullah...

Kita terus terdiam.......

Macam tak percaya ayah dah tinggalkan kita....

Lepas tu kita teresak2 dalam bas nasib baik tak de orang kat sebelah..

Waktu tu kita dah sampai kat medan selera Kuala Rui, Grik Perak..

Kita rasa nak jerit je kt driver bas tu srh cepat...

Lepas tu kita memang x tido....

Kita nangis kerana terlalu ingatkan ayah...

Kita dengar nasyid “Dipondok kecil” kita nangis semahu-mahunya....

Kita dah tak hiraukan orang lain yang ada dalam bas waktu tu....

Ayah....

Kita sampai kat rumah dalam pukul 3.30 pagi...

Sampai je kita tengok banyak kereta..

Kita dah mula sebak.....

Kita naik ke atas rumah kita lihat tubuh ayah dah terbujur kaku...

Akhirnya airmata kita tertumpah jugak buat sekain kalinya...

Badan ayah dah tak macam seminggu lepas yang kita tengok...

Ayah dah kurus...muka ayah cengkung,

perut ayah kempis....kaki ayah kecik je.....

Kita nangis lagi....

Lepas tu kita ambik wuduk dan bacakan Yaasin untuk ayah...

Mesti ayah nampakkan....

Ayah....

Kita ingat lagi......

Kita tengok ayah dikafankan...

Semua anak-anak ayah ada waktu tu...

Semua tengok......

Kita tengok adik Adam nangis kita bertambah sebak ...

dia masih kecik tapi dah kehilangan ayah..

kasihan dia...

lepas tu Imam suruh anak-anak ayah kucup buat kali terakhir...

mula-mula Ain kucup ayah...lepas tu kita..

waktu kucup ayah kita macam tak nak lepaskan ayah....

lama kita kucup ayah...

Ayah...

Tahu tak mak langsung x nangis...

Tapi tubuh mak sungguh tak bermaya...

Mak sungguh tabah ayah....

Kita nak jadi macam mak tapi tak boleh....

Mak cakap jangan nangis lagi nnti seksa mayat ayah...

Kita dah boleh tahan......

tapi mata kita waktu tu dah bengkak sangat2 sebab banyak nangis.....

Ayah...

Tahu tak semua anak ayah iring ayah ke kubur..

Apih, kimi dan adik Adam payungkan ayah ketika dalam van ke tanah perkuburan..

Kita empat beradik yang perempuan naik kereta ke sana...

Semua senyap ketika dalam kereta...

Layan perasaan masing-masing...

Ayah...

Paling kita sebak selepas tengok ayah di masukkan ke liang lahad....

Itulah ali terakhir kita tengok jasad ayah....

Lepas tu jasad ayah di timbus dengan tanah....

Selepas selesai talkin dibacakan, kita siram air ke pusara ayah...

Kita bagi tahu ayah kita dah nak balik....

Mesti ayah dengar kan......


Ayah....

Kita masih ingat masa kita sekolah rendah kita anak yang degil

Semua yang ayah larang kita buat...

Kita ingat lagi ayah buang guli kita sebab kita suka sangat main laga guli..

Ayah cakap tu permainan budak laki...

Kita nangis..kita cakap ayah jahat..

Walhal kita yang degil tak dengar cakap ayah...

Kita dah derhaka kat ayah...

Ayah...

Kita ingat lagi ayah suka panggil kita Intan Terpilih

Sebab antara semua anak ayah kita yang paling gelap...

Kita x suka panggilan tu.....

Tapi sekarang kita rindukan panggilan tu

Panggilan dari mulut ayah sendiri.....

Ayah pernah cakap ayah suka tengok kita rambut panjang...

Kita janji lepas ni kita simpan rambut panjang sampai bila-bila...

Ayah...

Sekarang ni semua kenangan semasa ayah masih ada berlegar-legar

Semuanya masih segar lagi....

Kita tak boleh tengok kat ruang tamu rumah

sebab kat situ lah ayah terbaring selama empat tahun selepas terkena Strok....

Ayah....

Kita jadi terkilan sebab selama empat tahun kita jarang ada kat rumah....

Kita tinggal kat asrama..

Kita masuk universiti...

Kita jarang sangat masa dengan ayah..

Kita sekarang rindu sangat-sangat dengan ayah.....

ayah tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke ulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kita berikan.....




Saturday, June 18, 2011

Penghujung Cintaku

Oppssss jangan tersalah tafsir bukan aku dah clash ke ape ke ni nak stori pasal lagu ok. Semalam masa aku tengah online kat facebook tetiba ada kawan aku link kan satu video klip nyanyian pasha ungu dan wife dia Adelia..so sweet. Bila hayati balik bait-bait lirik dia sangat-sangat menyentuh perasaan walaupun melodi dia bagi aku agak kureng la... tapi yang penting aku suke lagu ni n dia pun suke..




PENGHUJUNG CINTAKU

berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu (kepadamu)
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
wooo aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

nananana nananana nananana nananana
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
seumur hidupmu [4x]



Cerita Kek Lapis Sarawak

Al kisahnya macam ni pertengahan bulan lima hari tu hampir 30 orang rakan-rakan sekerja aku buat lawatan ke Sarawak so akak yang duduk depan aku tanya la aku nak kirim ape so aku cakap la nak kek lapis. dia siap tulis lagi kat kertas apa yang aku kirim. Perisa ape aku tak kisah. so bila pulang dari lawatan pagi-pagi lagi aku nampak dia senyum dari jauh

3 MINGGU LEPAS

K. liza : Afnie rasa la kek lapis dari sarawak ni

Aku : Mana yang afnie kirim?

K. liza : Alamak afnie kirim ke....akak ingat yang wani dgn kak non je yang afnie langsung lupa kertas yang akak tulis hari tu tertinggal. Sori sangat sangat.

Aku : X pe la kak bukan salah akak pun makan yang akak bawak pun dah cukup kak lagi pun kat blakang pun ada banyak sebab yang lain-lain pakat-pakat bawak siap buat pot luck lagi masak ikan terubuk masin khas untuk orang-orang yang tak pegi sarawak.

K. liza : Ala akak tetap rasa bersalah. Tapi akan janji kalau sape2 g sarawak akn akan kirim untuk afnie.

Aku : Tak payah susah-susah la kak. Dah jangan rasa bersalah lagi.


Walaupun tak dapat kek sarawak dia tetap ingat ole-ole untuk ktorang. Key chain and fridge magnet. Macam tau-tau je aku suka kumpul fridge magnet ni. Thanks akak.

MINGGU NI (HARI ISNIN LEPAS)

Aku : La akak datang rupanya ingatkan MC dari pagi tak nampak akak.

K. Liza : Akak bizi la hari ni banyak kelas.

Aku : Nah ni untuk akak dgn adam (anak dia..comel geler anak dia)

K.liza : Time kasih. Akak pun nak bagi benda jugak kat afnie. Nah kek lapis dari sarawak. Husband akak outstation minggu lepas so akak suh dia belikan untuk afnie. Ganti balik yang akak lupa hari tu.

Aku : Ala akak susah-susah je. thanks.


Tadaaa ni dia kek lapis yang kak liza bagi kat aku. K.liza ni blogger jugak sape nak kenal dia boleh singgah kat blog dia www.lizayati.blogspot.com ( ceh tolong promote untuk dia).


Siap bagi dalam paper bag yang cantik lagi.


Ni lah yang ada kat dalam paper bag tu..


Ni dia kek lapis hasil buatan dayang safinah dari sarawak. Sedap sangat...peisa strawberi. thanks akak.

Trip To Langkawi

Ni masih lagi citer bulan lepas ..heheh x sempat nak update. awal-awal start cuti skolah hari tu ada camping sempena perkhemahan anugerah remaja perdana rakan muda pingat perak di Pulau Lalagkawi...kira-kira tiga hari jugak la 28-30 Mei. Rombongan Cik Kiah kami bertolak dari KL pada pkul 11 malam dan kira-kira pukul 5.30 pagi dah sampai kat jeti Kuala Perlis. Terlalu lah awal ktorang sampa sebabnya feri ktorang pukul 9 pagi mak aiihh kena melangut dulu la kat jeti ni.


Sesudah solat subuh tu perut pulak buat tarian hakka so nak tak nak kena isi dulu bukan ape nnti tak pasal-pasal muntah pulak dalam feri nanti. Ni jelah menu ringkas yang ktorang sempat ambil roti canai..tengok makan pun tak habis punya lah excited nak g pulau langkawi.


Sesampa je kat jeti langkawi terus ktorang survey dulu apa yang menarik sementara bas yang di catar sampai. Dekat sejam jugak la ktorang menunggu so apa lagi window shopping dulu. Memang rambang mata tengok barang-barang kat sana sume murah -murah terutama pinggan mangkuk dan yang paling penting COKLAT !!!!!! tengok kat belakang aku coklat brand DAIM harga dia memang berbeza sangat-sangat kt Kl. aku dh check kt SOGO harga dia RM 26.50 sebungkus tapi at sini hanya RM 17.90 tapi beli tiga RM 45..so dalam Rm 15 je.... so apalagi aku borong la termasuk fevret aku HERSHEY'S.


Ni pulak masa hari terakhir aktiviti shoping moping bermula. Stat kat kedai yang menjual pelbagai jenis produk berasaskan gamat. So tak sah datang sini kalau tak beli minyak gamat. jadi beli la minyak gamat dan sabun gamat. Tapi aku agak terkilan sebab tak dapat tengok gamat yang betul. Menurut pengurus kat sini gamat hidup tu dah susah nak dapat sekarang... alaaaaaaaaaa (gaya gedik sket)


Ni plak aktiviti petang-petang. aktiviti bebas. Melepak la tepi pantai. Nak mandi tak boleh sebab banyak sangat batu karang sampai luka-luka kaki aku. Ruginya sedangkan resort kitaorang dah cukup baik sebab tepi pantai tapi tak boleh mandi la pulak. Hampeh.



Ni lah aktivitinya ice breaking tak habis-habis. So bored.


Layan jelah tak tahu dah nak tulis caption ape kat pic ni.


Aktiviti wajib ambik pic dulu sebelum masuk ke makam mahsuri. Nak masuk ni ambik tiket dulu RM 5 sahaja untuk dewasa manakala RM 2.50 untuk kanak-kanak.










Layan jelah pic kat atas. Malas nak buat caption.



aha ni lah hasil yang aku berjaya peroleh daripada aktiviti shoping moping. Mesti korang tak percayakan sumer tu aku punya tapi itulah kenyataannya. Pinggan mangkuk untuk my mom sempena Hari Ibu.

Thursday, June 9, 2011

You Saka Pergi Jauh-jauh

Sewaktu aku tulis entri ni aku baru je lepas tengok citer hantu di slot Seram TV3 yang menggantikan cerita sebelum ni Mantera Anjasmoro. Jika citer mantera seingat aku aku pernah tengok sekali jer sebabnya aku takut tengok sorang-sorang tapi start aku tengok iklan You Saka ni macam ada sesuatu yang menarik. Episod pertama dia minggu lepas so minggu ni aku awal-awal lagi dah melopong depan tv. start awal cerita lagi aku dah gelak terguling-guling mak aku yang mengantuk pun terus tak ngantuk bukan dia yang join sama tengok citer ni sebabnya aku dgn adik-adik aku gelak kuat giler nasib baik rumah aku jauh dari rumah orang lain kalau tak sah cakap kitaorang plak kena sampuk...apa taknya abang bil (nabil raja lawak) pun ada berlakon sama dalam citer tu. jika sebelum ni Hantu Kak Limah je yang paling lawak aku penah tengok tapi kali ni kat tv pulak ada citer hantu yang lawak. Mungkin TV3 dah nak ubah persepsi masyarakat. Cerita hantu bukan setakat untuk menakut-nakutkan masyarakat tapi juga sebagai satira. Untuk menyindir masyarakat kita yang mudah sangat nak percaya benda-benda tahyul dan bomoh-bomoh ni...







Explorace

Seperti yang dijanjikan nih nak stori ceghrita bulan lepas...kalo x silap explorace ini telah berlangsung pada 26 Mei lepas. aktiviti ni telah dikelolalkan oleh pihak xcellent traniners. So sape - sape yang berminat buat aktiviti tapi takde orang nak organize boleh contact pihak diorang...ni blog dia xcellenttrainers.blogspot.com. so nak tahu best ke x aktiviti yang disediakan oleh diorang let's check it out ape yang telah aku lalui sepanjang explorace ni...



Aktiviti wajib sebelum acara dimulakan adalah dengar taklimat dulu. Masa takliat ni punyalah takut tapi tu sume psikologi je dari organizer. Nak bagi kecut perut la konon...



tengok sume dah boring dengar taklimat yang agak lama..



Lepas habis taklimat duduk dalam group masing-masing. Atur strategi la konon. Dalam explorace ni kitaorang akan dapat sms untuk dapatkan klu pertama. Tapi kena jawab dulu soklan dia. tahu ape soklan dia???? Dimanakah KFC pertama yang ada kat Malaysia????? mati kutu gak mula-mula sebab tak tahu last-last tanya kawan. jawapan dia kat JALAN TAR. Lepas dapat klu bermulalah cabaran yang pertama.


Brader ni group aku..cabaran yang pertama adalah makan. alu makan ang best kompem aku jadi wakil bagi group aku tapi disebabkan makanan dia ala-ala fear factor aku kasik kat dia je. tahu x ape yang dia makan tu. Telur masin mentah wa cakap lu...uwekkkk. telur tu x dibersihkan lagi tgk tangan dia pun hitam...kesan tanah hitam yang ada kat telur tu...eiiii x dapat bayangkan kalau aku yang ekna makan. tapi dia ni makan tanpa perasaan. Ape punya budak la aku pun tak tahu


Seterusnya cabaran no 2... tiup belon sampai pecah..Ketua kupulan dgn 2 orang ahli wajib buat cabaarn ni.. Alamak dah la aku ketua pastu paling fobia dalam bab-bab pecahkan eblon. Bukan ape nanti bila pelon tu pecah pedih tau kena kat mata. Aku penah kena...Nak tahu muka aku macam mana bila kena tuip belon tu?????


Hahaahahaa...buruk giler muka sape la ni...aku pun tak tahu bila masa la diorang sna gambar aku sebabnya sepanjang aku tiup belon tu aku asyik tutup mata je...takut weh. Paling tak tahan kawan aku tag gambar ni kt facebook...siot betul la.


Tengoklah yang berpangkat nenek pun dengan bersemangatnya tiup jugak belon tu....Nasib x semput..hehehe( Sori kak rose).


Ni kitaorang dah sampai kat cabaran yang kedua terakhir. sebenarnya banyak cabaran tapi x sempat nak ambik gambar sebabnya sibuk nak selesaikan tgasan tu sambil nak kejar masa. Antaranya kena keje kat stesen BHP (stesen minyak tu) and then dapatkan cop, makan ulat beras..tapi yang bab makanan tu ktorang bagi kat brader yang makan telur masin tadi.


k..ni cabaran kedua terakhir..heheh nasib baik aku ni ketua kumpulan jadi terselamatlah dari kena tutup mata. Peraturan dia antara ahli kumpulan tak boleh berpegangan dan ketua pun tak boleh pegang diorang hanya arahan lisan sahaja.


Cepat skit jalan..ecehcehceh...lagak seorang ketua memberikan arahan...x boleh blah


Dalam caran ni group kitorang agak bertuah kerana sampai awal so orang yang depan x kena pegang katak. sebabnya katak tak sampai lagi waktu tu (nasib baik organizer tu lambat bawak katak ke mari)

Ni cabaran terakhir iaitu memasak. Gambar waktu masak dah terdelete so tinggal yang ni je lah. pihak juri sedang merasa hasil air peluh kitaorang.. betul la air peluh buka air tangan sebabnya kitaorang memask dalam keadaan berpeluh-peluh..hahahhah kalo terpercik air peluh tu kira perasa tambahan la. Penyedap makanan.



Ni plak mka-muka yang keletihan tengah menunggu keputusan diumumkan . weeehooo hasilnya group kitorang mendapat tempat ke-3 dari sembilan group..ok la tu.....gamabr untuk ambi hadiah x de sebabnya hadiah akan diberikan keesokan harinya.....


Monday, June 6, 2011

Tak de tajuk

aaahhhh berhabuknya blog aku ni dah lama x de entri baru.....dah dapat agak sebulan je aku akan aktif berblog ni lepas tu senyap. Salah sape? salah diri sendiri sebabnya bulan lepas dia wujud dan bulan ni dia kembali ke laut...sampai macam tu sekali sibuknya...sebenarnya banyak stori gak bulan lepas tapi mood nak berblog pulak hilang ( nak berblog pun ada mood jgk ke?). Nanti la kalau rajin sume citer yang best bulan lepas akan diqadakan pada bla ni..huhuhu. Satu lagi blog aku pun dah berwajah baru tenkiu to my sis K.U.C.H.A.H kerana sanggup menghabiskan masa berjam-jam meng'touch up' blog aku supaya lebih segar..sebab sebelum ni blog aku memang suram...so tunggu la entri aku yang seterusnya ...tapi leh nak janji bila sebab takut mood nak berblog aku lari bertapa dalam gua pulak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...