Thursday, June 9, 2011

You Saka Pergi Jauh-jauh

Sewaktu aku tulis entri ni aku baru je lepas tengok citer hantu di slot Seram TV3 yang menggantikan cerita sebelum ni Mantera Anjasmoro. Jika citer mantera seingat aku aku pernah tengok sekali jer sebabnya aku takut tengok sorang-sorang tapi start aku tengok iklan You Saka ni macam ada sesuatu yang menarik. Episod pertama dia minggu lepas so minggu ni aku awal-awal lagi dah melopong depan tv. start awal cerita lagi aku dah gelak terguling-guling mak aku yang mengantuk pun terus tak ngantuk bukan dia yang join sama tengok citer ni sebabnya aku dgn adik-adik aku gelak kuat giler nasib baik rumah aku jauh dari rumah orang lain kalau tak sah cakap kitaorang plak kena sampuk...apa taknya abang bil (nabil raja lawak) pun ada berlakon sama dalam citer tu. jika sebelum ni Hantu Kak Limah je yang paling lawak aku penah tengok tapi kali ni kat tv pulak ada citer hantu yang lawak. Mungkin TV3 dah nak ubah persepsi masyarakat. Cerita hantu bukan setakat untuk menakut-nakutkan masyarakat tapi juga sebagai satira. Untuk menyindir masyarakat kita yang mudah sangat nak percaya benda-benda tahyul dan bomoh-bomoh ni...







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...