Waktu peak hour kt KL ni jalan mana mana tak penah jammed cercite..cerciter tapi hari ni lain pulak citer dia bukan stakat jaaln biasa tapi kt stesen lrt pun jammed jugak. Mak aih sejak bila pulak ni sampaikan sebesar-besar stesen LRT kt Hang Tuah tu boleh penuh dengan makhluk pelbagai kaum. Konfius jugak ni. X leh jadik ni so aku pun siasat la tapi tak sempat nak siasat pun tetiba je ada announcement lebih kurang begini bunyi dia "Harap maaf LRT ini mengalami gangguan teknikal diharap penumpang bersabar dan sila berdiri dibelakang garisan kuning". Laa patut la ingatkan ape tadi tapi makhluk kat muka bumi pada waktu tu memang ramai giler berebut nak naik tren tak penah lagi la ku lihat situasi macam ni kat station ni. Aku sebenarnya turut terkandas sebab aku terpaksa stay back kat tempat keje aku sampai pkul 6.30 ptg.. kalo tak kena stay back grenti bilangan mereka-mereka yang terkandas tu dah terkurang sorang.

Ni pemandangan yang aku lihat masa aku muala-mula sampai. Ingatkan ada rusuhan ke, reformasi ke apa sekali tren rosak lagi...siot. Perhatikan kat jam di screen board tu. 6.45 tapi aku sampai rumah pkul 7.25 sedangkan sebelum ni 10 minit je dah sampai rumah. Kes berebut dalam gerabak ikan sardin la ni.
Ni pulak pemandangan dari bawah setelah aku berjaya menyusup dalam kesesakan dengan harapan aku dapat balik dengan cepat.
Time ni dah kurang dah sikit makluk-makhluk kat platform tu so bagi la kat diorang yang dah rindu sangat nak blik jumpa kambing dan lembu diorang setelah seharian ditinggalkan. Aku??? rilek dlu..sebabnya aku x de kambing dan lembu kat rumah yang perlu dibimbangkan sekiranya hari hujan @ nak menghalau spesis tu masuk kandang.
No comments:
Post a Comment