Thursday, June 9, 2011

Explorace

Seperti yang dijanjikan nih nak stori ceghrita bulan lepas...kalo x silap explorace ini telah berlangsung pada 26 Mei lepas. aktiviti ni telah dikelolalkan oleh pihak xcellent traniners. So sape - sape yang berminat buat aktiviti tapi takde orang nak organize boleh contact pihak diorang...ni blog dia xcellenttrainers.blogspot.com. so nak tahu best ke x aktiviti yang disediakan oleh diorang let's check it out ape yang telah aku lalui sepanjang explorace ni...



Aktiviti wajib sebelum acara dimulakan adalah dengar taklimat dulu. Masa takliat ni punyalah takut tapi tu sume psikologi je dari organizer. Nak bagi kecut perut la konon...



tengok sume dah boring dengar taklimat yang agak lama..



Lepas habis taklimat duduk dalam group masing-masing. Atur strategi la konon. Dalam explorace ni kitaorang akan dapat sms untuk dapatkan klu pertama. Tapi kena jawab dulu soklan dia. tahu ape soklan dia???? Dimanakah KFC pertama yang ada kat Malaysia????? mati kutu gak mula-mula sebab tak tahu last-last tanya kawan. jawapan dia kat JALAN TAR. Lepas dapat klu bermulalah cabaran yang pertama.


Brader ni group aku..cabaran yang pertama adalah makan. alu makan ang best kompem aku jadi wakil bagi group aku tapi disebabkan makanan dia ala-ala fear factor aku kasik kat dia je. tahu x ape yang dia makan tu. Telur masin mentah wa cakap lu...uwekkkk. telur tu x dibersihkan lagi tgk tangan dia pun hitam...kesan tanah hitam yang ada kat telur tu...eiiii x dapat bayangkan kalau aku yang ekna makan. tapi dia ni makan tanpa perasaan. Ape punya budak la aku pun tak tahu


Seterusnya cabaran no 2... tiup belon sampai pecah..Ketua kupulan dgn 2 orang ahli wajib buat cabaarn ni.. Alamak dah la aku ketua pastu paling fobia dalam bab-bab pecahkan eblon. Bukan ape nanti bila pelon tu pecah pedih tau kena kat mata. Aku penah kena...Nak tahu muka aku macam mana bila kena tuip belon tu?????


Hahaahahaa...buruk giler muka sape la ni...aku pun tak tahu bila masa la diorang sna gambar aku sebabnya sepanjang aku tiup belon tu aku asyik tutup mata je...takut weh. Paling tak tahan kawan aku tag gambar ni kt facebook...siot betul la.


Tengoklah yang berpangkat nenek pun dengan bersemangatnya tiup jugak belon tu....Nasib x semput..hehehe( Sori kak rose).


Ni kitaorang dah sampai kat cabaran yang kedua terakhir. sebenarnya banyak cabaran tapi x sempat nak ambik gambar sebabnya sibuk nak selesaikan tgasan tu sambil nak kejar masa. Antaranya kena keje kat stesen BHP (stesen minyak tu) and then dapatkan cop, makan ulat beras..tapi yang bab makanan tu ktorang bagi kat brader yang makan telur masin tadi.


k..ni cabaran kedua terakhir..heheh nasib baik aku ni ketua kumpulan jadi terselamatlah dari kena tutup mata. Peraturan dia antara ahli kumpulan tak boleh berpegangan dan ketua pun tak boleh pegang diorang hanya arahan lisan sahaja.


Cepat skit jalan..ecehcehceh...lagak seorang ketua memberikan arahan...x boleh blah


Dalam caran ni group kitorang agak bertuah kerana sampai awal so orang yang depan x kena pegang katak. sebabnya katak tak sampai lagi waktu tu (nasib baik organizer tu lambat bawak katak ke mari)

Ni cabaran terakhir iaitu memasak. Gambar waktu masak dah terdelete so tinggal yang ni je lah. pihak juri sedang merasa hasil air peluh kitaorang.. betul la air peluh buka air tangan sebabnya kitaorang memask dalam keadaan berpeluh-peluh..hahahhah kalo terpercik air peluh tu kira perasa tambahan la. Penyedap makanan.



Ni plak mka-muka yang keletihan tengah menunggu keputusan diumumkan . weeehooo hasilnya group kitorang mendapat tempat ke-3 dari sembilan group..ok la tu.....gamabr untuk ambi hadiah x de sebabnya hadiah akan diberikan keesokan harinya.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...