Monday, February 25, 2013

Rutin

Salam..

Isnin tanpa blues
mungkin disebabkan kesunyian yang amat di rumah
maka tempat kerja sekarang menjadi tempat pelarian dari sunyi
sungguh kolot bunyinya namun itu hakikatnya

Bangun pagi tanpa perasaan malas
lebih bersemangat
harapnya kekal sampai bila-bila

masak air & bancuhkan se'jug teh
kerana itu sudah menjadi rutin sejak seminggu yang lalu
lepas membancuh baru teringat
tiada lagi yang akan menghabiskannya hingga titisan terakhir
mungkin 3 minggu lagi keadaan akan kembali normal
walaupun hanya seketika

maka ditinggalkan
kerana makin tenung kelak menitis
sehingga pukul 7 malam tadi keadaannya masih sama
seperti yang ditinggalkan seawal 6.30 pagi



sabarlah wahai hati..


Sunday, February 24, 2013

Darah Manis!


Salam..
mood mengupdate dah kembali
jom preview peristiwa sebelum, semasa & selepas kawen

Kami dah kawen :)

Memang betul jugak kata orang-orang lama
orang yang nak kawen ni darah manis.
Aku ingatkan aku tak tergolong tapi rupanya tak

sehari sebelum majlis aku terpijak paku karat!
majlis kawin aku dibuat secara rewang
adalah jiran-jiran datang tolong untuk kenduri tahlil
 & kesyukuran dulu malam tu
so petang tu dah kalut masak-masuk
aku pun ikut sama tolong diorang
nak dijadikan cite tah macam mana aku terpijak paku
sakit oiii paku berkarat kot

sebab dah hari dah gelap so aku abaikan kaki aku
ingat x de ape..dan harapnya begitu
esoknya bersanding pun kaki masih tak rasa ape
lusa tu ambik kau jalan terhincut-hincut
keluar bilik abang aku pandang semacam
cepat-cepat aku explain kata kaki aku dah bernanah
bukan ape takut dia pikir bukan-bukan
maklumlah malam tu kan malam pertama..
dushhhhh..

tengah hari tu terus ajak en.hasben pegi klinik
3 hari baru hilang sengal kesan dari inject. 

so kepada brides-to-be be careful



Mencari Kekuatan..

Salam..

Cuaca petang yang mendung
semendung perasaan di kala ini
mendung kerana cuba mencari kekuatan
yang masih belum muncul
kekuatan untuk meneruskan sisa hidup
berapa lama lagi mampu bertahan
andai kekuatan itu tidak muncul jua
sabarlah wahai hati.

Astagrfirullahhal azim......
beristifar seketika
cuba kembali ke alam realiti
mugkin tadi syitan menggeletek

syoooohhhh pegi jauh-jauh
moga kekuatan muncul tidak lama lagi
*_______________________*

Friday, February 22, 2013

Mrs. Ak

Salam peeps..
Sekarang baru berkesempatan untuk update blog
Alhamdulillah akhirnya majlis berjalan dengan lancar 
10 Februari 2013 title "Cik" yang dipegang selama ini 
telah bertukar kepada "Puan" *______________*
Macam tak percaya sudah nak masuk 2 minggu bergelar Mrs. AK

Pic wedding tak boleh nak upload lagi sebab belum dapat dari OP
nanti bila dah dapat I update okeh..

Teaser je ni 



P/s: mood sedih buat kali pertama berjauhan. Mr. Ak dah kembali bekerja. 
      Semoga aku lebih tabah.. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...