Friday, August 30, 2013

Salam Merdeka!

Salam peeps!

Merdeka!!!
Merdeka!!!
Merdeka!!!

Alhamdulillah negara kita telah mencapai kemerdekaan yang ke 56 tahun

Malaysia Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku


Jom pakat pegi Dataran Merdeka ramai-ramai esok..

Trick Art Museum

Salam peeps!

Semalam releasekan tension
jom ke I-City
bukan pergi malam hari tapi siang hari
cadangnya nak ke Museum patung lilin tu
tapi sampai kat sana tengok harga tiket
mahal nak mamp...
RM 80 sorang..gilossss
pakej utk 2 adults & 2 children RM 180
memang aku x masuk
bukan apa patung pun tak banyak lagi
so rasa macam tak berbaloi sangat-sangat
so meh la kita ke tempat yang murah harganya

Ini tempat yang murah untuk dikunjungi RM 10 hengget jew


 Eii basahhhhhhhh!!!!






Opppssssssss..








Last pic dalam muzium tu 


Ni lah tempat patung lilin yang mahal nak mamp...

So lepas ni harapnya dikurangkanlah harga untuk masuk kat patung lilin tu
sayang oiii 80 hengget habis macam tu jeww..

Sunday, August 25, 2013

Hadiah birthday in advance

Salam peeps..

Birthday lambat lagi..
sebulan lebih lagi kot
tp rezeki sebab ada orang bg awal
hew..hew..hew

ingat lagi tak dalam entri lepas
yang aku tarik my hubs masuk kedai samsung
masa kat Mesra Mall?
so semalam baru aku dapat hasilnya
bukan beli kt situ ofkos beli kt KL

semalam sekolah ganti tapi i hepi jew
sebabnya lepas skolah pegi Low Yatt
beli hadiah..my hubs bg duit je
mana dia sempat nak pegi beli
tengah laut takde kedai tepon ok!

Lagipun dah janji dengan Ct nk beli sama-sama
sebabnya tepon yang lama pun ktorang beli sama-sama
3 tahun lepas. waktu tu orang tak ramai lagi pakai touch screen
android pun masih baru sangat-sangat so tepon ktorang bukannya guna android tapi Bada
tapi yang penting ktorang da pakai tepon touch screen..kembang bontot jap..kah..kah..kah

so semalam belilah apa yang di hajati
tak kira lah Note III akan keluar tak lama lagi
tapi ktorang tetap nakkan apa yng ktorang nak




Finally dapat jugak..tq B


Ct pun dapat jugak.. bukan dapat tapi beli sendiri..hew..hew...hew
tgh testing tepon baru..pasni kt x rasa segan dah nak keluarkan phone kt kan 
yang phone warna hitam tu tepon yang ktorang beli sama2 3 tahun lepas



Ktorang beli kat kedai SAMSUNG tingkat 4 Plaza Low Yatt
confirm ori..no worries
sebabnya 3 tahun lepas pun dah beli kat kedai yang sama
terbukti tepon lama aku walau dah selam air, jatuh 5@6 kali
still boleh guna dengan baik..

Thursday, August 22, 2013

Kemaman..

Salam..

Jumaat lepas kenduri di kemaman
majlis bertandang anak kepada adik biras aku
(agak berbelit sedikt tapi ianya benar + betul)
pergi sna sebab kebetulan sabtu pagi 
my hubs dh kena pergi offshore :(

kenduri dlm pkul 12..lpas makan
balik umah my SIL terbongkang
elok lah sangat laki bini terbongkang depan tv
dah lah umah orang
tapi dalam jer 3 jam (jerrrrr)
sebabnya cuaca di kemaman teramat panas..

                                           With fmly my hubs di tempat kenduri
                                            tak ambik pun gambar dengan pengantin

plan awal pada sebelah petang 
nak ke Pantai Kemasik tapi cancel
sebab kazen aku dr Paka
Along Ida datang , so lepak lah kita 
di beranda umah my SIL sambil tengok anak-anak buah main 
sementara ktorang bersembang


                                                     Suami siapakah itu bermain bola dengan memakai pelikat

Pada sebelah malam keluar jalan-jalan
tak jalan ke mana pun Mesra Mall je
anak buah my hubs layan karoks
lepas karoks, snuker pulak
aku ajak my hubs pusing-pusing kt mall
last-last ajak masuk kedai Samsung
bg hint sket..yesss akhirnya 
maklumat sampai seperti yang diharapkan
lebih kurang pukul 11 malam baru gerak balik
tak boleh lambat-lambat sebab esok my hubs 
kena check in awal

                                                                 Moh ler kita bergambar sebelum balekkkkkk


Tuesday, August 20, 2013

Tak Bai, Thailand

Salam peeps..

Raya kelima hari tu ajak my mom pergi Thailand
perghhh bunyi macam hebat bebenor
oversea tuh.. tapi sebenarnya bagi penduduk kelantan
memang tak heran lah kalau setakat pergi Tak Bai & Mundok
tak perlukan pasport @ visa bayar tambang perahu RM 2
dah boleh masuk Thailand..hebakkkkk kannn???

Okay sebenarnya saje je ajak my mom
sebabnya aku & my hubs tak pernah laagi pergi ke sana
aku rilek je tp my hubs agak cuak jugak lah
mahu tak cuak Tak Bai kan antara tempat yang agak top
bagi kawasan serangan oleh pengganas di Thailand

dr rumah my mom ke jeti pengkalan kubor
mengambil masa dalam 20 minit je
tercari-cari jugak jeti tu sebabnya kn tu di kira jeti haram
haahaha main redah je kan..

okey biarkan gambar berkata-kata

Me & My mom, safety first even safety jacket tu macam dah tak berfungsi

My hubs: aku tahu dia agak cuak ketika ini..hahaha

Yeahhh hampir sampai di Tak Bai

Lokasi pertama : Kedai yang menjual sabun beras

My hubs cakap aku dah macam peraih..Mahu taknya aku borong sampai 10 dozen sabun beras

deretan kedai

Macam-macam ada..tudung murah..Kalau kat Jalan Tar harga RM 15 kt sini baru RM 9 

Jajan: Pun murah sangat, don't worry halal ok

Add caption


Tukang bawak barang..

Add caption

Pengangkutan awam diorang kot

OMG petai-petai yang segar & bijik-bijik dia besar-besar serta murah!!!!

Jual atas lori macam tu je

mak cik ni malu-malu, tahu aku nk snap terus pandang arah lain

Ok kawasan ni memang ada askar dia yang berjaga, dia tenung je aku snap gambar dia cuak kejap

My fav shop:Kedai periuk belanga serta peralatan dapur.


Ok da nak balik..

Pemandangan kawasan jeti yang sentiasa sibuk


Monday, August 19, 2013

Soalan Sentap

Salam peeps!

Dalam keseronokan menyambut hari raya
kadang-kadang 'tercemar' dek sikap segelintir
manusia yang tidak sensitif tentang perasaan orang lain

okey tengok pic ni dulu yang aku copy dr FB



Ini yang terjadi kepada aku dan aku juga percaya
kepada mereka-mereka yang senasib dengan aku

"eh ni yang kawin hari tu kan sama dengan tarikh
anak makcik. dah berisi ker?
Anak mak cik bulan `12 nanti dah due"

pas tu datang sorang lagi menyampuk

"aah anak aku bulan 11 ni..berpakat agaknya diorang"
eh ni bila lagi nak berisi jangan la merancang

pang!!!! rasa panas je muka ni apabila di tanya depan mak mertua i

Aku hanya senyum plastik je di depan mereka-mereka itu
agaknya diorang ingat sekali buat terus mengandung kot
sebenarnya dalam hati ni kami nak sangat ada anak
tapi Allah masih tidak mengizinkan kerana
Dia mempunyai perancangan terbaik  buat kami

Tolong lah faham aku tak kisah
kalau yang bertanya semamangnya niat ikhlas untuk mengetahui
tapi bila ianya di tanya dalam nada seolah-olah menyindir
siapa tak panas. Nasib baik my hubs amat memahami
dan selalu dialah yang men'cool' kan balik
aku yang panas apabila diasak-soalan-soalan sentap itu!



Sunday, August 18, 2013

Raya Lah Sangat!

Hi peeps!

Baru boleh menyentuh keyboard
cuti raya yang sangat pad dengan aktiviti
tahun pertama beraya as a husband & wife
alhamdulillah my hubs dapat balik beraya
kalo tak memang meraung la aku sorang-sorang pagi raya

tahun ni aku bagi muka
raya pertama & kedua kat umah MIL
tahun depan rumah my mom pulak..
petang sebelum hari raya tu baru sampai umah my MIL
ala terlepas sudah sesi membuat lemang
sampai-sampai lemang dah siap di bakar
 agak kecewa di situ sebabnya aku tak pernah merasai
pengalaman membuat lemang

pagi raya lepas sembahyang subuh
terus bersalaman dengan my hubs
rasa banyak gile dosa dengan dia even baru
6 bulan bergelar isteri
kekecewaan kedua apabila tiada sekeping pun
gambar kami berdua di hari raya pertama
kemain lagi pakai sedondon
hasilnya hampeh ;(


malam raya kedua baru balik umah my mom
sedih giler. i know my mom lg sedih
sebabnya ini tahun pertama aku tak de
bersama dia di pagi raya
tp stail mak aku rilex je
dalam rilek2 orang lain yang jadi mangsa
hahaha..sory

raya ketiga baru beraya dengan family aku
beraya di rumah saudara mara
sempat la snap pic jap
walaupun tak berapa nak sedondon dah

Pic yang tah pape lawak ape ntah sampai my hubs terjelir

Gambar anak menantu :  My sis & husband, Mak Su, My Mom, My hubs & I

My Fav Pic even dua2 nampak chubby giler



 raya keempat my BFF a.k.a Kak kawen
sempat pergi kenduri dia tapi sayang pic
dalam kamera my sis tak sempat nak ambik

raya kelima ktorang ke Tak Bai, Thailand
orang kelantan sebut Taba

next entry ok!
daaaa


Monday, July 29, 2013

Cookies

Salam..

Tahun ni terlebih rajin
rajin la sangat sebab budjet sebenarnya..kah..kah..kah
bukanlah kalau tak sebab nak jaga budjet pun
memang aku tiap kali raya mesti buat biskut sendiri
even sejenis pun MESTI kena buat
macam tak best pulak raya kalau tak buat biskut sendiri
so alang-alang dah ade oven hadiah kawin aritu
so kita buat lah sambil-sambil penuhkan masa terluang.


Okay resepi ahkaks kali ni Cream Cheese Cookies
nama omputih uollsss


Aci tak..x tunjuk pun bahan-bahan last last tunjuk yang dah siap tekap





Tabur chocolate rice

Siap dah..Cream Cheese Cookies (CCC)

   
Dapat 4 balang. 2 balang untuk my mom 2 balang untuk MIL






 okay ni resepi untuk Cream Cheese Cookies (CCC)

BAHAN-BAHAN
500gm butter
250gm cream cheese
200gm gula halus
350gm tepung gandum
500gm tepung jagung
50gm tepung susu
2 biji kuning telur
1 camca teh Vanilla Essence
Chocolate rice secukupnya untuk hiasan & di masukkan skali dlm adunan

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Pukul Butter dan gula, masukkan telur kuning & esen vanilla. Pukul Lagi
2.Masukkan Cream Cheese, tepung susu, dan kedua-dua jenis tepung(gunakan dulu tepung jagung sehingga habis baru dimasukkan tepung gandum)
3.Uli sampai sebati. Terap dengan acuan yang sesuai. Tabur keju yang telah diparut di atasnya
4.Bakar sampai masak.

Tiramisu

Salam..

Wikend haritu ada buat tiramisu dah lama sangat teringin nak makan
 nak gi secret recipe sorang2 malas
so kita buat sendiri bahan-bahan
 rasanya dah berkurun dalam peti tu cream cheese tu
 dah hampir tiga bulan kalo tak silap hehehe..bizi + masa tu tak teringin


 

Ok ni bahan-bahan yang diperlukan
 cream cheese,whipping cream, biskut/sponge cake, sebuk koko & nescafe 




 mula-mula susun kek tu utk base (aku gunakan mocha kek) 
memang mula-mula nak gunakan laadyfingers biscuit tapi tak jumpa. 
pastu kita basakan kek tu dengan bancuhan nescafe 



 

bahan-bahan yang lain tu kita pukul aku pukul sampai kembang.





dah siap pukul tu kita buat kerja 'melayerkan' bahan-bahan tadi bermula dengan base,
  pastu bahan-bahan yang dipukul dan last skali taburkan dengan serbuk koko 
buat lah berape layer pun sampailah habis..
Siap sudahhhhhhh




 Lagi sedap sejukkan dulu dalam peti 
eeemmmmm sedappnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...