Salam peeps!
Dalam keseronokan menyambut hari raya
kadang-kadang 'tercemar' dek sikap segelintir
manusia yang tidak sensitif tentang perasaan orang lain
okey tengok pic ni dulu yang aku copy dr FB
Ini yang terjadi kepada aku dan aku juga percaya
kepada mereka-mereka yang senasib dengan aku
"eh ni yang kawin hari tu kan sama dengan tarikh
anak makcik. dah berisi ker?
Anak mak cik bulan `12 nanti dah due"
pas tu datang sorang lagi menyampuk
"aah anak aku bulan 11 ni..berpakat agaknya diorang"
eh ni bila lagi nak berisi jangan la merancang
pang!!!! rasa panas je muka ni apabila di tanya depan mak mertua i
Aku hanya senyum plastik je di depan mereka-mereka itu
agaknya diorang ingat sekali buat terus mengandung kot
sebenarnya dalam hati ni kami nak sangat ada anak
tapi Allah masih tidak mengizinkan kerana
Dia mempunyai perancangan terbaik buat kami
Tolong lah faham aku tak kisah
kalau yang bertanya semamangnya niat ikhlas untuk mengetahui
tapi bila ianya di tanya dalam nada seolah-olah menyindir
siapa tak panas. Nasib baik my hubs amat memahami
dan selalu dialah yang men'cool' kan balik
aku yang panas apabila diasak-soalan-soalan sentap itu!

Rilek la Afnie. InshaAllah ada rezeki nanti. Masih baru lg pun. Kita enjoy dulu!!
ReplyDelete