Sunday, July 15, 2012

Permainan Zaman Kanak-Kanak

Hi peeps!

Masih ingat lagi permainan zaman budak-budak?
sugguh indah zaman tu
hidup tanpa masalah
tanpa perlu berfikir apa-apa
yang ada difikiran hanyalah keseronokan

zaman kanak-kanak di kampung adalah yang paling indah
pelbagai jenis permainan termasuk di sekolah
masa kecik aku ni agak tomboy sket
pakaian macam lelaki t-shirt dengan seluar je sepanjang hari
baju kurung dan gaun jauh sekali nak pakai
kawan pun lebih ramai lelaki
maka permainan pun ala-ala lelaki gak
permainan budak pompuan memang tak main
takde maknanya nak main anak patung, masak-masak tu semua

Ini antara permainan yang aku main

Pertama:

CHOP TIANG / REBUT TIANG

Pic Mr. Google

Bukan tarian tiang ok!
Chop tiang
permainan ni biasa main kat sekolah
terutama waktu rehat dan sebelum masuk
ke kelas agama atau kat kelantan lebih dikenali dengan kelas fardhu ain
permainan ni biasa merlukan 5 orang seorang akan jadi magsa la
akan berada kat tengah-tengah
selalu jugak kena marah dengan cikgu sebab bila masuk kelas badan dah berpeluh-peluh


Kedua:
BALING SELIPAR

Baling selipar dah biasa main
biasa main kat area rumah aku
lepas balik kelas agama terus berkumpul ramai-ramai
kalau geng tak cukup siap pegi cari n tunggu kat rumah diorang
main sampai dah dekat nak maghrib
balik rumah mak dah siap tunggu dengan rotan
tapi tak pernah serik


Ketiga :

SUSUN & BALING TIN


Permainan ni pulak kitorang main bila dah bosan main baling selipar
tin yang digunakan biasa tin susu pekat manis
alat untuk membaling biasa bola
semua akan pakat cari tin.
siap pegi tanya kat kedai kopi lagi kot-kot ada tin
lagi banyak tin lagi gempak sebab akan ambik masa nak susun
permainan ni memang akan menguji kepantasan menyusun dan berlari
untuk mengelak dari dibaling oleh pihak lawan


Keempat:

GULI


Antara banyak-banyak permainan,
ini yang paling meninggalkan kesan kat hati aku
aku antara champion dalam main guli ni
jarang sekali kalah bila main
arwah ayah paling pantang aku mian benda ni
katanya macam berjudi
sebab kita pertaruhkan guli yang kita ada
tapi aku buat tak endah je
sampai satu hari
ayah aku jumpa guli aku yang ada dekat 200 biji
lepas tu dia campak dalam perigi
tanpa pengetahuan aku
lepas aku dapat tahu punyalah aku mengamuk.
Arwah ayah selamba je cakap"padan muka"



Sebenarnya banyak lagi permainan lelaki yang aku main.
Cari anak ikan dalam lumpur, main senapang yang menggunakan
peluru terung pipit, kriket kampung, galah panjang atau kat kelantan
lebih dikenali dengan nama Choh, main layang-layang.
Lastik burung pun penah.
bila ingat balik aku tersenyum sendiri
kena balun dengan mak pun memang tak penah serik
esoknya pergi main macam biasa balik :)

Anak-anak hari ini sudah tak merasa permainan tu semua.
Semuanya anak-anak IT yang mereka kenal hanyalah
Angry Birds, Zuma, Sims dan yang sama waktu dengannya.
Kalau tahu pun mungkin melalui cerita Upin Ipin sahaja.
Kelak mungkin tiada lagi kegembiraan zaman kanak-kanak yang boleh mereka kenang!

2 comments:

  1. Sama. Kak Liza pun main semua di atas. Sebab the only doter in the house. Panjat pokok mau sampai pucuk. Pernah naik pokok jambu, patah separuh dahan kami kerjakan. Pastu tuan rumah kejaq dengan parang semua.. Lari lintang pukang. Haha

    ReplyDelete
  2. Seronok kan? Rindu sangat zaman tu. Panjat memanjat toksah dok cerita la. Seluar tu asyik koyak rabak. Mak asyik membebel bila suh jahit balik. Gaya memang dah macam anak jantan..hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...