Isnin tanpa blues
mungkin disebabkan kesunyian yang amat di rumah
maka tempat kerja sekarang menjadi tempat pelarian dari sunyi
sungguh kolot bunyinya namun itu hakikatnya
Bangun pagi tanpa perasaan malas
lebih bersemangat
harapnya kekal sampai bila-bila
masak air & bancuhkan se'jug teh
kerana itu sudah menjadi rutin sejak seminggu yang lalu
lepas membancuh baru teringat
tiada lagi yang akan menghabiskannya hingga titisan terakhir
mungkin 3 minggu lagi keadaan akan kembali normal
walaupun hanya seketika
maka ditinggalkan
kerana makin tenung kelak menitis
sehingga pukul 7 malam tadi keadaannya masih sama
seperti yang ditinggalkan seawal 6.30 pagi
sabarlah wahai hati..

Sabar yer. Rindu selepas kawen ni len macam sket, Afnie. kekeke...
ReplyDelete