Macam yang dijanjikan kali ni nak cite pasal raya. Hari raya pertama memang tak pegi mana-mana tunggu tetamu datang je. Dari pagi sampai ke malam rumah aku memang tak putus-putus dengan tetamu...Memang penat tapi sangat meriah dat's y tak leh pegi mana-mana. Pagi-pagi macam biasalah yang boleh semayang raya pegi ke masjid yang diberi cuti umum duduk kat rumah. Lepas habis je semayang raya tetamu dah stat datang. Menu special pagi raya ialah Nasi Minyak!!..ececeh macam nak kenduri kawin pulak. Tetamu pulak macam berjanji je bila datang segerombolan. Tak menang tangan nak layan.
Aku pulak hanya sempat pegi beraya 1 buah rumah je....tu pun curi-curi keluar sekejap. Paling terharu sanak saudara sebelah arwah ayah masih sudi lagi datang beraya walaupun arwah ayah dah takde. Alhamdulillah kalau macam ni tali persaudaraan takkan terputus sampai bila-bila.
Paling best My Other Half datang dengan family dia. Lama jugak diorang lepak kat rumah aku dai kul 5 petang sampai kul 9 malam .... tapi yang paling terharu Bonda dia sporting habis siap bagi peluang kat kitorang keluar berdua jap. Konon-konon suh peg beli ayam sebab family dia nak buat BBQ. Pegi la Tesco..aii raya pertama kalo kat KB ni mana ada mall bukak. KB Mall pun tak bukak tau. Sebenarnya suka je sebab boleh spent tim e ngan dia jap.. hak.hak.hak.. Bonda sungguh sporting. Dah taknak membebel lagi layan je pic kat bawah.
Heheh.. ok ni..ehem..ehem. Ni lah satu-satunya pic yang sempat di snap.. even berejam-jam dia kat umah aku. Ni pun ambik dalam kete masa bonda dia suh pegi beli ayam kononnya. Nak ambik gambar kat rumah segan dengan mata-mata yang memandang terpaksalah ambik time orang tak de...pastu dok mesej merungut sebab takde gambar sama-sama.... Malu tapi mahu...Hampeh!
No comments:
Post a Comment