Tersentak seketika jiwa aku ni bila orang yang tak diduga menuduh sedemikian rupa siap post kt fb lagi yan mana jutaan manusia boleh tengok dan baca. Memang tak sangka perkara sekecil tu pun nak ambil hati. Tapi itulah yang berlaku. Yup aku akui manusia ni banyak buat silap yang kadang-kadang bagi kita itu perkara biasa dan tak perlu ambil port pun tapi mungkin bagi dia itu adalah LUAR BIASA!. Kekhilafan yang sekecil cicit kuman yang tak diduga ni boleh membuatkan ada jiwa yang cedera. Tapi sedar atau tidak bahawa tindakan susulan yang diambil oleh dia itu sebenarnya lebih membuatkan ada jiwa yang akan terluka lagi parah dari apa yang dirasakan. Tapi andainya itu dapat membuatkan jiwanya lebih tenang terpulang. Aku redha..aku pasrah..aku akui kesilapan yang telah dilakukan..dan aku akur bahawa memang teramat sukar untuk memuaskan hati semua orang disekeliling... NOBODY PERFECT~
No comments:
Post a Comment