Kebelakangan ni aku dah terjebak balik dengan hobi lama masa aku jadi budak skolah dan budak u dulu. Sanggup ikat perut semata-mata nak lunaskan hobi aku..sanggup berjaga malam sampai pukul 3 @ 4 pagi. Lepas tu aku stop kejap hobi aku ni ada la dalam 2 tahun sampailah tahun ni aku mula balik...ntah tak dapat dipastikan kenapa aku tetiba stop hobi aku kejap.***blurrr***
Opsss lupa nak cakap hobi aku sebenarnya baca novel (malu sebenarnya nak cakap takut orang cop aku ni minah jiwang). Dulu siap berangan lagi nak jadi penulis novel macam dorang-diorang. Lagi pun dulu syarikat penerbitan yang feymes ALAF 21 je so boleh dikatakan sume novelist dia aku ingat (yang feymes-feymes jugak) antaranya Fauziah Ashaari, Aisya Sofea, Nia Azalea, Damya Hanna, Norhayati Berahim & Anis Ayuni.
Dulu aku ada masa yang banyak untuk baca novel tapi duit pulak kureng nak beli novel-novel tu sume. Skrang pulak dah jadi terbalik duit ada tapi masa pulak takde. Ingat lagi dulu siap pinjam dari kawan pastu ada giliran pulak tu. Lepas aku baca kawan aku pulak, pastu orang ni pulak pastu orang ni pulak pendek kata novel tu lebur la bila dapat kat owner dia balik.
Aku ni jenis jaga sikit harta benda aku (novel la)....lepas beli je aku terus balut siap-siap..bagi pinjam pun kat orang yang boleh dipercayai je..yang kompem boleh jaga elok-elok. Tapi rasa terkilan la bila ada yang pinjam tapi tak hantar balik terutama yang aku beli guna duit belanja sekolah yang mak aku bagi masa aku jadi budak skolah dulu.
okey berbalik tentang cerita aku yang dah terjebak balik dengan hobi lama aku ni. Sebenarnya malam tadi aku berjaga sampai pukul empat pagi semata-mata nak habiskaan novel terbaru buah tangan Aisya Sofea. Cite dia memang best sampai susah nak berenti.

Okey ada beberapa buah lagi novel yang aku beli masa pesta buku hari tu tak sempat nak khatam lagi iaitu novel paling tebal pernah aku beli hasil karya Siti Rosmizah. Okey lah ni ada sedikit sinopsis tentang novel terbaru Aisya Sofea..korang layan je lah ye..
UDA & DARA
Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.
Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.
No comments:
Post a Comment