Tengahari tadi pegi kenduri anak Pak Cik Shukri yang sama tempat keje dengan aku. So sambil-sambil edit gambar yang aku ambik petang tadi bukak la Fb tetiba ada sorang member aku post tentang ke'feymes'an Pak Cik Shukri ni. Aikkk ape yang feymes nih.. rupa-rupanya dia kua paper semalam. Aku ada baca juga tentang sotong timah kat Lulu Pages tapi tak ambik port sangat. So maknanya tadi aku makan lauk sotong timah la yer..Patut la lain macam je rasa sotong tadi. Ni artikel tentang dia..
myMetro | Jahit timah dalam sotong
Okey layan la gambar masa kenduri tadi. Tapi lupa la pulak nak nak snap gambar dengan pak cik yang feymes nih! hik..hik
Otw nak gi kenduri. Pic wajib di snap sebagai bukti kepada Kuchah bahawa aku telah beralih dari memakai tudung Indon tu kepada Shawl. Kelas kau jahhh.
Sebahagian lagi kaki kepoh yang turut hadir terutama tudung pink tu.. Sunyi kalo dia takde.From left : Me, Syam, Kak Fifi & Kak Fauzana
p/s: Kak Fifi meletopppp macam datin kau jah
Dua benda yang aku tertarik tentang majlis ni selain dari sotong kontroversi tu..
PERTAMA: Kad jemputan dia..so sweeeetttttt. Comel bukan?

KEDUA: Bekas telur dia...perhatikan arrow warna merah tu. Bekas telur tu ditutup dengan penyepit ala-ala penyepit baju. Tapi yang ni kecik punya...susah nak jumpa yang kecik secoet macam tu. (actually dalam goody bag yang dia bagi tu banyak benda tapi yang ni la paling menarik).

p/s: Gambar dengan pengantin x de sebab hanya kenal mak & ayah pengantin je. Pape pun tahniah untuk Pak Cik Shukri & Mak Yah.



No comments:
Post a Comment