Ni entri ke-4 yang aku post untuk hari ni.. Kira macam balas dendam la sebab seminggu aku balik bertapa kat kampung dan laptop serta broadband aku telah di 'job' oleh segala isi rumah kat kampung tu. Tetiba je aku terdetik nak citer pasal sorang member aku merangkap ex-coursemate aku masa zaman kanak-kanak di universiti dulu..Kanak-kanak la sebab skarang baru remaja.. hahahaha...sial tak nak mengaku diri tu dah suku abad.
Pagi tadi aku sibuk dok kemas rumah yang dah seminggu aku tinggal. Sebenarnya aku baru sampai dari kampung pagi tadi. Naik bas malam semalam pukul 9.30..sampa kat hentian putra dalam 6.40 pagi. Lambat dari biasa sebab jammed. dalam sibuk dok mengemas terlupa tentang telefon aku. ecehhh mentang-mentang la Encik Masa Depan dah kat laut telefon pun dibiarkan je. Tetiba teringat kat telefon. Tengok-tengok ada 4 miskol. 1 dari member aku tu dan 3 lagi nombor tak dikenali..macam no telefon rumah. Try kol balik tapi x angkat la pulak mamat ni.Sabar jelah..
Dalam setengah jam lepas tu dia kol balik...korang tahu ape dia nak tanya...Tanya aku bila tarikh kawin member kamceng dia. Ya Allah sabar jelah..dari zaman universiti sampai la sekarang tak lucut-lucut lagi jawatan aku sebagai setiausaha tak rasmi dia atau lebih tepat kaunter pertanyaan bergerak untuk dia.
Ingat lagi masa kat U dulu..kawan aku daftar lambat dua minggu berbanding dengan yang lain. So dia ni macam terpencil la. Ntah budak-budak lelaki course aku pun macam jahanam je tak nak kawan sangat dengan dia dan sorang lagi kawan dia yang bakal naik pelamin ni. Disebabkan kecian untuk assignment Statistic aku pun ajak la join group aku tambah pulak aku senegeri dengan so jadi kamceng la. Sejak hari tu aku jadi kaunter pertanyaan bergerak untuk dia. segala assignment dia akan tanya aku..even esok nak exam pun malam-malam buta tercegat depan pagar umah aku minta nota nak baca untuk paper esoknya. Buat seposen nak suh aku kecian...walaweh..macam tau-tau aku ni lembut ati dan terpaksa bagi kat dia. Satu lagi bila ade je paper akaun aku lah jadi cikgu tuition tak bergaji untuk dia.
Tapi itu lah..yang tak boleh blah kawan yang sama-sama tido dalam kelas dulu nak kawin pun tak ingat bila tarikhnya..walhal dia dapat kad..aku yang tak dapat kad pun ingat walaupun diundang melalui FB je.
Nak tahu sape mamat tu ....ni dia >>>>
Nak tahu sape mamat tu ....ni dia >>>>
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Hairi Helmi...aku panggil dia Hery Croc sebab muka macam playboy. Bukan aku cakap tapi kawan-kawan aku pun cakap benda yang sama. Sape lah malang jadi wife dia..sume benda nak kena orang lain ingat untuk dia. Adooiiiyaaa
Ni member kamceng dia yang dah nak naik pelamin esok. mamat ni pun selalu tido dalam kelas dan selalu jugak tuang kelas dulu..FBI @ Faizal Bin Ismail...Nama sebijik macam FBI Hot FM tu...
Okeh untuk ko Hery jangan lupa esok pegi kenduri Faizal dan jangan lupa kim salam aku kat dia. Untuk FBI sori tak dapat pegi majlis ko..aku dah kat Kl..tapi walaupun aku tak pegi aku doakan agar ko berbahagian hingga ke akhir hayat.
No comments:
Post a Comment