Topik hangat hari ni kat mana-mana jabatan kerajaan tak lain tak bukan BONUS SETENGAH BULAN. Macam- macam komen mungkin diterima daripada penjawat-penjawat awam ni. Antaranya :
- · ½ bulan je dapat?
- · Aminnn...syukur la dari tak dapat langsung.
- · CEUPACS punya la bersungguh minta dua bulan tapi ni je yang dapat?
- · La ingatkan dapat la sebulan. Dah la 3 tahun tak dapat bonus. Kedekut betol.
Bermacam-macam lagi pandangan dan komentar yang diberikan. Tapi pape pun aku yang salah seorang penjawat awam tetap berterima kasih dengan apa yang diberikan. Dapat la jugak duit raya. 1 k ok la tu..sape nak bagi senang2 kat korang macam tu je dan yang paling penting akan dibayar pada pertengahan bulan. Maknanya minggu depan la tu..Alhamdulillah kebetulan aku pun tengah sengkek dh ni.
PETIKAN DARI BHARIAN ONLINE
Kakitangan awam dapat bonus raya
Oleh Johari Ibrahim dan Magendran Rajagopal
2011/08/09
NAJIB berbual bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis berbuka puasa anjuran Perdana Menteri dan isteri serta majlis penyampaian zakat Kumpulan FELDA di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi.
Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.
Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” katanya.
Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada 30 Ogos ini. Ini adalah kali ketiga berturut-turut penjawat awam dan pesara mendapat duit raya. Pada tahun lalu dan 2009, kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada kedua-dua kumpulan itu sebelum 1 Syawal.
Kali terakhir kerajaan membayar bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam adalah pada September dan Disember 2008.
Sementara itu, Najib yang bercuti sejak 1 Ogos lalu selepas menjalani pembedahan ‘Arthoscopic’ di lutut kiri memulakan tugasnya pagi semalam.
Beliau yang tiba di pejabatnya di bangunan Perdana Putra kira-kira jam 9.40 pagi kelihatan ceria dan sihat sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara.
Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri berkata, Najib dibenarkan bertugas selepas doktor berpuas hati dengan proses penyembuhannya.
Kecederaan lama Perdana Menteri berulang selepas menendang bola ketika merasmikan pertandingan futsal di Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya pada Mei lalu. Bagaimanapun, doktor menasihatkan beliau mengehadkan aktiviti harian pada waktu ini sehingga pulih sepenuhnya.
Selain melaksanakan tugas pejabatnya, Perdana Menteri hadir pada majlis berbuka puasa bersama anggota Kabinet di kediaman rasminya di Seri Perdana petang semalam.
No comments:
Post a Comment