Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Ia mendapat pahal kebaikan yang diusahakannya dan
ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya
~ Surah Al- Baqarah ayat 286 ~
KEPADA YANG BERSALAH
Tidak perlu menunding jari menyalahkan sesiapa sekiranya diri sendiri memilih jalan bengkok.
Tidak perlu mengaitkan orang-orang yang tidak berdosa dengan perbuatan keji yang dilakukan.
Tidak perlu menagih simpati sekiranya apa yang dilakukan adalah disengajakan
Tidak perlu untuk membenarkan apa yang sememangnya salah.
APA YANG PERLU adalah kembali ke jalanNya kerana dia lebih mengetahui dan Maha Pengampun.
KEPADA YANG DIPERSALAHKAN
Usah menyalahkan diri sendiri ke atas apa yang berlaku kerana ini ujian dari-Nya
Usah terus memikirkan tentang apa yang dilemparkan kepadamu kerana mungkin ada hikmahnya.
Usah biarkan hidup diselubungi sesalan dengan apa yang tidak pernah dilakukan.
Usah terus menangisi tohmahan yang campakkan oleh mereka yang bebal hatinya
APA YANG PERLU tegakkan kebenaran sekiranya ada peluang dan sekiranya tiada ingatlah kebenaran itu akan datang dengan sendirinya
No comments:
Post a Comment