Thursday, December 15, 2011

The Making Of Akok

Hi peeps!

Blog ni dah berhabuk....sebab otak tuan punya pun sedikit berdebu. Bulan ni baru tiga entri termasuk yang ni baru empat. Apa punya pemalas la. Okay lah nak kongsi satu resipi kuih tradisional kelantan. AKOK. Tak tahu la kenapa nama dia akok. Nama-nama kuih kat kelantan ni memang pelik sikit macam Tahi itik , ulat bulu, jala mas, buah tanjung. Tapi rasa dia memang terbaik walapun nama dia menggelikan anak tekak.

Semalam mak aku buat kuih akok ni sebab ada orang tempah. Kalau dulu memang buat untuk dijual tapi memandangkan masa yang terhad kuih ni dibuat hanya untuk tempahan je. Ingat lagi masa sekolah menengah dulu lengan aku ni dah boleh dikatakan masak sebab selalu bakar kiuh ni, pastu rambut pulak kejung sebab kena asap. My mum dulu bakar kuih di guna cara tradisional. Pakai sabut dengan arang je.


Ini antara bahan-bahan utama dia. Cuma yang takde kat sini tepung beras je.
Semua bahan-bahan ni di adun sekali


Align CenterHasil setelah diadun bahan-bahan tadi.


Proses membakar bermula. Sebelum dituang ke acuan pastikan acuan dia betul-betul panas. Tak tahu panas ke x bila kita tuang tu ada bunyi la macam kita nak goreng telur


Lepas tu tutup. Mak aku tak guna penutup dia tapi guna frying pan je.
Katanya lagi cepat masak.

Tak sampai lima minit dah boleh bukak penutup dia. See dah masak pun

Align Center

Banyak la jugak dapat dalam tiga ratus biji. ni baru satu talam. Hari tu dapat dalam tiga talam. Kuih ni memang boleh buat duit sekarang. Mahu taknya. Tiga biji RM 2.

Tadaa..very yummylicious!

3 comments:

  1. acuan tu kalo kat kelantan kat pasar siti khadijah ade, rantau panjang pun ade tapi acuan dia mahal lah skit dalam dua ratus sebab dibuat dari temabaga.

    ReplyDelete
  2. owh, kak liza oanggil kuih Akok ni dgn nama kuih cara.. sedap....

    ReplyDelete
  3. kuih cara lain..kuih akok lain...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...