Thursday, July 18, 2013

Lelaki

Salam..
Topik hot hari ini semestinya Ashraf Muslim
semua pihak menunding jari kepadanya

pada aku memang patut pun
dasar lelaki bak kata Yuna
"Lelaki guna"

Terfikir akan perasaan isteri pertama Ashraf
berat sungguh dugaan
rasa sebak ketika membaca luahan isi hatinya

"Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu

Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan..





Ya Allah memang tersentuh membaca luahan hatinya
apatah lagi melihat wajahnya yang begitu tenang
tak dapat aku bayangkan jika aku ditempatnya
Nauzubillah....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...