Wednesday, August 22, 2012

Eid Mubarak 2012

Salam peeps!

Tak terlambat lagi untuk aku ucapkan
Selamat Hari Raya maaf Zahir & Batin
raya tahun ni paling kacau bilau bagi aku
tapi paling bermakna jugak :D

Sambut raya tanpa mak apatah lagi ayah
mak terpaksa bermalam di hospital sebab mak tok
kena tahan... tak sukeeee
juadah hari raya kena siapkan sendiri.
tiada air tangan ibu di pagi syawal

rebus je ketupat segera nona
bakar sate yang terlebih rempah, nasi tomato mek ye yang tidak menjadi,
tiada bersalaman dan bermaafan di pagi raya
ohhhh sangat tidak ohsem pagi raya tahun ni.

Maka dengan itu tiadalah gambar gedik bermaafan di pagi raya
syahdu gile rasa nasib baik petang raya tu mak dah kat rumah



Raya tetap meriah walaupun hidangan pagi raya sangat hampeh
kanak-kanak dari ceruk mana pun tak tahu lah
datang kutip duit raya.. teringat zaman budak-budak.
Aku pun seperti mereka suatu ketika dahulu


Lebih ceria dengan kehadiran si montel Damia
walaupun empunya diri tidak mesra alam kali ini


Si muncung Didi
Lebih mesra alam sedikit berbanding si kakak



Okehh raya pertama memang terkung kat rumah jeraya kedua baru start jalan-jalan
beraya pun rumah jiran-jiran terdekat je.


Posing dengan muka berminyak yang boleh digunakan untuk goreng ikan :C




Gelak tak hingat dunia walaupun kt rumah orang


Raya pertama & raya kedua memang tidak gempak
raya ketiga memang gempak..
hihihi
tunggu next entri


By the way raya pertama 19/8/2012 adalah our anniversary as a couple
cer tengok tickers kt sebelah.

Happy 2nd Anniversary Dear...




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...