Macam tak percaya je hari ni dah genap hari tua aku. So alang-alang dia dah ada kat KL apa lagi ajak dia berjimba malam tadi sementara nak menunggu detik 12 malam. Konon nak countdown la untuk dia jadi orang pertama wish birthday..tak boleh blah!. So petang semalam request dengan my other half cakap nak makan steamboat. Dia pun on je. So aku pilih FLAMING STEAMBOAT @ SETAPAK. Sebenarnya terliur sebab petang tu terjah blog Kak Liza pastu tengok entri pasal steamboat nih.
Okey sebenarnya sebelum pegi aku banyak ceduk maklumat dari blok k.liza ni.. Kat sini ada tiga sesi
Disebabkan dia bertolak dari Bangi pun dalam kul 8 pastu nak ambik aku lagi kitorang decide pegi sesi yang ketiga tu. Gamble je pegi tak booked dulu. Sampai kat kedai tu pun dah pukul 10.20. Nasib baik parking tak susah sangat. Sekali pusing jelah. Sampai-sampai je terus cari tempat duduk dan ambik makanan.
Okey sebenarnya sebelum pegi aku banyak ceduk maklumat dari blok k.liza ni.. Kat sini ada tiga sesi
- Sesi 1 : 6 ptg - 8 mlm
- Sesi 2 : 8 mlm -10 mlm
- Sesi 3 : 10 mlm - 12 mlm
Disebabkan dia bertolak dari Bangi pun dalam kul 8 pastu nak ambik aku lagi kitorang decide pegi sesi yang ketiga tu. Gamble je pegi tak booked dulu. Sampai kat kedai tu pun dah pukul 10.20. Nasib baik parking tak susah sangat. Sekali pusing jelah. Sampai-sampai je terus cari tempat duduk dan ambik makanan.
Tukang makan: tapi malam tu tak makan sangat sebab dah makan. Dah siap pesan suh kosongkan perut tapi degil.
Mood dia sangat baik malam ni..kalo tak memang payah nak bergambar tapi malam ni siap suh pekerja kat situ snapkan gambar utk kitorang. Tapi pic ni memang tak memuaskan bergegar!
Kitorang merupakan customer yang paling last blah dari resturant ni. Lagi 15 minit nak tutup kot baru lah angkat kaki. Tu pun sebab pekerja-pekerja dia dah kalut dok kemas sana-sini. Last-last countdown my birthday dalam kete je sebab stuck jammed area ampang coz ada accident. Dekat pukul 1 baru sampai rumah.
APA YANG MENARIK DI FLAMING STEAMBOAT?
- Harga yang berpatutan RM 26.90(per person) ~ harga lebih murah berbanding Seoul Gardensebab di seoul garden harga untuk lunch & dinner beza sangat-sangat.
- Pilihan makanan yang sangat banyak. Lebih kurang 150 jenis & paling penting adalah semuanya fresh. Terbaik dari ladang!
- Air, dessert dan buah-buahan termasuk dalam pakej. Ambik la semahunya. Buat la ABC sendiri sampai lenguh bahu korang dok pusing mesin ais tu.
- Ruang yang luas dan selesa terutama bila pergi sesi ke 3. Memang banyak meja kosong. 3 lot kedai tu...
- Parking murah je. Disebabkan restoren di kawasan Platinum Walk so start dari pukul 6 ptg sampai 8 pagi hanya RM 1 untuk per entry.
- Kalo ambik makanan banyak-banyak pastu tak habis, korang takkan kena caj ! tapi agak-agak lah kan takkan nak jadi sedara setan kot!
Okey untuk sesiapa yang berminat untuk mencuba steamboat yang agak heaven ni boleh terus pergi ke :
No. 66-0 & 68-0,
Platinum Walk,
No2, Jalan Langkawi,
Danau Kota,
53300 Setapak,
Kuala Lumpur
atau klik je kat sini http://www.flamingsteamboat.com/
P/S : Credit to Kak Liza for the info about this restaurant...len kali nak datang lagi..x puas lagi. :)





happy birthday inzell!!
ReplyDeleteeh awk dok mane?mcm sedap je steamboat tu..dekat jugak dgn umah kite skrg..tp kena naik taxi la..huhu
Tengss bahirah....
ReplyDeleteSy dok Pandan Indah..memang sedap..apa lagi peegi jangan tak pegi..