Monday, October 10, 2011

9/10/2011 & 10/10/2011

Semalam semua dok kalut tentang kombinasi tarikh yang agak santekk 9/10/11..kalo tahun lepas 10/10/10. Huh jenuh pakat dok kenduri kawin tarikh tu tak terkecuali bekas laki tak jadi aku, Angkasawan Negara, Datuk Sheikh Muszaphar Shukor..Uwekkk(sila muntah sekarang).

Tapi semalam tarikh yang memang sangat istimewa bagi aku. Tarikh kelahiran orang yang paling aku sayang.. my late father..(tocink sekejap)....tapi aku memang benar-benar lupa sampailah malam tadi menjelang detik kelahiran aku 10/10/2011. Yup tarikh lahir arwah ayah hanya beza sehari je dengan tarikh lahir aku. (miss HIM so much)..hanya doa mampu dipanjatkan untuknya semoga tenang di alam sana.

Dan hari ini genaplah secara rasminya umur aku suku abad. Terasa tua pulak bila disebut dalam abad. Okey tukar 25 tahun..Sepanjang 25 tahun kat muka bumi dah bermacam-macam yang dihadapi. Dan diharapkan tempoh 25 tahun yang lalu cukup untuk mematangkan diri aku. Belajar dari pengalaman!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...