Semalam kipas dalam bilik rosak. Ouch aisey mann panas gile macam dalam oven pulak even masuk kejap je nak ambik barang. So malam tadi tido kat ruang tamu. Pagi tadi my other half sampai kat KL sebab isnin ni ada interview so ajak dia ajak keluar samabil mencari kipas. Nasib baik dia datang kalo tak macam mana la gamaknya aku nak mengangkut kipas naik tren. Pheww mesti macam minah kemboja mengangkut hasil barang jualan dorang!
Okey lepas cari kipas perut berkeroncong pastu makan dulu. Makan pun macam masuk pertandingan makan paling cepat je sebab dia rushing nak pegi Bangi pulak. Agak bengang sebab dia ajak keluar pastu nak cepat-cepat balik. Nak tebus rasa bersalah, dia ofer nak tolong angkut kipas tu sampai atas. Dalam ati rasa nasib baik jugak. Kalo tak semput la aku nak mengangkutnya!
Lepas dia balik terus bukak kotak kipas kononnya excited ada kipas baru tapi sekali kipas tu kena pasang sendiri! Hamagadddddd. Dah la dia dah balik kalo tahu macam tu paksa dia pasang dulu baru kasi balik! Okey Inzell ko boleh...
Mati kutu aku masa mula-mula bukak kotak. Patut la kecik semacam je kotak tu.Nasib baik dia bagi manual book.
Setelah berhempas pulas akhirnya hampir berjaya. Pheww penat seh!
Setelah berhempas pulas akhirnya hampir berjaya. Pheww penat seh! Inilah hasilnya. Tak sampai setengah jam pasang dah siap. Tengok kaki la kan...


Hehe... Mana gambar makan2? (bukan soalan sebenar?)
ReplyDelete