Friday, February 4, 2011

My Ex-Rumate

Arghhhhh....perkara pertama yang terlintas kat kepala aku sebaik buka mata ada lah malam ni dh kena balik kl....cuti aku dah abis....isnin depan dh stat keje balik......kenapa la masa cepat sangat berlalu rasa tak puas lagi berehat kat kampung. bla cakap ngan mak aku dia cakap "hah hari tu tak sabar-sabar nak keje hari-hari dok merungut bla la nk posting bla dah keje macam ni pulak"...adoiii x pasal-pasal dapat ceremah percuma....tp masa memang cepat berlalu pn..terasa baru semalam masuk university..tup-tup dah keje rupanya. kawan-kawan aku pun dah bertebaran seluruh Malaysia dek tuntutan tugas. tak thu la bla pulak boleh jumpa diorang. plan nak buat reunion dah ada tapi tak tahu bla sebab masing-masing dah sibuk. Tapi tetiba je hari ni terinagtkan ex-rumate aku semasa campus life dlu...rindu nya korang....meh nak perkenalkan insan-insan yang penah berkongsi bilik ngan aku semasa kt dunia kampus dulu.


Ni my 1st rumate merangkap classmate aku nama dia Noraini tp panggil M.U.N.I. budak Pahang. Orang kampung Siti Nurhaliza. Kuala Lipis (tp muni ajar aku bukan sebut lipis tapi lipeh). Walaupun dia nampak alim-alim tapi otak dia gila-gila. Kalah aku yang sempoi ni. Aku sempat la stay ngan dia selama 3 semester sebab lepas tu dia keluar awal dari kolej sbb nak dok umah sewa katanya nak berdikari. Dah takde la pembekal tempoyak lepas dia keluar kolej.

My 2nd rumate nama dia Nur Diyana Mastura...orang Kedah. dia junior aku tp walaupun junior ktorang sebaya so mmg jadi geng la. Aku try cari jgk gmbr dia nk upload tp x jumpa. x pe mungkin entri akan datang bla dh jumpa aku upload.


Ni my 3rd rumate. Actually ni rumate kat umah sewa. bla dah kena "halau" dari kolej terpaksa la kitaorng cari umah yang dekat-dekat dgn kampus. Sebenarnya dia jd rumate aku tak lama mana pon sebab lepas Nattie & Mella kelaur dari umah tu ktorang dapat bilik sorang satu tp still bilik kitaotang pon still sebelah. kalo salah sorang bergayut pasti dengar..hik..hik..Anyway nama dia Izaty tp ktorg pangil dia "Chute". Budak Simpang Renggam. Jeles betul ngan dia sbb dapat posting dekat dgn umah dia. Memangl susah la nak jumpa dia lepas ni. sebab dia jauh nun di selatan. dia ni pon sebenarnya tokey kerepek. Setiap kali balik dia Johor pasti aku akan kirim kerepek kat dia. Paling best kerepek Tempe...memang TERBAIK lah orang cakap. Rindunya kt ko chute.




Hah...yang ni last rumate aku sepanjang kt campus life Aida Nadya nama dia...dia jadi rumate aku semasa kitorang buat praktikal di Sg. Siput, Perak. Orang Pasir Mas, Kelantan. Comel kan dia..sebenarnya kitaorang pernah jadi housemate dlu tapi masa tu aku rumate dengan si Chute dia pulak dengan si Melat. 7 semester tu dia dia jd rumate si Melati tp dia x boleh dah nak jadi rumate melat sebab melat stay ngan husband dia time praktikal. Dengan dia la aku banyak berkongsi suka duka tangis tawa. Tapi sekarang dah tak boleh dah dia jauh nun di Pasir Gudang, Johor. Balik cuti kali ni pon tak sempat jumpa dia. :(

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...