Sunday, January 15, 2012

Warna Kehidupan

Hi peeps!

Bukan namanya KEHIDUPAN sekiranya tidak diduga
Bukan namanya KEHIDUPAN sekiranya tidak pernah dilanda masalah
Bukan namanya KEHIDUPAN seandainya hari-hari yang dilalui tanpa cabaran.

Dugaan & cabaran yang hadir sebenarnya mengajar kita untuk lebih kuat, untuk lebih tabah dan untuk lebih memahami apa sebenarnya erti KEHIDUPAN. Memang perit disaat dugaan hadir dan kita tidak bersedia untuk menerimanya tapi kita sebenarnya alpa bahawa Pemberi dugaan tahu kita mampu menghadapinya.

Kehidupan juga tidak akan ceria seceria kanak-kanak ribena seandainya kehidupan kita hanya ada satu warna sahaja. Kita yang menentukan warna kehidupan kita. Kita yang mencorakkannya. Pilih sendiri warna-warna yang kita suka agar kehidupan kita lebih bermakna.

Hidup kita hanya sekali justeru pilih warna yang mampu memberikan seribu pengertian dan menjadi kenangan sepanjang hayat asalkan tidak lari dari garisan yang sepatutnya!


Saturday, January 14, 2012

Parut..

Hi peeps!

Selepas tiga bulan dari terkena serangan chicken pox parut yang ditinggalkan masih tak mahu hilangjugak...tension betul la. Nak kata tak de ikhtiar dah bermacam-macam petua aku cuba. Bio Oil pun dah berbotol aku guna tapi tak de kesan sangat. Pastu ada la kawan kakak aku sarankan suruh guna Mederma. Benda alah apa tu? Tak lama selepas tu terbaca la kat paper pasal gel Mederma ni. Macam ok je...tapi buat-buat tak endah jugak. Sampai lah semalam tergerak nak cari benda alah tu..tension weh tengok parut kat muka...tu belum kira dengan parut acne lagi...

Semalam pegi temankan Siti pegi bank..kebetulan sebelah bank tu ada guardian so masuk la Guardian sementara tunggu kawan aku setelkan urusan dia kat bank tu. Dan dan tu jugak baru terfikir dan mencuba mederma ni. Hanya ada yang 20g & 60g. Secoet yang 20g tu pun dah 39.90 hengget. Tapi cashier tu cakap skrang ada promotion pack..31.90 hengget je untuk 20g siap ada free pouch lagi...mak suka noks!

Promotion pack yang berbaloi..


Parut kat lengan sebelah kiri ...nanti kita sama-sama tengok la ye..menjadi ke tak gel ni!

Wednesday, January 4, 2012

Back to Bawal

Hi peeps!

Sepanjang 2011 boleh dikatakan bermacam-macam jenis fesyen tudung yang timbul shawl, pashmina, turban dan macam-macam lagi sedara mara beliau sehinggakan timbul isu sekadar untuk berfesyen ataupun ikhlas menutup aurat.. tapi harapnya semuanya ikhlas dalam menjaga aurat.

Berbalik kepada fesyen tudung tadi..hari tu ada terbaca kat satu blog tentang pengayaan tudung..macam..macam la ada..gaya ikan bilis la..roti bun la...haiii tak tahu la...tapi lebih kepada menyindir la.

Jenis tudung yang timbul ni memang skali fikir tak sempat nak kejar..kang terlampau kejar kan jadi mangsa fesyen pulak. Tapi dalam bab ni aku ni boleh dikategorikan sebagai 'leggard'. Istilah masa aku belajar bisnes dlu..kra macam orang yang ketinggalan la...fesyen tu dah nak habis baru aku nak ikut..macam tu la lebih kurang. Bukan apa kadang-kadang kurang konfiden nak pakai ala-ala hana tajima...

Aku ingat lagi aku mula pakai tudung secara serius waktu umur aku 10 tahun...masa darjah 3 masih lagi pakai..n bukak lagi tapi masuk darjah 4 memang tak bukak lagi..tu pun sebab kena sindir dengan ustazah..biasa la ustazah kat klantan kan strict skit bab-bab pakai tudung ni. Dan alhamdulillah berkat sindiran tu aku masih kekal memakainya sehingga sekarang.

Tudung pertama aku adalah tudung pemberian sedara aku yang balik dari Mekah..dulu-dulu kan feymes tudung dari sana..pastu lama jugak la baru muncul tudung bawal.. Di awal kemunculan dulu malaah jugak la..bawal yang no 3 pun dekat 40 hengget..yang no 1 toksah dok cite la...aku main rembat je yang mak aku punya waktu tu...nasib baik mak bukan jenis yang kesah sangat. Sejak hari tu memang tudung bawal la yang jadi pilihan utama.

Last year aku kat universiti muncul lah tudung indon tu...yang ready made tu. Bgai aku waktu tu..itu hanya tudug untuk mak cik..mak cik..memang aku tak beli & tak pakai langsung tudung tu. Sapai la awal tahun lepas aku dah start keje, tergerak pulak nak mencuba. Beli tak banyak pun 2 helai je kot..still setia dengan bawal.


Ini adalah tudung ready made ertama yang aku ada...tu pun lepas kena paksa dengan kawan aku si Lisa sebabnya dia nak dapat harga murah kena beli dua..so aku lah yang jadi mangsanya. Kadang-kadang rasa selesa jugak dengan tudung ni sebab senang & cepat untuk dipakai.


Pastu pertengahan tahun lepas baru lah tergerak hati nak pakai shaws..tu pun lepas kna brainwash dengan dua murai kat umah aku.. sapa lagi kalo bukan adik aku.. katanya aku tak up to date...bukan apa aku ni jenis yang tak suka dengan sesuatau yang tak kekal. Aku dapat jangkakan yang tudung-tudung macam ni muncul kejap je.


So penghujung bulan 12 lalu aku dah nekad nak kemabli kepada bawal semula. Selongkar balik tudung bawal yang lama..pastu hari tu sempat lagi beli beberapa helai tudung bawal kosong kat kelantan..memang tak de manis atau batu permata langsug...pastu balik KL singgah pulak kat Bawal Exclusive..tersangkut la jugak sehelai dua yang ni pun sebab dah laam berkenan tengok si Fathia pakai dalam Stanza Cinta dulu. Tak boleh rembat banyak-banyak kat Bawal Exclusi ni nanti tak pasal-pasal tengah bulan aku pulak yang puasa.


Okey tahun ni dah set nak kekal dengan bawal...tapi aku tabik spring la kat Datin Norjuma tu..walau bermacam jenis tudung yang muncul dia tetap setia denagn bawal..sampaikan dia sanggup keluarkan tudung jenamanya sendiri..harga memang murah giler..RM 25 and below...kualiti kain pun memang terbaik...So kalo korang nak tengok tudung Datin Juma ni boleh klik kat Aidijuma

Monday, January 2, 2012

Sayonara 2011..Welcome 2012

Hoolaaa....

Macam mana azam tahun lepas korang? Dah tertunai belum? kalo belum boleh sambung tahun ni pulak. Azam tahun lepas aku boleh dikatakan tercapai. Azam tahun baru pulak lebih kurang sama dengan yang tahun lepas cuma nakkan yang lebih baik. Improve prestasi kerja, be a better persson dan yang paling penting harapnya tahun ni impian untuk menukarkan 'gelaran' di pangkal nama aku akan tercapai..Doa-doakan. Ameennn.

Tahun 2011 memang tahun yang paling banyak meninggalkan suka & duka. Kalau nak dihitung suka & duka kira balance la. Kalau nak ingat pun tak guna dah the past is past. Let's bygones be by gone. Anggap sahaja ianya sebagai kenangan & memori yang akan menjadi pengajaran dan menjadikan kita lebih kuat untuk menghadapi hari yang akan datang.

Hari kedua di tahun baru...permulaan hari ni dengan perasaan sayu. My other half have go back to Kemaman & then go to Kelantan. So sedeyyy....Okay tak nak sedih-sedih...by the way hepy new yer & hopefully this new year brings happiness & successful for us!


Motif gambar ini????

Dove..Dove..Dove

Hi peeps!

Masih dalam mood bercuti...yeap masih cuti..skolah kan start hari rabu..tension jugak cuti lama-lama ni tak tau nak buat apa. Lain la kalau kat kampung. Kat sini balik-balik pusing-pusing shopping complex, pastu keringkan duit dalam purse..hua..hua.

Last 2 days kat stesen lrt Hang Tuah ada la promotion chocolate dove..tapi aku buta tak layan lagi sebab sebelum tu dah pekena chocolate Patchi..eksyen kan. Esoknya pegi sogo & ada lagi promotion so kali ni memang tak leh lepaskan peluang sebab bekalan coklat dalam simpanan dah habis. Murah gila kot 5 bar untuk RM 10. Biasa 1 bar pun RM 2.90. Balik tu terus makan..wah feeling habis macam si Hanis Zalikha tu bila coklat tu masuk dalam mulut..melting in mouth gitu...no wonder la Hamis Jalika tu sibuk dok promote. Memang terbaik ditambah pulak dengan hezelnuts, almond & raisin yang segedabak dalam coklat tu..

Korang apa lagi cepat dapatkan ..eceeeehhhh aku pulak sibuk dok promote..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...