Friday, April 29, 2011

Sebak

Hari ni aku balik awal sebab nak packing barang. Wikend ni aku nak pindah rumah yang lebih dekat dengan tempat kerja aku. Mula-mula punyalah semangat sampai perut aku berdondang sayang pun aku buat derk je..tiba-tiba je part aku nak kemaskan buku-buku aku tetiba je rasa sebak. Tak tahu dari mana muncul perasaan ni. Rasa berat hati pulak nak tinggalkan rumah ni. And then aku terus berhentikan kerja-kerja mengemas...tak tahu knape. Maybe masa mula-mula aku rancang nak pindah dulu ade yang membangkang. Tapi aku keras kepala jugak dan dan tu jugak teringat kat dia yang jauh beribu batu...wahai masa cepat la berlalu...






Thursday, April 28, 2011

Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF)

Pesta buku datang lagi...aku tak melepaskan peluang untuk menyesakkan lagi PWTC tu. so hari ahad lalu aku pu pegi la...mak aiiih ramainya. Sampai nak jalan pun susah. Nyesal datang waktu wikend ni. Pesta buku ni bermula 22 April sampai 1 Mei. Dalam situasi yang jammed kat PWTC ni aku sempat beli dua buah novel je. So hari ni balik keje nak pegi lagi sana..aku x puah ati sebab x sempat nak singgah kat booth Gempak Starz. Bukan ape nak beli komik untuk adik aku KUCHAH yang sememangnya hantu komik. harap-harapnya manusia kat sana tak ramai la hari ni..



Tolong promote


aku dapat less 20% untuk novel ni....
dah sempat baca sepintas lalu..memang tak mengecewakan



Novel ni pulak memang aku beli sebab aku tak pernah ketinggalan baca novel karya Habiburrahman El- Shirazy. Novel ni dah diadaptaikan dalam bentuk movie pun.

Friday, April 22, 2011

Mangkuk hayun

Arrggghhhhhhh...bencinya bila tetiba je terserempak dengan orang yang kita benar-benar tak nak jumpa...ni lah yang aku alami sekarang...citernya macam ni..hari isnin lepas waktu nak balik keje tetiba je aku perasan ade orang sedang perhatikan aku dari jauh.....bla dh dekat jantung aku berenti berdetik buat seketika....Ya Allah kenapa la seluas-luas kl (luas ke kl??) ni aku terjumpa jgk dengan dia (dah itu kehendak-Nya)...yang paling aku hangin sekali dia boleh tersenyum kat aku lepas ape yang dia dah buat kat aku..woiii mangkuk ape kat buat kat tempat aku it means dia dah tahu aku kat mana sekarang. Tahap kebencian aku bertambah 100 kali ganda lagi...dengan selamba badaknya aku buat-buat tak nampak walaupun aku lalu kat sebelah dia. Ya Allah lepas ni aku minta sangat-sangat jangan la temukan kami lagi....I don't want to see him anymore. u should remember and believe with "karma" what comes around goes around. One day u will get ur reward after all the things that u have done to me...please get out of my life!!!!. Until i post dis entri i still did't tell my bf about dis....Should i ???


pic from google



pic from google

Saturday, April 16, 2011

Camping!!!!

Hari ni sebenarnya aku baru balik dari camping. Camping ni sebenarnya sebagai preparation untuk yang real nanti pada 29 April kat Kuantan tapi aku tak leh nak join ade hal. Keciwa sungguh. Join camping ni best tapi penatnya tuhan je yang tahu...malam tadi kena stay up...tp bila balik rumah mata ni x ngantuk la pulak walhal sebelum sampai rumah tadi dah singgah SOGO & Jalan TAR dulu *wink..wink* duit terbang lagi sebab aku dah rembat sepasang kain ela nak buat baju, sehelai tudung n sepasang blouse....takde nak buat ape so ape lagi terus aku bukak blog. Ni antara gambar-gambar yang sempat diambil pagi tadi...



Pemandangan yang menarik kat VI pada waktu malam tapi agak menyeramkan..hehehe



Barisan urusetia yang sangat setia sepanjang camping ni




Orang sibuk dengar taklimat ktorang sibuk ambik gambar....meh nak kenalkan
kengkawan aku yang memang hantu posing.

Berdiri dr kiri: Aisyah & Kak Nik
Duduk dr kiri: It's me, Kak Izzah, Kak Niza, Kak Rina & Siti



Posing depan khemah...orang berkhemah kat padang tp ktorang pelik skit berkhemah kt atas tar..bukan ape padang tu 'keras' sikit.




Thursday, April 14, 2011

Trip to Perak Part 1

Actually i joined dis trip 4 weeks ago...but still don't have enough time to stori mori about dis...ape lagi alasan lapuk BIZI + Pic masih banyak lagi tak ambik dari my frens. Bukan ape sebenarnya bla dah lama mood nak tulis dah kurang ...Sebenarnya aku join trip ni pun sebab bawa budak pegi lawat tempat-tempat bersejarah kat Perak. Cuak jugak bila orang ajak g sana sebab 4 tahun stay kat sana so bagi aku perasaan excited nak pegi sana tu dah takde...eceh..cheh..berlagak pulak....hehehe. trip ni under Lembaga Muzium ktorang g sana 27-29 Mac ala-ala rancangan 3 hari 2 malam. Bertolak dari KL pukul 3 petang sampai sampai kat Padang Rengas pukul 6.30 petang so ni di kira 1st day kt Perak...


2nd day aktiviti penjelelajahan bermula...ktorang start dekat Muzium Pasir Salak


Ni dia Muzium Matang (Rumah Ngah Ibrahim).
Nak tahu sape Ngah Ibrahim selak balik buku sejarah form 2



Makam Ngah Ibrahim. Dalam kawasan muzium tu jugak



Serba sedikit maklumat tentang Ngah Ibrahim



Salasilah keluarga Ngah Ibrahim
Yang ni terdapat dalm muzium




Pintu masuk tempat beradu Ngah Ibrahim




Ni pulak antara benda-benda yang menarik perhatian aku dalam muzium tu..
basikal tua...susah woo nak jumpa zaman sekarang ni.



Baju Besi Portugis.
Menarik kan..kalu ade lagi zaman sekarang nak je aku tempah satu.
Grenti kalo kena langgar pon x berapa nak sakit.



Mesin padi. First time aku tengok.
Jakun betul aku ni



Mahkamah zaman British dulu



Sekolah zaman dulu...very nice!



Ni pulak aku dah lupa ape. Perisai kot. tapi sangat menarik.














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...