Wednesday, October 5, 2011

Ada Apa Dengan Nama - Part 1

Sekarang ni kat tempat keje aku ni memang ramai ibu-ibu mengandung so hari tu dok sembang la pasal nama. Maklumlah ada yang baru nak jadi ibu so xcited nak bubuh nama anak nanti. Nama..apa..hurmm jenuh kalo nak cite pasal nama ni. Tapi satu je yang aku tahu nama ni memang penting bukan untuk manusia saje. Binatang pun ada nama, makanan pun ada nama, pakaian perabot aksesori, kereta dan macam-macam lagi. Cuba bayangkan kalo semua benda takde nama kan ke haru tu. Korang pegi kedai makan nak makan tapi kalo dah makanan takde nama macam mana korang nak order? Korang kena gigit dengan binatang pastu pegi jumpa doktor. Doktor tanya kena gigit dengan apa. Korang mesti blurkan nak bagi tahu nama binatang tu apa kalo takde nama.

So kesimpulannya memang nama teramatlah penting. Kalo tak takkan orang yang baru nak jadi parents jenuh dok pikir patploh hari patploh malam nak cari nama yang paling shantek untuk ada dorang. Cuba korang perati zaman sekarang orang letak nama anak-anak panjang empat depa. Panjang dah satu hal nak menyebutnya pulat bersimpul-simpul lidah. Geleng kepala orang dikaunter pendaftaran mykids tengok nama. Korang bayangkan lagi kesian bila budak tu dah masuk sekolah nanti terseksa budak tu nak eja nama sendiri pastu cekgu-cekgu plak punya la hazab nak sebut nama anak murid. Salah sebutkan tak pasal-pasal budak tu pulak kena ejek dengan kawan-kawan.

Trend terbaru orang dok kalut nak letak nama anak bila ikut nama retis-retis. Sebab utamanya retis tu santek dah dorang berharap nanti bila baby tu lahir nanti santek macam retis tu jugak. Perangai belum tentu lagi. Hahaha pikir la sendiri. Tapi seelok-eloknya cari la nama yang ada makna yang baik. (even nama aku sendiri pun aku tak tahu maknanya apa..sedih dowh). Aku paling berkenan kalo parents letak nama anak-anak dorang short n simple je tapi ada makna. Senang nak panggil. Tapi ada jugak yang letak nama anak dorang tapi macam tak sesuai. Doplohpat jam budak tu dok melalak nanti. Ala macam cite Ahmad Albab tu. Haaa tak ke naye?...

Untuk pemilihan nama yang mempunyai makna-makna yang baik klik di sini

http://nama.crazyartzone.com
http://namaislam.tripod.com/
http://namanamaislam.com/

To be continue....

*Wordless Wednesday * 1

Monday, October 3, 2011

Wish For Big Brother

Today 3rd October is my big brother birthday's. Btw hepi birthday. Macam tak ikhlas jek kan. Tapi jauh disudut hati ikhlas sangat-sangat. Abang aku ni tua setahun je dari aku tu yang kami selalu gaduh. Kalo orang lain umur dekat-dekat mesti rapat tapi kitorang ni pelik skit pantang jumpa ade je (masa kecik-kecik la) . Aii pening omak den. Tapi walaupun slalu gaduh masing-masing sebenarnya sayang antara satu sama lain. orang kampung aku kata "Blood is thicker than water".

Sempena hari jadi beliau hari ni, pesanan dari penaja:

  • Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki ( ayat stereotaip jek)
  • Jadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara ( skema giler!)
  • Tabah hadapi segala ujian dan dugaan darinya.
  • Aku mengharapkan sesuatu dari ko.....(ko paham kan..be a better person)

  • Rindu sangat-sangat nak gaduh macam kita budak-budak...( sebab aku tahu mak pasti sebelahkan ko)
  • Sori sangat-sangat tak dapat belikan ko kek hari jadi. Aku jauh ko pun jauh...(hopefully nex yer)



P/s : walaupun aku taku ko tak penah baca blog ni tapi mungkin satu hari nanti ko terbaca aku nak ko tahu aku sayang sangat-sangat kat ko even kita ni macam anjing dengan kucing sebabnya ko lah satu-satunya abang aku!..huhuu..tocink

Sunday, October 2, 2011

2nd Oct

-2 Oktober 2011-
5.30 a.m

~Ya Allah berikanku secebis kekuatan
untuk menghadapi ujian dari-Mu.

Sesungguhnya dugaan yang engkau berikan
kepadaku terlalu berat untuk ditanggung ~



kuatkan hati,,
yakin pada DIA,,setiap yang terjadi ada hikmahnya,,,
ALLAH tidak akan menguji,,lebih dari kemampuan hambaNya,,,
jangan pernah berpaling,,,,ingat kekuasaaNYA,,,,

Saturday, October 1, 2011

40 %

Gaji satu lapis sektor awam diwujud semula, naik hingga 40 peratus

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus.

Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”.

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek).

“Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu.

Minggu lalu, The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum.

Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Satu sumber berkata, “langkah ini (memperkenalkan sistem saraan baru) juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred.”

“Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat,” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB.

Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu.

“Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak menjadi kenyataan.

“Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam ... kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700, bergantung pada skim dan gred masing-masing,” kata sumber itu sambil menambah, maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan.

“Kalau dari segi peratusan, kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus, mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus,” kata sumber itu lagi.

Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan.

SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam.

SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar, menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai kuota.

Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi. Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali lagi membawa kepada kontroversi.

The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini, yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991.

Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.

Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.

Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini.

Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa.

Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.


p/s : Kegembiraan melampau-lampau...tapi kena tunggu 7hb ni tengok sama ada menjadi kenyataan @ tak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...