Monday, October 31, 2011

Hadiah Birthday Terakhir...

Hari ni dah 31 Oktober. Hari terakhir la kan untuk bulan 10 ni. So sebelum terlambat petang tadi pegi SOGO untuk redeem hadiah sempena birthday treats aku. Nasib baik deepavali aritu balik kampung so dapat la redeem hadiah tu sebabnya semua pamplet @ flyers untuk promotion dari SOGO aku guna alamat kat kampung. Maklumlah masa mula-mula buat membership dulu masa belajar kat u. 4 taun lepas so takde maknanya aku nak bubuh alamat kolej dulu.

Berbalik tentang hadiah yang nak di redeem tu, aku punya la beria. Manalah tahu nak bagi beg Coach ke , Kasut Jimmy Choo ke tak pun paling koman Mini Cooper S ke. Tapi skali ni yang dapat


-


-


-


-

Shopping bag untuk terus perabiskan duit lagi di SOGO..muahahaha. Takpe...takpe syukur ada jugak orang nak bagi hadiah. Korang ingat senang ke nak dapat beg ni. Ada syarat la..kena kopakkan lagi purse aku ni sekurang-kurangnya 50 hengget....


So bagi memenuhi syarat-syarat untuk nak dapatkan hadiah birthday yang super duper dari sogo tu maka rembat la kasut ni....



Comelkan..(cakap ya kalo tak sekeh kepala sendiri)

Friday, October 28, 2011

Second Trip to Langkawi

Hi peeps!

Lama dah tak hapdet blog... kursus punya pasal la ni. (tengok intro pun dah menujukkan ketidakpuasan hati tentang kurus tu :P). Kursus tu sebenarnya sebahagian dari Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). Kan pegawai-pegawai kerajaan kena kursus sekurang-kurangnya 7 hari setahun. So nak mencukupkan jumlah 7 hari tu kena lah join kursus ni. Kat Pulau Langkawi..Langkawi lagi..baru bulan Mei hari tu pegi sana...kopak den!

Kitorang yang stok singel mingel ni pegi dengan bas jek so malam 22 hb dah bertolak kat sana sebab kursus stat 23-25 Okt. Pagi 23 dah sampai kat pulau lagenda tu. Disebabkan kena check in kul 6 petang so kitorang sewa van pegi round satu pulau. Syokkkkkk!!!

First destination kat cabel car.

Pintu masuk nak ke cabel car. Dari pintu ni kena jalan
jugak la dalam 5 minit baru sampai kat kaunter tiket.



Bergambar itu wajib!!!



Masa mula-mula agak tercengang jugak la tengok harga. RM 30 per person.
Tapi bila terpandang papan ni terus tersenyum.
Untuk Malaysian RM 15 je dengan syarat tunjukkan IC masa nak beli tiket.


Muka cuak + gayat...senyum dalam terpaksa..hahahaha


Akhirnya sampai jugak kat atas sana....



Pix ni masa second day. Sebelum aktiviti riadah bermula. Riadah la sangat..berjalan lawat ladang Mardi je. Okey ni tempat penginapan kami sepanjang kursus tu


Stok dari VI


Okey ni masa kat MARDI. Kata pegawai BTN kami perlu bayar untuk makan buah-buahan kat situ. Okey bayaran dia RM 5 je. Kami tak kisah tapi yang paling menyampah bila kami ditipu. Bayaran RM 5 hanya untuk beberapa potong buah-buahan seperti diatas sahaja. Sumpah tak puas hati.


Tapi nasib baik ada 'sesuatu' yang dapat menyejukkan hati kami... belimbing gergasi!


Bergambar dengan penuh eksyen! Poyo kau Jah!



Okey ni dah maalm penutup..muka hepi semacam sebab esok dah boleh balik.
Tak sanggup lagi nak pakai name tag sebesar alam tu!



Okbai...

Friday, October 21, 2011

Freaky Friday


Hari ni memang freaky sangat-sangat. Pagi-pagi lagi jiwa dah tersentap. Mana taknya hati ni baru nak hepi sebab cuti dah nak dekat so planning nak buat lesen kete ( sedih kan dah suku abad lesn kete tak de lagi) tetiba pulak terpaksa ganti orang jaga exam SPM..huwaaaaaaa. Tak daya mak nak menolak nak! Alasan nak buat lesen tak cukup kukuh sebabnya kawan aku alasan dia lagi kukuh sebab dia nak kawin! Urggghhhh....

Pastu balik singgah JJ Maluri jap cari track suit untuk kursus nanti. Terasa macam budak sekolah balik bila kena pakai track suit kat tempat kursus. Ok ni kursus under BTN so jangan banyak songeh. Sampai rumah dalam kul 2 lebih bukak beg nak ambik kunci tapi cari punya cari kunci takde. Gile! kunci dah tertinggal dalam bilik dah la barang belum packing malam ni dah nak bertolak gi langkawi. Rumate aku pulak pegi merayap.

At the end terpaksa jugak kol dia. Dia kat SOGO. baru sampai katanya. Masalah problem sungguh la. Dia cakap kejap-lagi nak balik. tapi aku dah cukup faham sangat. Rumate aku slow motion skit. Aku tunggu lagi sampai kul 3. Eh tak leh jadi ni. So aku decide pegi la merayap mana-mana dulu. Tunggu tren, tren pulak bengong buat hal. 3 buah yang lalu semua 'NOT IN SERVICE' . So dalam kul 3.30 jugak baru la ada tren yang tak berapa nak bengong. Tak tahu mana hala tuju pegi la Masjid Jamek. Cuci mata sambil tersangkut jugak sehelai shawl. Dekat kul 5 aku balik. Tapi rumate aku tak sampai lagi.(kan dah cakap slow motion) nasib baik tak tunggu depan pintu tu kalo tak boleh pengsan . Dekat 2 jam tuh . Dalam 15 minit lepas tu baru dia sampai.

Mood nak pegi langkawi pun turut hilang. Rasa macam nak terus balik kampung malam ni. Doraemon cepat tolong ..... Mood nak berblogging pun turut tersentap sama.

Okbai...malam ni tido dalam hotel bergerak.. Langkawi here i come.....

p/s : Harapnya malam ni tren tak buat gila lagi..nak pegi pudu sentral nanti tak de orang nak hantar so terpaksa naik tren jugak.

Wednesday, October 19, 2011

Tuesday, October 18, 2011

Budak Itu.....

Tengah godek-godek FB td terjumpa la FB my ex-SIL. Actually she divorced last year. But she n my brother was separate about 2 years. Since they in the process to divorce i never met her and my nephew. A that moment i really miss my nephew. mau tak rindu..sejak dalam perut mak dia lagi kita dok cakap-cakap dengan dia. Even masa dia baby kita yang jaga dia. SIL aku berpantang dulu pun aku yang jaga sebab kebetulan waktu dia bersalin aku cuti baru start cuti semester. Memang terasa sangat-sangat bila dia dah takde. Tapi walaupun diorang dah divorce tapi still contact lagi. Setiap kali hari raya dia akan kol. Even kalo diorang balik kampung pun akan pegi jugak rumah aku bawak my nephew jumpa my mum. So tadi terjumpa la gambar time raya kot budak itu yang amat aku rindu...TOYANG


Pic raya last yer.. muka bajet comel..


Pic raya tahun ni..dah tak brape nak comel tapi agak hensem..hihihi

Asyik ambik pic kat kerusi je ni kenape?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...