Monday, November 21, 2011

Ofis Terbakar

Bangun pagi tadi dengan semangat yang kental..kononnya nak pegi siapkan keje yang tertangguh setelah hari 10 hari dapat MC. Oh ya semalam aku dah balik Kl..bye..bye kampungku...

Dalam pukul 9.30 sampai kat skolah sampai je nampak kesan hitam kat tangga menuju ke ofis. Pastu ada la dua tiga orang anggota bomba berkeliaran kat situ. Sampai je depan staff room semua tercegat depan pintu pastu diorang cakap staff room dah rentung...hamagadddddd

Kejadian tu berlaku sekitar pukul 6.10 pagi tadi. Pak guard yang nampak api dari bahagian surau tempat kitorang semayang ( memang la surau tempat orang semayangkan???) and terus kol bomba..Nasib la balai bomba tu depan skolah je..


Waktu aku sampai tu asap dah tak de tapi memang susah nak bernafas la..bau terbakar tu memang kuat. Jelaga tu toksah dok cerita la memang tebal sangat-sangat. Barang-barang atas meje memang kirim salam la jawabnya.


Inilah puncanya. Suis dimana peti sejuk dan water dispenser diletakkan. Dengar citer water dispenser tu tak tutup suisnya walaupun air dah habis. So dah dua hari tak bertutup maka meletop la benda alah tu. Benda dah nak jadi tak boleh nak salahkan sapa-sapa lagi pun wiring dah lama. Zaman tok kaduk lagi kot...


Antara jiran tetangga water dispenser dan peti sejuk yang turut musnah...



Pemandangan dari jauh sket..



See my table pun turut terkena tempias.. tengok betapa kuatnya sang jelaga menyerang..


Tarikh tu encik bomba yang tulis..kira aset yang musnah kot



Habis semua fail-fail aku hancusss.. botol air & gelas yang turut menjadi mangsa



View dari meja Kak Liza. Special pic untuk akak (Meja akak pun turut jadi mangsa..)

Ok cukup la tu..mood nak setelkan keja pun dah hilang. Hanya sempat ambik beberapa fail yang penting je tadi bawak balik rumah. Okey rabu ni gotong royong besar-besaran la jawabnya..



Friday, November 18, 2011

Pagi Jumaat

Hari Jumaat yang indah tatkala orang lain sibuk bekerja tapi aku bersenang- lenang at kampung hohoho.. MC kannnn...ambi ko spoloh ari dapat MC bukan senang tu... Kt kelantan hari ni memang cuti hujung minggu. So pagi-pagi lagi dah kua rumah kononnya nak pegi melawat my cousin yang baru bersalin.. Nak tengok baby Kak Long yang bambam tu.Terlalu awal so ajak mak ronda-ronda dulu kat KB..Owhh hari ini hari jumaat maka kat Kb ni setiap pagi jumaat akan diadakan ceramah di depan Kelab PAS oleh Tuan Guru Nik Aziz. Aku bukan pegi dengar ceramah tu tapi pegi cuci mata je sebab banyak gerai-gerai dibuka.

Tak de apa yang mampu menarik fulus aku untuk dibelanjakan. Hahaha selamat poket aku. Memang cuci mata je. Mak cuma beli nasi untuk breakfast aku pulak beli coconut shake...teruja dowh sebab dah lama tak minum benda alah ni pastu baru mingu lepas Cik Epal post pasal benda alah ni tak sangka dapat lepas gian jugak bila jumpa ni.


Vanilla Coconut Shake Special cuma RM 2 je.. siap ada eskrem lagi.
Tapi paling tak leh blah beli benda ni untuk breakfast.
Kul 8 pagi kot minum benda alah ni..

Melengkapkan breakfast aku pekena pulak laksa kat Pasar Siti Khadijah.
Sepinggan RM 2 jugak..memang rega ni takkan dapat kt KL


Dalam kul 10 baru gerak ke rumah my cousin. Baby dia memang bambam gila tapi aku tak pegang dan tak masuk dekat la. Kan aku baru lepas kena chicken pox. Bimbang jugak takut virus tu ada lagi. Kang tak pasal-pasal baby ni pulak yang terkena.


Presenting Kak Long's baby MUHAMMAD SUFI BIN IDZHAR

Bambam kannnnnnnnnnnnnnn!!!!!!


Thursday, November 17, 2011

Lebih Sudu Dari Kuah


Seriously menyampah yang amat dengan mereka, mereka dan mereka yang kerek dan tak sedar diri. Mahu taknya jawatan yang dipegang punyalah ciput tapi berlagak nak mampos!. Dah banyak kali aku alami situasi yang macam ni. Semalam pun alami lagi.

Semalam pegi la kt Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu sebab nak sambung MC. Chicken Pox aku tak baik lagi. Actually dua hari lepas dah pegi hospital yang sama tapi tak dapat sambung MC sebab MC yang HKL bagi tak habis lagi. Lepas tu nurse tu suggestkan aku pegi ke klinik Kesihatan terdekat. Tapi aku tak pegi tapi datang balik kat HRPZ. Nak dijadikan cerita aku bertemu balik dengan doktor dan nurse yang sama. Doktor tu ok baik sangat. Terus je bagi MC sebab 2 hari lepas dah check dan bagi ubat tapi yang paling tak tahan nurse tu pulak menyampuk." Ni kenapa tak pegi je Klinik Wakaf Bharu..kan dekat je" dengan nada suara yang macam marah. Helooo nak je aku sound... suka ati aku la nak pegi hospital mana pun ....bengong!. Doktor tak cakap apa dia pulak yang lebih-lebih.

Kalau diri tu sudu tu sudu lah jugak..tak payah nak mengalahkan senduk. Sedar diri skit!

Monday, November 14, 2011

Chicken Pox...chicken chop... Chopstik..

Merapu je tajuk tu...tapi yang first tu memang tak merapu. Yeap aku kena serangan chicken pox yang melampau-lampau. Maklum la orang tak penah kena. Sekali kena hamekkkk kau. From head to toe mr chicken pox ni attack. Choi la. Ni jugak antara faktor nape blog ni dah bersarang dekat setengah bulan. Hari ni genap 6 hari aku menjadi mangsa chicken pox.

Lepas cuti raya sempat pegi sekoalh sehari je (hari yang jamuan tu) esoknya terus MC. Sebelum jamuan tu akak-akak kt sekolah tu dah pesan jangan makan seafood kang merana sebab tanda-tanda awal chicken pox tu dah nampak tapi degil...lantak sepuas-puasnya. Tak de maknanya nak lepaskan udang-udang dan ketam yang sangat fresh itu. Balik rumah baru la rasa kesannya..hakk.hakk..

Esoknya pegi HKL dapat la MC seminggu so terus balik kampung. Yabedabeduuuuu... dalam sakit-sakit pun hepi lagi sebab dapat dapat balik kg. Pagi tadi pegi la pulak Klinik Kesihatan kt KB kononnya nak sambung MC tapi tak boleh lagi sebab MC tu esok baru cukup 7 hari maknanya lusa pegi lagi..

Ubat yang dalam botol tu cukup tak suka..
melekit satu badan walaupun dapat menghilangkan rasa gatal.


Ini lah kesan serangan Chicken Pox..
pic kat tangan je ye sebab tak sanggup nak tengok muka sendiri

Jamuan Akhir Tahun

Hi peeps!!

Lama tak jengah blog ni. Ni first entri untuk bulan November....Tak sihat la tambah pulak hari tu cuti raya.

Okey entri ni khas untuk Kak Liza..( tak seronoklah akak tak join). Jamuan akhir tahun di adakan di Restoran Q-Thai. Area Alam Damai Cheras. So lepas skolah masing-masing sibuk meriaskan diri konon-konon nak nampak santek tapi aku tak de lah nak meias bagai. Pakai baju ikut tema pun dah kira nasib baik. Tu pun lari skit sebab ada grey. Tema yang ditetapkan Merah, Hitam & Putih.

Main course untuk jamuan kali ni steamboat..emmm yummy.. RM 27.90 per pax. Menu lain pun banyak. Satay, fried rice, noodles, ice cream, dessert, rojak and so on. Lets check it out!


Banner je..tak de billboard yang gah!


Kebersihan 4 ****


Aneka jenis puding


Kuih muih yang aku sendiri tak tahu namanya


Lagi

dan lagi


Deretan pelbagai jenis makanan yang sedia untuk dilantak.





















Layan jelah pic kat atas tu dah malas nak buat caption...hahaha nampak sangat tak ikhlas buat entri ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...