Tuesday, July 31, 2012

Puding caramel

Salam peeps!

semalam teringin nak makan sumtin yang manis
kemaruk orang baru kebah demam
tapi malas nak gi bazar
so buat la puding paling simple

Puding gula hangus nama dia yang tak feymes
nama feymes dia pudding caramel

nak makan tak lah beria sangat
sambil-sambil nak balas bekas k.yati
hari tu dia ada bagi dadih waktu aku ABC :-D

Bahan-bahan

16 biji telur
1/2 tin susu pekat manis
3 sudu gula
esen vanilla


Panaskan gula pastu sejukkan


Pukul telur, susu & esen vanilla hingga kembang
lenguh kot pukul guna whisk tu

last skali kukus..
sebenarnya nak rasmikan pengukus baru yang dah lama beli..hahaha
kecik n comel paling penting murah 15 hengget je

Siappppp!!!!


Telan air liur la plak..
walau rupa buruk tapi rasa ummppphhhh

Wednesday, July 25, 2012

Alhamdulillah... rezeki ramadhan.

Salam peeps!

Alhamdulillah..
petang tadi kerajaan dah umumkan bonus untuk kakitangan awam
setengah bulan bonus pun dah ok la kan dari tak dapat langsung
boleh la belanja untuk raya :-)
tido malam ni senyum meleret la yer

klik kat sini untuk info lebih lanjut : BONUS RAYA 2012








Monday, July 23, 2012

Kadar Zakat Fitrah 2012

Salam peeps!

Macam mana puasa?
Tarawikh dah tinggal ker?

Aku ler tu yang dah ter 'miss' tarawikh
berpuasa di hari bekerja memang mencabar
nak-nak terpaksa melaungkan suara untuk 6 periode
fuhhh pancit bila kelas terakhir.

Okay nak cite pasal zakat fitrah ni
cita-cita tahun ni nak bayar sendiri
tahun lepas pun mak aku tolong bayar

tahun lepas asyik tanguh nak bayar last-last
ak cakap dia dah bayar
tapi harapnya tahun ni tercapai la yer

bukan jauh pu tempat nak bayar
otw balik keje je
Masjid Al-Bukhary, Jalan hang Tuah tu je

Minggu depan aku target
harap-harap terlaksana



Okey ini jadual kadar pembayaran zakat bagi seluruh Malaysia

Sunday, July 22, 2012

Mana suara?

Salam peeps!

Dugaan sungguh ramadhan kali ni
beberapa hari sebelum tiba ramadhan aku dah kehilangan suara
mula-mula suara jadi garau tapi esoknya terus takde
mengajar pun guna bahasa isyarat jer
nasib baik student memahami situasi aku

Paling terharu ada yang sanggup bagi petua
supaya cikgunya kembali bersuara
rindu nak dengar aku membebel la tu :D

hari ni pun suara masih serak lagi
alhamdulillah bertambah baik dari semalam
tapi batuk la pulak menjelma

berbuka dengan air asam jawa
bersahur dengan ubat batuk
harapnya esok suara kembali semula
amin ya rabbalalaminnn...

Friday, July 20, 2012

Salam Ramdhan 1433H

Salam peeps!

Sempena esok 1 Ramadhan 1433H
selamat menyambut ramadhan
semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya
semoga ramadhan kali ini membawa keberkatan untuk kita semua

Ihya' Ya Ramadhan..



Sebelum tido malam ni jangan lupa niat puasa
teringat kenangan bersama arwah ayah
hari pertama bersahur kami adik beradik
akan mengikut arwah membaca niat puasa.
terlalu manis moment itu jika di imbau kembali


lepas tu bermula esok sehinggalah 30 ramadhan ingatlah signal kat bawah yer!


Selamat berpuasa :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...