Sunday, February 6, 2011

Today is so special...

Malam tadi naik bas untuk balik kl bf aku cakap x leh ambk aku bla smpi kt Hentian Putra pagi td sebab dia kat Banting...woooo sedey nya dah la minggu depan dia dh offshore....maknanya sebulan lagi la baru dapat jumpa dia.... xpe..xpe dugaan..pujuk ati sendiri. Kul 6.15 pagi samapi kat Hentian Putra igat nak balik umah naik lrt je tp big boss berkeras suh balik naik taxi. Diktator betul. 6.40 sampai rumah tgk kazen aku keserongan je anak-anak dia kt kg. Sambung blik tdo kul 10 bru aku bangun semula, penat weh malam tadi x leh nak tdo..naik bas macam naik kete kuda je. Tengah syok dok sapu sampah (maklum la umah dh seminggu tinggal, habuk dalam rumah tok sah dok cerita la) bf aku kol bla angkat dia letak..hangin betul aku...aihhh..tengah aku bengang ngan dia tetiba ada orang bagi salam...bla bukak pintu bf aku tensengih.."surprise katanya" hampeh....dah la aku pakai macam maid (kn tadi tengah sapu sampah tp x pe at least dia nampak aku rajin walaupun hakikatnya tidak..hua..hua..hua). Perasaan aku waktu ni dah jd macam rojak sume ada (tapi lebih kepada perasaan berbunga-bunga..aiii dalam rojak ada bunga ker???). Dok sembang2 jap pastu ktorang kua lunch....hepy nya walaupun x dapat jumpa kat kg dpt jgk jmpa kt cni..Thanks b for spent ur time with me event its only a short time.......

Friday, February 4, 2011

My Ex-Rumate

Arghhhhh....perkara pertama yang terlintas kat kepala aku sebaik buka mata ada lah malam ni dh kena balik kl....cuti aku dah abis....isnin depan dh stat keje balik......kenapa la masa cepat sangat berlalu rasa tak puas lagi berehat kat kampung. bla cakap ngan mak aku dia cakap "hah hari tu tak sabar-sabar nak keje hari-hari dok merungut bla la nk posting bla dah keje macam ni pulak"...adoiii x pasal-pasal dapat ceremah percuma....tp masa memang cepat berlalu pn..terasa baru semalam masuk university..tup-tup dah keje rupanya. kawan-kawan aku pun dah bertebaran seluruh Malaysia dek tuntutan tugas. tak thu la bla pulak boleh jumpa diorang. plan nak buat reunion dah ada tapi tak tahu bla sebab masing-masing dah sibuk. Tapi tetiba je hari ni terinagtkan ex-rumate aku semasa campus life dlu...rindu nya korang....meh nak perkenalkan insan-insan yang penah berkongsi bilik ngan aku semasa kt dunia kampus dulu.


Ni my 1st rumate merangkap classmate aku nama dia Noraini tp panggil M.U.N.I. budak Pahang. Orang kampung Siti Nurhaliza. Kuala Lipis (tp muni ajar aku bukan sebut lipis tapi lipeh). Walaupun dia nampak alim-alim tapi otak dia gila-gila. Kalah aku yang sempoi ni. Aku sempat la stay ngan dia selama 3 semester sebab lepas tu dia keluar awal dari kolej sbb nak dok umah sewa katanya nak berdikari. Dah takde la pembekal tempoyak lepas dia keluar kolej.

My 2nd rumate nama dia Nur Diyana Mastura...orang Kedah. dia junior aku tp walaupun junior ktorang sebaya so mmg jadi geng la. Aku try cari jgk gmbr dia nk upload tp x jumpa. x pe mungkin entri akan datang bla dh jumpa aku upload.


Ni my 3rd rumate. Actually ni rumate kat umah sewa. bla dah kena "halau" dari kolej terpaksa la kitaorng cari umah yang dekat-dekat dgn kampus. Sebenarnya dia jd rumate aku tak lama mana pon sebab lepas Nattie & Mella kelaur dari umah tu ktorang dapat bilik sorang satu tp still bilik kitaotang pon still sebelah. kalo salah sorang bergayut pasti dengar..hik..hik..Anyway nama dia Izaty tp ktorg pangil dia "Chute". Budak Simpang Renggam. Jeles betul ngan dia sbb dapat posting dekat dgn umah dia. Memangl susah la nak jumpa dia lepas ni. sebab dia jauh nun di selatan. dia ni pon sebenarnya tokey kerepek. Setiap kali balik dia Johor pasti aku akan kirim kerepek kat dia. Paling best kerepek Tempe...memang TERBAIK lah orang cakap. Rindunya kt ko chute.




Hah...yang ni last rumate aku sepanjang kt campus life Aida Nadya nama dia...dia jadi rumate aku semasa kitorang buat praktikal di Sg. Siput, Perak. Orang Pasir Mas, Kelantan. Comel kan dia..sebenarnya kitaorang pernah jadi housemate dlu tapi masa tu aku rumate dengan si Chute dia pulak dengan si Melat. 7 semester tu dia dia jd rumate si Melati tp dia x boleh dah nak jadi rumate melat sebab melat stay ngan husband dia time praktikal. Dengan dia la aku banyak berkongsi suka duka tangis tawa. Tapi sekarang dah tak boleh dah dia jauh nun di Pasir Gudang, Johor. Balik cuti kali ni pon tak sempat jumpa dia. :(

Thursday, February 3, 2011

Bengang + Marah + Sedih

Ntah kenapa tiba-tiba hari ni pagi-pagi lagi perasaan ni dah muncul....tp satu jawapan yang pasti kepada semua perasaan ni adalah apabila kita di T.I.P.U....sakit hati yang teramat sangat lebih-lebih lagi orang yang buat tu adalah orang yang kita sayang sukar nak terima yang dia sanggup buat kita macam tu . Nak redakan semua perasaan tu aku ikut nasihat mak...ambik wudhuk.. nsyaAllah semuanya akan kembali seperti biasa. Alhamdulillah lama-lama dh berkurangan....tp walaupun dah reda perasaan bengang dan marah, perasaan sedih masih lagi berbekas air mata tetap keluar. Tambah-tambah pulak bla dlm situasi PMS.......x suke nya....




Pembuka Kata...

Actually dis is my 2nd blog...yg 1st one dh lama aku create tp mcm x wujud je blog tu...so tahun ni aku btul 2 dh berazam nk bkak blik blog ni.....mmg ada byk social network skrg ni tp dlm byk2 ni mcm tak leh nk lawan ngan blog jgk....ntah la...mcm ada satu daya tarikan yang kuat...even aku dh lama x terlibat dlm dunia blog ni tapi mcm ada satu seruan yg suh aku buakk blik blog nih.... ape2 pon hopefully blog ni takkan berkubur mcm yang dlu pya.....newey salam perkenalan.....




me n my best buddy(tudung coklat)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...