Thursday, June 30, 2011

Sunday Morning

Mengong ke hape aku tak tahu lah hari kamis pun g tulis hari ahad... tapi itulah hakikatnya . Diri aku sendiri pn aku tak tahu...tapi dis week i'm feel very exhausted. I have a lot of things to do and also problem that created by myself. Tu lah sape suruh pandai-pandai pi cadi masalah nah skrang rasakan. Sengal. Dalam nak me'release'kan perasaan aku godek-godek la tepon cabuk aku dah tertengok la gambar hari ahad lepas. Tak de pe pon gambar masa p bli barang dapur je kat tesco. tapi pic ni aku ambik lepas bli barang so singgah la jap untuk melecunkan tekak aku ngan ABC. Bukan ABC yang alphabet atau Allah Bagi Cuti ke hapa yang ni Air Batu Campur. Mana batu pun aku tak penah jumpa pun sepanjang aku hidup kat dunia ni dalam ABC tu. Aku melecunkan tekak aku ni kat kedai yang betul2 depan secret recipe dalam tesco ampang tu.

Sementara tnggu order sampai psing dulu...tengoklah aku berjaya mengepam pipi aku dengan jayanya...Arghhhhh x suke.


Ni yang aku order. Ais Gula Melaka. Memang sedap tapi manis giler. Nama pun gula melaka. Harga dia sangat berpatutan RM 3.20 je. Tpi yang aku paling tertarik adalah bekas dia daripada besi dan jga sudu dia. Uiihh mcm makan abc kat kg.


Ni pulak yang member aku order ABC biasa. RM 3.90. Rasa dia boleh tahanlah napa pun ABC biasa. so memang biasa je lah. No comment!


Tadaa i lah tempatnya. 4 bintang untuk kebersihan dan environment dia. So apa lagi nak rasa abc pegilah cari kdai ni kat dalam tesco ampang.

Sunday, June 26, 2011

Bila stress

Stress......selalu je. boleh kata setiap hari. Hai cepat kerepot la jawabnya kalo macam ni. Ohh tidak katakan tidak kepada stress. So biasa bila aku dah terlalu stress aku akan ambik bantal dan buat peta dunia je. Tapi kalo bangun dan masih terpikir jugak benda yang buat aku stress aku ambik wuduk dan solat dan lepas tu aku ambik ubat stress aku. Ubat? ada ubat ker? Jawapan dia ada ni dia..



Yes... ni dia ubat stress aku benda alah ni memang jadi stok yang wajib ada. tak kira kat drawer kt tempat keje aku je, dalam handbang, kat rumah. Boleh kata ke mana-mana aku pergi aku wajib bawa benda ni. pergi toilet tak lah bawak. Memang mangkuk hayun la kalo bawa makanan dalam toilet. Benda ni betul boleh jadi ubat stress mat salih cakap dia dh buat kajian. so korang kalo tak nak kerepot makesure benda ni sentiasa dalam simpanan orang.

Wednesday, June 22, 2011

Jammed di station LRT

Waktu peak hour kt KL ni jalan mana mana tak penah jammed cercite..cerciter tapi hari ni lain pulak citer dia bukan stakat jaaln biasa tapi kt stesen lrt pun jammed jugak. Mak aih sejak bila pulak ni sampaikan sebesar-besar stesen LRT kt Hang Tuah tu boleh penuh dengan makhluk pelbagai kaum. Konfius jugak ni. X leh jadik ni so aku pun siasat la tapi tak sempat nak siasat pun tetiba je ada announcement lebih kurang begini bunyi dia "Harap maaf LRT ini mengalami gangguan teknikal diharap penumpang bersabar dan sila berdiri dibelakang garisan kuning". Laa patut la ingatkan ape tadi tapi makhluk kat muka bumi pada waktu tu memang ramai giler berebut nak naik tren tak penah lagi la ku lihat situasi macam ni kat station ni. Aku sebenarnya turut terkandas sebab aku terpaksa stay back kat tempat keje aku sampai pkul 6.30 ptg.. kalo tak kena stay back grenti bilangan mereka-mereka yang terkandas tu dah terkurang sorang.



Ni pemandangan yang aku lihat masa aku muala-mula sampai. Ingatkan ada rusuhan ke, reformasi ke apa sekali tren rosak lagi...siot. Perhatikan kat jam di screen board tu. 6.45 tapi aku sampai rumah pkul 7.25 sedangkan sebelum ni 10 minit je dah sampai rumah. Kes berebut dalam gerabak ikan sardin la ni.

Ni pulak pemandangan dari bawah setelah aku berjaya menyusup dalam kesesakan dengan harapan aku dapat balik dengan cepat.




Time ni dah kurang dah sikit makluk-makhluk kat platform tu so bagi la kat diorang yang dah rindu sangat nak blik jumpa kambing dan lembu diorang setelah seharian ditinggalkan. Aku??? rilek dlu..sebabnya aku x de kambing dan lembu kat rumah yang perlu dibimbangkan sekiranya hari hujan @ nak menghalau spesis tu masuk kandang.

Monday, June 20, 2011

~Sharing is caring~

Nape aku post pasal caring mering ni. Sebabnya semalam aku dapat kol dari kawan baik aku. Akhirnya selepas sekian lama menunggu dapat jugak dia posting aku pun tumpang gembira untuk dia. 27 hb ni dia kena lapordiri dekat Seksyen 9 Shah Alam. kalo dapat KL kn best ade member jugak nak lepak. Aku kenal kawan aku ni sejak form 1 lagi dan kitaorang berkawan sampailah skarang. Masuk unibersiti yang sama, sampaikan nak cari tempat praktikal pun nk jugak dekat-dekat. Siap sewa serumah tu even tempat praktikal dia jaraknya hampir 35km jugak la dari umah sewa ktorang. bukan aku je yang jadi member kamceng dengan dia malah akak dia pun sekelas dengan akak aku sekelas lagi tu, adik dia pernah sekelas dengana adik aku. mak dia pun se'bussiness' dengan mak aku. Kiranya satu family lah kenal. So apa-apa pun memang kitaorang selalu berkongsi bersama even aku ken buli ke, masa aku sakit ke, aku pokai ke, even time nak buat 'ketupat' ke, bila birthday aku pun dia lah yang 'celebrate' even ktorang sambut berdua je (bukan les ek...diingatkan sekali lagi BUKAN LESBIAN)... sume lah aku share dengan dia.

Ni dia member yang aku cakap tu NURUL FAZLIANNA a.k.a ANNA



Pic ni diambil tahun lepas nak g hang out kat pekan Sungai Siput. masa tu dah abes prakikal. Ade cerita disebalik pic ni. Anna tertingga phine dia dalam bas dan kitaorang kejar bas tu sampai ke Kuala Kangsar. Bukan kejar betul la kejar dengan teksi. Fuh kalau kejar dengan berlari Anna grenti dah kurus.... Muahahaahh sempat lagi mengata dia. jahat betul kawan dia nih ...sori anna.

Apa yang best tentang Juvana ?

Masa entri ni ditulis sebenarnya aku kat depan tv dok tengok drama yang gempak kat tv3 skarang ni juvana. Walaupun dah terlambat aku nak tulis pasal drama ni tapi bagi aku tu blakang citer sebab skarang ni masih lagi hot. Apa orang nak cakap pun ada aku kesah????? hah berbalik kepada citer juvana ni aku macam tak boleh mis tengok citer ni even kadang-kadang tu ter 'mis' jugak. Nape aku tak boleh mis?

1. Jalan citer dia sangat best
2. Pelakon-pelakon dia memang mantap even baru pertama kali berlakon terutamanya botak. Jugak pelakon-pelakon lain seperti Zahiril (daim), , Fimmie (budak kecik yang perasan berani)
3. Pengaruh student-student aku. ( waktu aku bincangkan soklan exam n bagi jawapan A, B, C, D. A, aku akan sebuat ayam, B bola, C cicak dan D daun sebabnya tak na bag konfius tentang sebutan kan B dengan D tu dekat-dekat je bunyi dia so malas nak ulang banyak kali aku sebut la dengan benda-benda macam tu. Memang berkesan aku tak payah ulang banyak kali tapi diorang marah aku. Cakap aku tak up to date. Bila aku tanya kenapa diorang cakap aku macam tu? diorang cakap B tu untuk Botak dan D tu untuk Daim. hampeh betul la budak-budak ni ingatkan apalah yang aku tak up to date.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...