Monday, July 29, 2013

Cookies

Salam..

Tahun ni terlebih rajin
rajin la sangat sebab budjet sebenarnya..kah..kah..kah
bukanlah kalau tak sebab nak jaga budjet pun
memang aku tiap kali raya mesti buat biskut sendiri
even sejenis pun MESTI kena buat
macam tak best pulak raya kalau tak buat biskut sendiri
so alang-alang dah ade oven hadiah kawin aritu
so kita buat lah sambil-sambil penuhkan masa terluang.


Okay resepi ahkaks kali ni Cream Cheese Cookies
nama omputih uollsss


Aci tak..x tunjuk pun bahan-bahan last last tunjuk yang dah siap tekap





Tabur chocolate rice

Siap dah..Cream Cheese Cookies (CCC)

   
Dapat 4 balang. 2 balang untuk my mom 2 balang untuk MIL






 okay ni resepi untuk Cream Cheese Cookies (CCC)

BAHAN-BAHAN
500gm butter
250gm cream cheese
200gm gula halus
350gm tepung gandum
500gm tepung jagung
50gm tepung susu
2 biji kuning telur
1 camca teh Vanilla Essence
Chocolate rice secukupnya untuk hiasan & di masukkan skali dlm adunan

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Pukul Butter dan gula, masukkan telur kuning & esen vanilla. Pukul Lagi
2.Masukkan Cream Cheese, tepung susu, dan kedua-dua jenis tepung(gunakan dulu tepung jagung sehingga habis baru dimasukkan tepung gandum)
3.Uli sampai sebati. Terap dengan acuan yang sesuai. Tabur keju yang telah diparut di atasnya
4.Bakar sampai masak.

Tiramisu

Salam..

Wikend haritu ada buat tiramisu dah lama sangat teringin nak makan
 nak gi secret recipe sorang2 malas
so kita buat sendiri bahan-bahan
 rasanya dah berkurun dalam peti tu cream cheese tu
 dah hampir tiga bulan kalo tak silap hehehe..bizi + masa tu tak teringin


 

Ok ni bahan-bahan yang diperlukan
 cream cheese,whipping cream, biskut/sponge cake, sebuk koko & nescafe 




 mula-mula susun kek tu utk base (aku gunakan mocha kek) 
memang mula-mula nak gunakan laadyfingers biscuit tapi tak jumpa. 
pastu kita basakan kek tu dengan bancuhan nescafe 



 

bahan-bahan yang lain tu kita pukul aku pukul sampai kembang.





dah siap pukul tu kita buat kerja 'melayerkan' bahan-bahan tadi bermula dengan base,
  pastu bahan-bahan yang dipukul dan last skali taburkan dengan serbuk koko 
buat lah berape layer pun sampailah habis..
Siap sudahhhhhhh




 Lagi sedap sejukkan dulu dalam peti 
eeemmmmm sedappnya

Tuesday, July 23, 2013

Jerebu datang lagi?

Salam.. balik sekolah lagi tengok cuaca semacam je pastu tenyeh mata kot-kot mata aku yang problem tak mungkin..sah mr.haze menyerang balik masa menapak kat tangga umah tadi dengar auntie jiran aku bersembang pasal mr.haze katanya kat Melaka lgi teruk berbanding kl iye ke??? harapnya tak berlanjutan macam hari tu try intai kat luar tingkap Alhamdulillah macam tak jerebu dah tapi kalo jerebu pun best jugak.. dapat cuti pastu tak yah ganti..kah..kah..kah apa punya pikiran la aku ni mood t5ak sabar nak cuti woiii masa jerebu hari tu kan aku tak update tapi pic aku snap jugak so layan je lah pic yang dah hampir sebulan lebih ni

Sunday, July 21, 2013

Jus Gulsan

Salam..
pernah dengar pasal pati gulsan?
aku pun baru tahu dalam 3 bulan lepas
selepas di perkenalkan oleh my SIL
pati gulsan ni adalah ekstrak buah delima
yang diimport dari Negara Turki
dia ala-ala madu la yang elok diambil setiap hari
aku pulak dah macam kewajipan untuk minum sesudu pagi dan sesudu malam.

Rasa dia sangat ohsem
sesudu macam tak cukup
semalam pegi Banting untuk servis keta
kat workshop my BIL sambil-sambil cari kerepek untuk raya
dan juga untuk kawan-kawan sekolah yang kirim
tetiba terpandang dalam peti ais kat kaunter tu ada
jus gulsan.. owhh mesti cuba...

 
 
Yang dalam botol tu untuk diminum 2  sudu sehari
nak buat ala-ala cordial pun boleh.
tapi lebih sedap minum macam tu je ala-ala madu
 
 
yang dalam kotak tu aku baru beli semalam
omg...rasa dia sedap yang teramat
tak jumpa lagi kt KL.
Harapnya lepas ni jumpa la kat mana-mana


 
Lebih sedap kalau disimpan dalam peti
diminum sejuk-sejuk
ahhhh heavennya nak-nak time berbuka
 
 
 

Ok ini rupenya jus delima yang sangat ohsem ni
RM 6 je sekotak untuk 1 liter
so sesape yang tahu kat mana jual jus ni
area KL tolong bagi tahu
pleaseeeeeeeeeeeeeeee


Ok ini antara khasiat pati delima gulsan
1. MENSTABILKAN PARAS KOLESTEROL
2. DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTI OKSIDAN YANG SANGAT TINGGI ( AWET MUDA)
3. MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
4. MERANGSANG TENAGA BATIN
5. MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
6. MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
7.MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV DAN MICROBICIDE
8. MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
9. DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
10. MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
11. MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
12. MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER
13. MENGURANGKAN BATUK DAN ASMA
14. MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN ( A, B1, B2, B3, dan C)
15. AMAT DISYORKAN UNTUK IBU-IBU MENGANDUNG
16. MELINDUNGI OTAK BAYI




Thursday, July 18, 2013

Lelaki

Salam..
Topik hot hari ini semestinya Ashraf Muslim
semua pihak menunding jari kepadanya

pada aku memang patut pun
dasar lelaki bak kata Yuna
"Lelaki guna"

Terfikir akan perasaan isteri pertama Ashraf
berat sungguh dugaan
rasa sebak ketika membaca luahan isi hatinya

"Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu

Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan..





Ya Allah memang tersentuh membaca luahan hatinya
apatah lagi melihat wajahnya yang begitu tenang
tak dapat aku bayangkan jika aku ditempatnya
Nauzubillah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...